RAIDED: A Rare Marang Gig Raided by The Authorities, 17th August 2013
organising gigs in the eastern coast of the peninsular has never been easy. I’ll write more about this but here’s a collection of news stories about the raid taken from the local, typically sensationalist tabloids aided by eager authorities.
anyway, a rare underground/alt-music show done at the tourist hotspot Marang Village Resort & Spa on Saturday 17th August was raided by the police and officers from the Marang district Islamic council, that is religious police. According to the authorities, the raid was done because of entertainment permit issues, particularly that the show was organised without a proper permit, but i heard from some friends that the permits was given to the organisers days before the show.
+++++++++++++++
POLIS SERBU PERSEMBAHAN HARAM
original news by the govt.-run news agency Bernama,as reported in the on-line version of Sinar Harian:HERE.
KUALA TERENGGANU – Keghairahan 120 remaja yang berkunjung ke sebuah resort di Marang untuk menari sambil berhibur dalam satu persembahan haram terbantut apabila mereka diserbu pihak penguat kuasa semalam.
Serbuan pada kira-kira 6.30 petang itu dilakukan sepasukan anggota polis dan pegawai Majlis Agama Islam Daerah Marang selepas menerima maklumat berhubung persembahan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata ketika serbuan, pengunjung yang berusia lingkungan 16 dan 35 tahun sedang leka mendengar muzik dan menari.
Beliau berkata pengunjung persembahan itu terdiri daripada 108 lelaki dan 12 wanita yang merupakan penduduk tempatan dan memakai pakaian berwarna hitam.
“Siasatan kita mendapati setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM12 seorang untuk masuk dan menyaksikan persembahan yang bermula pada kira-kira 4 petang.
“Pihak polis juga merampas tiket serta novel yang dijual, dan siasatan awal mendapati majlis berkenaan tidak berkait dengan sebarang pertubuhan haram atau unsur ajaran sesat mahupun Black Metal, ia diadakan sekadar untuk berhibur tetapi tetap menjadi kesalahan kerana diadakan tanpa permit,” katanya kepada pemberita hari ini.
Manoharan berkata polis menahan empat lelaki yang merupakan penganjur dan pengunjung kerana kesalahan dadah.
Beliau berkata penganjur persembahan, yang juga pemuzik tempatan berusia 21 dan 32 tahun serta berasal dari Kuala Ibai itu, ditahan bagi membantu siasatan kerana menganjurkan persembahan tanpa permit.
“Kesemua pengunjung dibebaskan selepas keterangan diambil, namun dua daripada mereka yang berusia lingkungan 20-an ditahan kerana saringan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis ganja,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 7 Enakmen Hiburan Negeri Terengganu 2002. – Bernama
+++++++++++++++++
UPDATE:
BUT not only alternative/underground music shows are been raided by the polis, here’s what ahppened in a viallge in Kota Bharu. A traditional Dikir Barat performance held at a house with 1000 villagers attending raided on the 15th March 2014.
Polis serbu rumah anjur nyanyian tanpa permit
2014/03/16 Bachok: Keseronokan majlis hiburan yang dihadiri kira-kira 1,000 penduduk kampung di sebuah rumah di Kampung Kemasin di sini, berakhir apabila diserbu pihak berkuasa menerusi Ops Noda, malam kelmarin.
Serbuan kira-kira jam 11.30 malam di sebuah rumah tidak bernombor itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota bahagian kongsi gelap, maksiat dan perjudian (D7) Kota Bharu yang turut disertai pegawai Majlis Agama Islam Bachok.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad, ketika mengesahkan perkara itu berkata, serbuan dilakukan kerana menganjurkan acara nyanyian tanpa permit.
Katanya, polis menahan tujuh lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun termasuk seorang daripada yang berasal dari Terengganu.
“Kita turut dirampas pelbagai peralatan termasuk empat unit pembesar suara, khemah dan kain rentang bertulis ‘Konsert Dikir Gegar’.
Diarah henti majlis
“Ketika serbuan, kira-kira 1,000 penduduk dari kampung berkenaan dan kawasan sekitar berseronok menyaksikan nyanyian sebelum kita mengarahkan lelaki terbabit menghentikan majlis.
“Seorang lelaki yang mendakwa penganjur majlis, mengakui tidak memohon permit untuk majlis berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Abdul Hamid berkata, ujian air kencing yang dilakukan terhadap tujuh lelaki terbabit negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1), Enakmen Hiburan Negeri Kelantan. – Berita Harian
+++++++++++++++++

