Ruang Lawak!: Harian Metro – Punk Tulen LWN Punk Tiruan!!

JANGAN GELAK! NI SERIUS NI BEB!!!
PUNK TULEN LAWAN PUNK TIRUAN | Harian Metro – Sunday December 11th 2005
Oleh ZAINUDDIN ZAIN dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Selain gejala Black Metal, pengikut aliran punk dikesan berkembang subur di kalangan remaja Melayu negara ini dengan fahaman dan perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai masyarakat.
Seorang pengikut aliran punk sejak 14 tahun lalu mengakui fahaman budaya Barat itu bertentangan dengan ajaran Islam, boleh mengancam keselamatan dan mencetuskan kekacauan.
“Ada banyak kumpulan punk di negara ini seperti ‘Punk Rock’, ‘Hardcore Punk’, ‘Chaos Punk’, ‘Pop Punk’, Punk Hop’, ‘Skaters Punk’ dan ‘Metal Punk’, dengan 5,000 hingga 6,000 pengikut di Lembah Klang saja.
“Kalau dicampur pengikut punk di negeri lain seperti Melaka dan Kelantan, mungkin jumlahnya mencecah 10,000 orang,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Hasharinaz, 22.
Namun, dia mendakwa majoriti pengikut punk terbabit tidak faham falsafah punk sebenar dan golongan digelar ‘posers’ (peniru) itu suka menonjolkan diri di khalayak ramai bagi menarik minat pengikut baru.
“Saya pengikut punk tulen yang melepaskan perasaan hanya menerusi muzik. Ia untuk keamanan, bukan keganasan seperti diamalkan ‘posers’. Punk menentang arak, seks bebas dan rokok.
“Namun, ada ‘posers’ terlalu taksub dengan fahaman kumpulan punk luar negara, terutama ‘Nazi Punk’ dari Jerman yang menolak kepercayaan beragama, sama seperti pengikut fanatik Black Metal.
“Malah, ada ‘posers’ menjalankan upacara korban seperti membawa kepala kambing hitam ke hutan dan mengadakan upacara memuja syaitan. Merekalah yang menimbulkan masalah kerana terpesong daripada fahaman punk tulen,” katanya.
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan Daerah Bukit Bintang, Roslan Dahaman, berkata pengaruh budaya punk di kalangan remaja negara ini kian membimbangkan.
“Isu ini kian berat dan semakin lama semakin ‘panas’. Pengikut semakin bertambah dan perlakuan mereka membimbangkan,” katanya.
Beliau berkata, kawasan Bukit Bintang di sini dikenali lokasi utama pengikut punk berkumpul dan melakukan pelbagai perkara tidak bermoral, terutama malam hujung minggu.
“Sesiapa yang sering mengunjungi Bukit Bintang pasti bersetuju dengan saya. Ada pengikut punk minum arak dan melempar botolnya sesuka hati serta membuat maksiat di khalayak ramai,” katanya.
Sementara itu, pemantauan Metro Ahad di sebuah laman web untuk pengikut punk mendapati, pengikut yang mendakwa mengamalkan fahaman punk sebenar sanggup mempertahankannya daripada pupus dan mahu ia terus subur di negara ini.
Ini terbukti apabila ada pengikut punk mengirimkan artikel menggunakan tajuk ‘Punk Not Junk’ (punk bukan sampah) yang bersedia menerima walau sehebat mana sekalipun tentangan daripada pelbagai pihak.
“Walau bagaimana hebat sekalipun tentangan diberikan terhadap golongan punk, yang pasti budaya punk tidak akan pupus. Ia tetap wujud sampai bila-bila,” kata pengirim artikel menggunakan nama Along.
Dalam pada itu, kebanyakan pengunjung laman web ini mendakwa pengikut punk tulen yang pada dasarnya taksub dengan fahaman punk.
Kebanyakan artikel mengagungkan fahaman punk sehingga menganggap ia cara hidup.
Selain ruangan khas untuk pelbagai artikel, laman web yang kononnya diwujudkan bagi memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap pengikut punk sebenar, selain menyebarkan pengaruh punk sebenar itu, turut menghimpunkan pelbagai jenis gambar pengikut punk.
END
ricecooker note: okay, what say you people!!!?


Okeh, ada sapa-sapa nak join band baru aku? Kami main “PUNK HOP!!”!! Amacam, ada berani?
hehehehe ..
all malay newspapers are shit
dah ade ruangan lawak!.. bagus!.. humor di hari minggu.. kaver depan tu line-up devil dolls ke?
mmmm kambing hitam masala & capati.
tak layan lah. layan gua punya blog lagik best 😛
Apa benda punk hop nya? Mangkuk la reporter ni. Joe, hang nak buat band baru tu, hang kasi aku rap.. aku terer gak rap rap ni, smalam ada buat 2-3 lagu style punk hop. Baru2 ni, wartawan Mastika datang Ipoh, dia interview one of the otai dlm Metal scene kat Ipoh la. So, mamat tu datang lepak ngan kita and cerita betapa bodohnya wartawan Mastika tu. Salah satu perbualan yang menarik:
Mastika: Awak ni Black Metal la ye?
Kaki Metal: Tak, saya tak Black Metal, saya DEATH METAL!
Mastika: Wah! Death Metal? (terkejut beruk!). Lagi ganas dari Black Metal ke ni?
hahaha.
Kasik torture reporter tu ikat kat kerusi lepas tu kasik pasang headphone kuat-kuat lagu Black Metal ke, Death Metal ke or whatsoever shit metal (yang penting mesti ganeh!), nak lagi ganas kasik dengar Deathgrind! Wahaha… kasik rasakan punishment. Baru ada akai! Haha!
kalu punkhoppers,kene pakai seluar baggy dgn kasut DM…isy! tak sesuai…hahaha…
yoyoyo!!!
hmm, Punk Hop aa..kalau rambut dah spike, camna nak buat headspin? one wonders.
just another sunday mosquito newspaper anyways.
joe kalu mung nok buat band punk hop.aku nok join gok..jay kasi rap aku main gendang dakpe doh..
lenkali…kat unclogged, bawok kambing sekor…panggil reporter…buat berbeque reramai…haha
ni amy (devil dolls) ni…rasanya gambo kat myspace die ni. aku rase mamat poser ni hok beri ke reporter ni gambo ni. ye kot?
punk hop: carburetor dung feat malique
newspapers now a days is tabloid…
muzik itu indah…jangan salah tafsirkannya…
heheh..punk hop?hahahh….ok gak
it went back to the black metal issue that day, first raised in a parliament session by Idris Haron (Tangga Batu) who claimed he read about it in a recent issue of Mastika. u know, the hantu-makan-zakar-mayat-gigit-lipan-berak-besembur kind of affair. thats y la people (especially jalan riong nyamuks) been picking on it. that also led to the recent arrest in seremban, and it might also had to do with the current asean thing as well.
i mean, member of parliament reading Mastika? you are what you read la kan? that is not a reputable journal of opinion at all.
next issue in harian metro: ahli parlimen baca mastika banyak sangat, meracau bukan-bukan
ya…dah mula dah balik…ya ko betul fariq..tu budak Devil Dolls…after this budaya Zouk lak sure kena..beach party, etc…
surf mastika must die
hardcore before harian metro was black metal semen!.. amacam, sarcasm x? haha
leceh.
Kunin,
Yerp! I agreed. I mean, the part you wrote ‘member of parliament reading Mastika?’. From my experience; that was/is true. You’ve pointed out the exact ‘main reason of it all’. Haha!
lepas ni kita main jazz punk pulak rrrrr….kita kekalkan rambut…tetapi kita ubah cara pemakaian….ok?????care tak??????
bodo sial!!!lu orang tau ak skang nieh dewang nak letakkan black metal tuh dibawah undang undang mahkamah syariah!kira black metal kalu lu orang bole kena dakwa ajaran sesat dan kena kounseling tapi kalu tak jalan gak kena masok lokap!gile macam ayah pin..next thing u know its not cops busting shows its fucking jais dude!crazy!!!!shit with all the growling hc those mofos gonna think everybody worship satan.kesian melayu melayu islam kurang akal ituh.
main indie jom… ; )
Punk Hop = Ramones
Hey Ho, let’s go!
you cant stop the cretins from hoppin
you gotta keep the beat for all the hoppin cretins
cretin, cretin,
gonna go round the world with my cretin girl
the beat cant stop for the cretin hoppers
cretin, cretin
1,2,3,4 cretins wanna hop some more
4,5,6,7 all good cretins go to heavan
Aku rasa kita kena start a new scene. Hardcore Boria!! Punk Dikir Barat!! Grind Joget!! Emo Nasyid!! Baju Batik, Songkok and Kain Pelikat (with patches)… Amacam? Ada berani?
tu r pasai…….dulu sape rambut botak kena tahan…skang kalu rambut botak digalakkan….kate ikut mawi….dunia2, poyo sial….ape tah nak jadi…pakai baju itam, black metal, pening wooo camni…nak pakai baju pun susah…lepas ni tah ape pklak nak jadi
ha lipan .. kau dah botak ke ?? .. pasni print baju mawi bebanyak
mane plak aku botak ko gile, apsal??????
hahaha……….la baru aku tahu yang ada gerk musik punk hop…ni eh mesti bunyik dia sdp kaannn…macam taikkkkkkk…….eh sapa yang nak buat band punk hop tu aku nak join laaaaaaaa…
joe kidd + joe flizzow = phat dung (pioneered the punk hop genre)
pergh…satu collobro yang baik…
hihihi lepas nie pakai baju hitam musti susah arrr..hahaha punk hop?? agak agak sedap??
haha .. tukang jual kambing lagi la tekanan nak pakai baju hitam kena cop ketua oleh mastka .. aku dah baca mastika yang baru .. terkejut gila .. tak masuk akal la artikel diorang
lepas nih kita takyah pakai baju plak….ok takkKK?????
punk hop best tuh…ada influnces ambix ngan run dmc..hooks diea ada mcm ramones..hahahaha
hi lipan…saya lipas…hehehe
haha
cerita ni yang paling aku sakit hati sekali….
masa tu ada 2 ekor bangsat yang berbadan gemuk dan pakai cermin mata…
aku tak tau nak cakap ape…
yang aku nak bagitau korang ialah…
AKULAH MANGSA DALAM CERITA NI…!!!
aku tak tau nak cakap ape…
dorang suke2 letak nama aku dalam surat khabar haram tu..!!
aku tak pernah sebut PUNK HOP!
aku tak pernah cakap pasal NAZI PUNK!!
aku tak pernah cakap pasal KAMBING HITAM & PEMUJAAN!!!
kat sini, salah satu benda yang kelakar dalam akhbar tu ialah PUNK HOP…
kalau tengok betul2 ape yang dorang karangkan tu, cuba baca petikan ni…
(“Malah, ada ‘posers’ menjalankan upacara korban seperti membawa kepala kambing hitam ke hutan dan mengadakan upacara memuja syaitan. Merekalah yang menimbulkan masalah kerana terpesong daripada fahaman punk tulen,” katanya.)
apa kena mengena kambing hitam dengan PUNK???
pastu boleh pulak letak nama aku!!??
(“Saya pengikut punk tulen yang melepaskan perasaan hanya menerusi muzik. Ia untuk keamanan, bukan keganasan seperti diamalkan ‘posers’. Punk menentang arak, seks bebas dan rokok.)
rokok!!!????
aku seorang perokok!!!
aku tak paham apsal dorang asyik nak fitnah orang sesuka hati!!!
dorang senang je cakap kita murtad!!!
dorang tau ke apa hukumnya kalau tuduh seseorang tu murtad!!??
dioranglah yang murtad..!!!!
kebanyakan wartawan yang tak laku macam dorang ni datangnya dari persatuan…
contohnya PEKIDA…
ada juga dari PEKIMA…
macam majlah WARTAWAN…
dorang berani cakap orang macam tu macam ni…
sebab dorang under persatuan…
sebab tu dorang berani…
lagi satu… ada gak antara dorang mengikut ajaran syiah…
sebab tu dorang tak tau apa itu hukum kalau menuduh orang…
aku dah tak tau nak cakap apa lagi…
aku baru hantar msg hari ni
(2.15 pm – tuesday – 8.feb.2007)
sebab aku baru nampak web ni…
aku tak selalu sangat bukak internet ni…
akhir kata aku kat korang…
terpulang pada korang nak nilai macam mana tentang akhbar tu…
pilih la yang mana satu benar atau tak…
percaya pada scene sendiri…
atau pun wartawan bangsat…
aku difitnah…
sian kau.
ader sape2 yang nak join Nazi pUNK adalah amat dialu-alukan….
datang laa kat Bukit Bintang..aku nyer port kat situ….
sape2 yg berani nak kcau bdak2 Nazi ..kita ramai2 lanyak dia sorang….buat lauk….hahahahahaaaa!!!!
ape yg reporter ni merepek???
Nak tumpang promote!!!!
Zine JATUH BANGUN SENDIRI VOL 1-coming soon!!!
GROUND FLOOR RECORDS
present
PUNK ‘n’ HARDCORE ARISE!!!
This is the first project by GROUND FLOOR RECORDS to produce a compilation album which is called “PUNK ‘n’ HARDCORE ARISE”. It is an effort from us to introduce bands in Malaysia. The motive of this compilation is to give chances for bands that have original songs to market them productively. To any bands that are interested and have 3 to 4 songs/new songs or unreleased songs can kindly send them to the address listed below. This is our token of support towards you. If you support what we are doing, please do what is to be done. Remember, this offer is only for all type of PUNK and all type of HARDCORE bands. This compilation is not for boybands and fame footed rock bands. Please include together your band’s information and any other related things. The closing date is on 30th June 2008.
HAIKAL BIN HASAN, For further information:
No.4 Jln Permas 9/10, Call : 017-7783798
Bandar Baru Permas Jaya,
817500 Johor Bahru,
Johor.
ek ele…bgoz ar tu kalo… black metal kne banded troz……..!!!!!
baru sedap beb…
kalo posers je aku tak heran r sgt…
ni ade siap yg bako QURAN>>???? ape Kes….!!!
Ingat BApak Ko Y BUat QUrAN 2 kER?? Respect AR cket!!!!! kO Mampos Ke ape ko Pnyer PAsal la..tp kaLo BAb2 agm jgn MAen lah… Ingat cket KAt kubo t…Jgn Pk NAk Njoy KAt donia.. Chow!!
prasangka buruk hilangkan dari otak mu….kau tidak lebih baik dari ku..
punk not dead ok, sebuah idiologi yang ok, apapun alasanya lu bebas memilih.
punk not dead ok, sebuah idiologi yang ok, apapun alasanya lu bebas memilih.
From (indonesia )
mau donk UG shoesnya. tks.
ceh!, reporter tu mmg rip-offs
tak pandai survey,hantam kromo
kalo tak tau punk,jgn main tulis je!
mmg gua agak reporter ni mat jiwang karak,buat mat poser, baik
buang bab “punk” kalo nak buat gang.
bodo2 jew punk nie