Hishamuddin Rais in Tokyo: Cosmonout, Astronout & Coconaut
COSMONOUT, ASTRONOUT DAN COCONOUT
oleh Hishamuddin Rais
Saya masih di Tokyo. Hari ini 23hb Oktober 2007, akhbar Japan Times telah melaporkan satu berita di muka 4 ‚Äì First Malaysian in space back home with a bump ‚Äì pulang kepala bengkak. Ini mungkin kerana semasa Soyuz mendarat berlaku sedikit kesilapan teknikal. Dalam berita yang sama dinyatakan juga bagaimana Malaysia membayar 23 juta dolar ‘duit tambang’ untuk menaiki Soyuz.
Juga dilaporkan kembali ‚Äì ya beda bedoo – bagaimana coconout opps‚Ķ angkasawan Malaysia dapat menumpang Soyuz kerana Najib Razak yang tidak ada bersangkutan apa-apa dengan Altantuya atau Ziana Zain telah bersetuju membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003 dahulu dengan harga 900 juta dolar. (Jangan tuduh saya tidak patriotik ‚Äì ini laporan dari akhbar Jepun).
Apa yang hendak saya tulis di sini bukan tentang terbunuhnya gadis dari Mongol atau kenapa 6 orang pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan diberhentikan kerja. Ini kesah lama, kesah yang telah saya baca dari Laman Mahazalim – laman fitnah dan tohmah yang sudah lama gulung tikar.
Apa yang ingin saya timbulkan disini ialah satu persoalan yang semakin sarat mencari jawapan: Apakah betul manusia telah sampai ke bulan? Apakah kita semua telah dikelentong oleh NASA?
(Saya menggunakan perkataan kelentong. Maaf kerana menggunakan perkataan ini. Ada pakar bahasa telah menghantar pesanan ringkas kepada saya dan menerangkan asal usul perkataan kelentong ialah dari dua perkataan – Keling dan tong. Ini kerana awal dahulu ada orang Keling yang membeli botol dan tin kosong sebagai punca mata pencarian. Saya tidak tahu bagaimana dua perkataan ini dikahwinkan dan diberi makna yang baru. Seharusnya hamba Allah ini dinobatkan sebagai contoh insan kamil yang menjadi pemula konsep kitar semula.)
Laporan dan pungutan suara di Amerika Syarikat akhir-akhir ini telah menunjukkan hampir 20% rakyat Amerika tidak percaya yang manusia telah sampai ke bulan. Angka-angka peratus ini semakin bertambah kerana dengan munculnya teknologi baru, bukan sahaja rakyat Amerika tetapi kita juga dapat menyelidiki satu demi satu bingkai-bingkai filem, gambar dan imej-imej dari tim Apollo yang dikatakan telah menjejak kaki ke bulan.
Untuk memahami kes kelentong NASA ini maka kita wajib kembali melihat latar belakang di zaman kegilaan naik ke bulan. Sesudah perang dunia ke dua tamat Amerika Syarikat telah menculik puluhan saintis Jerman dan dibawa pulang ke Amerika untuk memulakan kajian ilmu roket. Ini kerana para saintis Jerman telah memiliki ilmu pengetahuan roket ketika membuat senjata roket untuk menyerang dan menawan Eropah di zaman Hitler. Pada ketika ini juga para saintis Russia telah memulakan ilmu kajian roket.
Pada 4hb Oktober 1957 Republik Soviet Sosialis (USSR) telah berjaya melancarkan roket Sputnik ke angkasa lepas. Amerika menjadi gempar kerana mereka kelihatan jauh ketinggalan dalam ilmu pelancaran roket ke angkasa lepas. Ini diikuti pula dengan satu lagi kejayaan USSR meroketkan Yuri Gagarin pada 12hb April 1961. Yuri Gagarin adalah manusia pertama ‚Äì insan sosialis – naik ke angkasa lepas.
Ketika Sputnik dan Yuri Gagari di angkasa lepas Perang Dingin sedang berlaku. Pertembungan Amerika Syarikat dan USSR cukup sengit. Perang Dingin ialah perang di mana dua sistem ekonomi – kapitalis dan sosialis – sedang bersaing hebat untuk membuktikan kekuatan masing-masing dan mencari pengaruh.
Sebagai jawapan, kekasih Marilyn Monroe, Presiden Kennedy telah mengeluarkan satu arahan kepada NASA dalam ucapannya kepada kedua-dua parti ahli-ahli Kongres pada 25hb May 1961. Kekasih Marilyn Monroe ini telah mengarahkan NASA untuk menghantar angkasawan Amerika ke bulan dan pulang ke dunia dalam masa satu dekad. Belanjawan sebanyak 40 bilion dolar telah diperuntukkan kepada projek – Moon Landing.
Pada 16 Julai 1969 Apollo 11 telah dilancarkan untuk menghantar 3 orang angkasawan Amerika ke bulan. Saya masih ingat lagi, empat hari kemudian pada petang 20 Julai 1969 saya telah ‘mencuri’ masuk ke rumah Chief Clerk Malay College Kuala Kangsar untuk menonton TV hitam putih agar dapat melihat Neil Armstrong, Michael Collins dan Edward Aldrin Jr. menjejakkan kaki ke bulan. Saya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat detik bersejarah ini lari dari pandangan mata dan ingatan saya.
Pada petang itu saya dan mungkin juga seluruh warga dunia cukup kagum melihat teknologi Amerika. Saya tidak memiliki apa-apa syak wasangka terdapat projek Apollo. Saya juga belum lagi memahami apa itu Perang Dingin dan apa itu propaganda dan perang saraf.
Ini berlaku pada tahun 1969, hari ini pada tahun 2007, saya agak waswas dan semakin kurang yakin tentang apa yang saya lihat petang itu. Saya masih ingat lagi gambar-gambar kabur hitam putih pada ketika Neil Armstrong menjejakkan kakinya ke bulan. Hari ini dari apa yang telah saya baca dan ulang tonton ‘footage’ bersejarah ini sengaja di kaburkan oleh NASA kerana semua ini berlaku bukan di bulan tapi dalam studio di Area 51.
Area 51 adalah sebuah kawasan sulit di kawasan tandus Nevada Amerika di mana segala bentuk ‘kerja-kerja sulit penyelidikan’ tentera Amerika sedang dijalankan. Ini kawasan rahsia dan larangan. Sesiapa yang cuba menerbus masuk atau mengintip akan mati katak tanpa soal siasat.
Hari ini timbul satu persoalan dalam kepala saya kenapa USSR yang pertama ke angkasa lepas tetapi TIDAK berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu klip temu bual dengan Boris Valentinovich Volinov bekas ketua cosmonout USSR, yang saya temui dalam uTube, saya diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-reket perlu melintasi apa yang dipanggil Van Allen Belt.
Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani Van Allen Belt yang dipenuhi dengan radioaktif. Jauh bulan dari dunia ialah 250,000 batu atau 385,000 kilometer. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak pasti telah melintasi Van Allen Belt. Persoalan timbul hingga ke hari ini belum ditemui lagi alat kebal/kalis yang dapat mendinding bukan sahaja para angkasawan tetapi roket itu sendiri dari di cemari oleh bahan radioaktif. Kerana itu menurut Boris Valentonovich USSR tidak berani menghantar manusia ke bulan.
Hari jika kita mengoogle tentang Apollo 11 ini maka kita akan dapat melihat video/gambar/imej tentang sejarah manusia naik ke bulan. Apa yang memeranjatkan saya ialah ada klip filem yang menunjukkan bagaimana bendera Amerika yang dicacakkan di atas bulan kelihatan berkibar-kibar. Bendera tidak mungkin berkibar kerana di bulan tiada udara. Lalu persoalan timbul – kenapa bendera berkibar-kibar? Apakah Apollo 11 itu dilakukan dalam studio di Area 51?
Banyak lagi perkara-perkara aneh yang menghakiskan keyakinan saya. Anak roket yang turun ke bulan itu seharusnya akan melahirkan lubang/crater yang agak besar kerana kuasa pembakaran enjin ketika mendarat turun dari atas ke bawah. Tidak pula dapat dilihat gumpalan tanah, batu batan atau debu-debu yang terkumpul membukit di sekeliling anak roket ini. Ini bertambah pelik jika semua debu telah bertaburan jauh kerana tekanan jana kuasa enjin, kenapa pula banyak jejak jejak dan tapak kasut angkasawan ini kelihatan dalam gambar-gambar yang dihantar ke bumi?
Tentang gambar-gambar ini lagi pelik dan mempelikkan. Menurut Jan Lundberg yang menjadi Pengarah syarikat kamera Hasselblad untuk Space Project NASA 1966-1975, dia sendiri hairan bagaimana gambar-gambar yang lahir dari kamera ini kelihatan cantik dan dapat dibingkaikan seperti gambar iklan walhal kamera yang direkanya pada ketika itu tidak ada view finder dan hanya tersangkut di atas dada para angkasawan. Gambar-gambar hanya diambil secara rambang. Bayangkan betapa susahnya untuk mengambil gambar kerana jari-jari para angkasawan ini cukup besar dibungkus oleh sarung tangan.
Kelentong NASA ini menjadi lebih lawak lagi apabila AREA 51 telah dirakam curi oleh satelit USSR. Ada satu gambar gaung di Area 51 yang betul-betul sama bentuk dan rupanya dengan gambar gaung yang telah dirakamkan oleh para angkasawan Apollo di bulan.
Kita tidak perlu belajar di sekolah filem Universiti of Westminster untuk memahami bagaimana banyak pencahayaan filem dan gambar-gambar dari Angkasawan Apollo ini bukan hanya dari satu sumber – matahari. Gambar-gambar ini telah mendapat cahaya dari pelbagai sumber seperti kita membuat filem. Ini membuktikan naik ke bulan itu telah dirakamkan dalam studio.
Bill Kaysing yang pernah menjadi ketua pengarah bahagian penerbitan/penganalisis syarikat Rocketdyne pembuat roket Saturn V yang menaikkan angkasawan ke bulan tidak pernah percaya dari awal lagi bahawa manusia telah sampai ke bulan dengan Apollo 11. Menurut Kaysing selama 7 hari Apollo telah mengelilingi dunia dan pada di hari ke lapan mereka telah turun kembali ke bumi untuk disambut hebat.
Menurut Kaysing, pada ketika itu Amerika tidak memiliki teknologi untuk menghantar manusia naik ke bulan dan pulang dengan selamat. Satu perkara yang ditunjukkan oleh Kaysing ialah gambar anak roket yang telah berlabuh di bulan, ketika malam.Latar belakangnya ialah alam yang gelap gelita tanpa satu pun kelipan bintang. Bintang yang seharunya bertaburan seperti kita melihat langit di waktu malam.
Semua gambar-gambar yang dikaji selidiki ini adalah gambar-gambar resmi kerajaan Amerika dan gambar-gambar dalam laman-laman resmi NASA sendiri. Justeru tidak timbul kes sama ada ini pita rakaman Lingam atau pita rakaman Fairuz.
Tulisan saya bukan untuk membuktikan bahawa coconout opps…. angkasawan kita tidak naik ke angkasa lepas. Memang Soyuz naik ke angkasa lepas. Tetapi apabila coconout… opps… angkasawan kita dinaikkan kerana telah ada agenda tersuruk, sama seperti agenda Perang Dingin NASA yang berjaya mengelentong rakyat dunia dengan Apollo 11 naik ke bulan.
Rakyat Malaysia TIDAK diberitahu (nasib baik saya baca akhbar Jepun) bahawa rakyat Malaysia telah membayar tiket untuk naik Soyuz ke angkasa. Untuk tujuan apa? Ini samalah seperti naik Proton Saga ke Kutub Utara atau pergi mendaki gunung apa namanya…. saya dah lupa. Semuanya adalah kelentong besar untuk agenda politik.
Semuanya kelentong ini TIDAK ada sangkut paut dengan keilmuan sains jauh lagi teknologi. Teknologi kepala bana apa ? Kita hanya membeli tiket untuk naik Soyuz. Ini samalah macam naik Bas Mini dan kemudian dalam bas ini kita buat panggilan telefon ke rumah. Bas buatan Jepun. Telefon bimbit buatan Sweden. Kutu berahak penyelidikan apa? Tidak percaya apa yang saya tulis sila saman akhbar Jepun.
Duit tiket 25 juta dolar dan 900 juta dolar itu beli jet pejuang ini mungkin termasuk atau tidak termasuk duit upah kangkang opps… upah si penterjemah Altantuya, hal ini saya tidak arif. Tetapi saya sedar jika duit ini tidak digunakan untuk membazir membeli jet pejuang pasti boleh digunakan untuk membangunkan bilik-bilik makmal yang lengkap dan canggih untuk sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.
Neil Amstong telah berkelentong pada 20 Julai 1969 dengan kata-kata ‘atu jejak insan adalah satu besar loncatan untuk umat manusia’. Cukup indah bunyinya. Bagaimana pula dengan kata-kata punjanga ini – ‘457 juta ringgit duit komisen Sukhoi adalah loncatan besar untuk mendekatkan Najib kepada anak kunci simpanan duit Bank Negara’.
END.


Duit Cukai kita dia orang sapu habis habis.
Jangan ingat kalo kita yg miskin takde tax payable bermakna tak bayar cukai.
Sebenarnya, apa-apa yang mengunakan wang, sudah consider cukai dah. Tahap beli gula-gula pun kita dah bayar cukai.
Sebab company yg produce gula tu sudah bayar cukai, so pass on to consumer.
Tapi cukai beli gulagula tu diorang sapu hantar orang gi angkasa lepas. Buat apa, tak tahu lar, tak announce pun. Mungkin teh tarik kot.
Eh, I put nak naik.
Member aku bergaji 1k marah apabila kita org cakap gaji dia tak layak bayar cukai. Pastu dia cakap, habis tax kat KFC tu sapa yg bayar??
aku gelak nak mampus. Semua org byr tax, tak kira miskin atau kaya.
mari kita hantar proton Gen2 ke angkasa lepas.. mmg best!
Vote Panda Head Curry?.
Unlike the present government, who sends only ONE MALAYSIAN to space.
Panda Head Curry? will bring SPACE to ALL MALAYSIANS!
Woo Hey!
hi…guy+gurl,
this is my wordpress… hopeful uols will enjoyin it Although the content is in Bahasa Malaysia…
http://divashenanigan.wordpress.com/
I’m stillnewbie in this bloggin thing!
hi…guy+gurl,
this is my wordpress… hopeful uols will enjoyin it Although the content is in Bahasa Malaysia…
http://divashenanigan.wordpress.com/
I’m still a newbie in this bloggin thing!
writing 3 entry in 4 hour; I’m totally exhausted.
So please give a comments… although all the entries was written by a girl!
Maybe today i’shall post my own Uselessnout tonight!
i’need a sleep!
Sama la.. macam ke-bodoh-an RELA menangkap dan merobek ID Card Staff dari Kedutaan Besar Indonesia di KL. Tak banyak orang tahu case dan issue ini…
to PHC,
yes.. another myspace.. hehehhe…
Tak bole wat party bbq la camni kat atas bulan…potong gile…
kalau macam tu mungkin neil amstrong terdengar azan (seperti khabarnya) kat studio sebelah yang mungkin juga tengah shooting Lawrance of Arabia time tu hehe
kat bulan bukan ada arnab ketuk padi ke .. bbq arnab la hahaha
ahaha.lawak-lawak.orang malaysia ni memang nak memenangi politik dunia dengan angka 1 saja.
semua nak yang nombor satu,angkasawan pertama lah,pandaki pertama lah, kepala bana pertama apa kalau rakyat miskin di abaikan.
oh,mungkin rakyat miskin PETAMA YANG DI BANTU kut. =)
xabellxeinsteinx:
org melayu malaysia la paling manja atas muka bumi ni.. tak sedar diri betul.. at least ada gak melayu gi angkasa. jgn la jumud sgt.
ya la dulu masa mahathir mau buat proton pun camtu jugak. yang condemned melayu jugak. apa nak jadi. busuk betul hati.
bro. setakat protes takda effort tak guna.
ayah pin pi ke bulan tak kecoh pun,siap tubuh kerajaan langit lg…
Sebenarnya Angkasawan Negara yang pertama dan terus unggul dimata dunia adalah Salleh Ben Joned… Penghargaan perlu dituju kepada individu yang sepatutnya.
xabellxeinsteinx,
orang dah buat PPRT(ko tau tak pekebende?) bagi rumah kat orang miskin, bagi bantuan sara hidup dari pusat kebajikan ada la dalam 2-3 ratus ringgit..abes apa yang ko harapkan?bagi rumah dan bantuan RM1000-2000 ringgit??…waaaaaaaaaaaaaa aku pon nak jadi orang miskin kalau macam tu..tak payah kerja semua orang suap..hahahah buduh…tuh bukannya bantuan..tapi tuh tolong bagi naik lemak
oh tak lupa jugak xabellxeinsteinx, slalu2 tgk bersamamu tv3..gi follow diorang tolong orang miskin
coconout..opss..
ako da tau cita neh..
muahahah..Razak baginda konon!!
muahhahha!!!
takpa la.
nanti ako try deal dgn proton camna..
tgk la kalo dapat tmbang murah pi ke “bulan”..
sana nun!!!
hehe. ramai juga org miskin. ramai rasanya pelajar2 miskin nak belanja. mintak loan tak dpt dan tak tahu channel. mintak baitulmal dorg tak kasik. yes, im one of them. nasib baik aku merompak. pusat zakat simpan duit je. pastu masuk paper banyak duit tersimpan. bangga hehe.
pasal g piggie ride g iss ni, mintak2lah lagi 10 tahun ada real angkasawan. ni belum lepas atmosfera dah jadik angkasawan. power gila. apa cerita experimen? jgn cerita awek muszapar sudey… org malaysia takmau dgr cerita exp sains bla3, cerita awek dia suka la. kdg2 tak elok gak lebih2kan berita sensasi n sapa no ‘1’.
best pulak baca NASA punya website ni. cek it out.
nak baca cerita lawak?
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2006/11/15/nation/20061115181546&sec=nation
papehal, jaket hitam kau lawa la muszapar. tolak kat aku boleh? bundle sold out maaa
Buang duit rakyat masuk dalam poket penyangak dan syaitan berkulit manusia.
Memang malang rakyat Malaysia masih bodoh dan tak pandai membezakan pemimpin yang baik dan buruk.