Saturday, 24th November 2007: Pramoedya Ananta Toer – A Forum

FREE FORUM | Pramoedya Ananta Toer – Sejarah, Novel dan Politik Pembebasan
Tarikh: 24 November 2007 (Sabtu)
Masa: 8 malam
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Selangor, 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Pramoedya Ananta Toer (1925-2006), merupakan sasterawan Indonesia yang terkenal di mata dunia. Beliau telah menghasilkan lebih 50 karya dan diterjemahkan dalam 41 bahasa asing. Beliau merupakan tokoh penulisan yang berhaluan kiri, karyanya menyampaikan pemikiran progresif yang menentang penjajahan dan pemerintahan zalim. Karyanya yang mendapat sambutan hebat termasuklah Bumi Manusia dan Anak Semua Bangsa, yang ditulisnya semasa dalam penahanan di Pulau Buru.
Pramoedya pernah ditahan selama 3 tahun pada zaman penjajah, 1 tahun semasa pemerintahan “Orde Lama” Sukarno dan 14 tahun semasa pemerintahan “Orde Baru” Suharto. Beliau ditahan selama 18 tahun secara total. Beliau ditahan pada masa Orde Baru bersama ribuan orang atas tuduhan memihak kepada Partai Komunis Indonesia (PKI).
“Had Pramoedya Ananta Toer been a Soviet dissident he would have received the Nobel Prize, but his status as a literary master is secure and, unlike some Latin American contemporaries, he remained unapologetic throughout his life.” – Tariq Ali
Datanglah mendengar lebih mendalam mengenai tokoh sastera kiri yang terkemuka di rantau Asia Tenggara ini.
Moderator – Fathi Aris Omar (Aktivis Media)
Ahli Panel:
Max Lane – Penulis & Pengkaji
Sejarah dalam tangan Pramoedya – ‘revolusi belum selesai’
(Max Lane merupakan seorang penulis, penyelidik dan penterjemah yang berasal dari Australia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 36 tahun bekerja di Indonesia, Singapura dan Filipina. Hasil kerja beliau terbaru adalah penterjemahan karya Pramoedya, Arok Dedes, ke dalam bahasa Inggeris, Arok of Java. Beliau juga banyak menulis tentang pergerakan masyarakat di Indonesia, termasuklah buku terbaru beliau, Bangsa Yang Belum Selesai,: Indonesia sebelum dan sesusah Suharto . )
Sumit Mandal – Penyelidik, IKMAS, UKM
Politik anti-perkauman Pramoedya
Anjuran :
Parti Sosialis Malaysia (PSM) & Community Development Centre (CDC)
Kemasukan – Percuma
Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat PSM 03-22747791 atau Chon Kai 019-5669518


Memang nak pergi! Rugila… Tapi aku kena jadi saksi kawan nak kahwin plak. Would love to hear some reviews from there. Selamats
wow! mcm nak pegi je ni..
max lane? wow aku rasa aku kenal dengan orang tua ini. dia ini salah satu dari orang2 tua ‘pembina’ partai politik yang dulu progresive dan revolusioner di indonesia. PRD. it would be interest to come and join on the diskusi.