UPDATE: Leaving Normal: Fekal Musick’s Pak Lie

from Fahmi Ismail
Pemergian yang sukar di cari ganti….
Allahyarham Mohd Fazli bin Mohd Zin, 28 tahun, atau lebih mesra dikenali sebagai Pally@Pak Li yang berasal dari Kupang, Kedah telah meninggal dunia pada pagi Rabu, 17 Ogos 2005 kerana terlibat dalam satu insiden kemalangan jalanraya di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang membabitkan motorsikal yang dipandu oleh Allahyarham, bertembung dengan sebuah van yang datang dari berlainan arah.Dipercayai bahawa insiden kemalangan jalanraya itu berlaku akibat kecuaian pemandu van berkenaan yang melanggar lampu isyarat jalan dan memandu dalam keadaan mabuk.
Beliau kemudiannya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Kuala Lumpur untuk menerima rawatan namun menghembuskan nafas akhirnya selang beberapa jam kemudian.Dipercayai bahawa punca kematian beliau adalah daripada kecederaan dalaman yang serius. Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa pulang ke kampungnya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kupang, Kedah sejurus selepas solat Isya’.
Semasa hayatnya, Allahyarham Pally merupakan seorang pemuda yang bersifat periang, santai dan juga ringkas, Dia dikenali sebagai seorang teman yang senang dibawa berbincang, berfikiran terbuka, mudah bergaul, ikhlas dan mempunyai semangat iltizam yang tinggi. Gurau senda beliau juga membuatkan dia disenangi oleh kesemua teman-teman rapat yang mengenalinya.
Beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam scene DIY Punk/ Hardcore khususnya di Utara Semenanjung Malaysia. Antaranya: Beliau merupakan seorang editor sebuah zine iaitu “I am what I am” pada penghujung tahun 90-an, seorang pemuzik untuk dua band: Humilated Grapes (noise grind) dan juga Vanilla Granade (punk rock). Selain itu, dia juga merupakan orang penting yang menjayakan dua distribusi yang berpusat di sekitar utara malaysia iaitu Welfare Distro dan juga yang terbaru di hasilkannya ialah Fekal Music. Sifat Allahyarham yang sentiasa tersenyum, akrab, mesra dan sentiasa merendah diri akan sentiasa diingati oleh teman-teman seperjuangan.Kehilangan beliau amat dirasai.
Al-fatihah.
——————-
ORIGINAL POST:
At 12.54 Noon just now I got an SMS from Mazmi (No Action Taken Distro) and here’s the sad news:
“Al-Fatihah. Sahabat kita, Pak Lie (Fekal Music) dah kembali ke Rahmatullah..”
I immediately called Mazmi and according to him, Pak Lie was involved in an accident somewhere, in about 24 hours ago. I’m loss for words. I must admit that I don’t really know the guy that well, but we had a good chat at a gig at Paul’s Place about a month or so ago, where he gave me a few tapes from his distro & label to share. Pak Lie’s an amazingly nice guy and as his close friends would attest to, a committed person which has contributed a lot to the scene which he loves.
Latest – from Mazmi’s SMS at 6.30pm today: “According to the housemate, arwah di bawak kebumi kat Baling, Kupang malam ni”
Condolences to his family and all that are close to him.
Joe


takziah!
al-fatihah.
semoga rohnya dicucuri rahmat.al-fatihah.
takziah.
i knew him at paul’s place last month through mino.
havent got much time to know him but what a great fella, he will be missed.
al fatihah may Allah bless your soul
His “Keplank!”, “I am what I am” & some of “Welfare Distro” stuffs still been safely with me. He’s DEFINITELY not forgotten as one of my beloved friends ever existed. Al-Fatihah.
I lost my good friend, but he still remains in my mind.
Al-fatihah – Semoga rohnya dicucuri rahmat, Amin!
Last aku dengar dia dikebumikan kat Baling, Kedah.
Korang boleh gak check website ni kalau tak cam sapa si arwah:
http://www.geocities.com/bullwhiprecs/news.html
ooo…tak silap aku die dulu ni buat zine kan name “I AM WHAT I AM” pastu main bass ke utk humilated grapes. kalu tak silap…takziah!! your zine inspired me!!!! rest in peace
hail to the PUNK WORMS (two characters in I AM WHAT I AM ZINE) who always talk about punk/HC ethics…hehehehhe! miss them
And, do not forget his “Keplank!” art/comic zine. Very inspiring indeed!
takziah..
takziah…al-fatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat
Humilated Grapes ..antara band kegemaran aku..sempat menonton vcd pulau pinang food not bomb sahaja..dan ternyata mereka mmg menarik..takziah..dan semoga beliau di cucuri rahmat..
a nice and soft spoken person. vaya con dios punkrock amigo..
Oh my lord… Can’t believe Pa’ Lie leaving us! Wehh x leh nak caye nih….! Hey dude, that was me (wearing cap on the right) though behind Pa’ Lie & wut a shocking he’s now gone. Hey, ingat lagik time tuh kita sume ramai2 kat Georgetown Penang lepak kat mamak pekena nasi kanda’; sume ade, Pa’ Lie, Che’ Me pun mai later, Mat Pitt ade, Carey (best guy ever!), Farid (tuh haa, yg tgh berbual pointing finger kat aku tuh…), Tam, Men, bebudak SP sume… Table kasik berato’… Still refreshing it was then late 2003, yg mane time tuh aku still main ngan f.i.T.r.a.h utk last show kitorang as a band kat Actors sana. Abeh show, Pa’ Lie bawak kitorang naik keta dia (Carey, Farid, kitorang satu band!) pusing2 pulau pastu landing kat mamak. Meriah betul, sume pun same2 sampai, susun meja, pastu ramai2 dgr Farid berseloka… “Amboi Che’ Me, makin bulat hang no.. perut mai cover skit piee!'”, Pa’ Lie lepak sebelah layan gelak; sampai sume dah kenyang… Abes majlis, sume pun balik happy & kitorang yg 5-6 org tadik naik keta Pa’ Lie balik SP tumpang baring ke rumah Carey… Malam tuh naik feri, sume pun turun tengok laut… Dlm keta kat highway… haha… Ntah la camne aku ngan Men ade gaduh2 kecik psl friendship kat bandar x best, x unite & aku pertahankan tinggal kat kampung ngan kawan2 mmg syok gile psl kat KL selalunya kalau ade barang2 best jek baru nak kawan… Ape jadah, kan? So tiba2 lepas beberapa ketika serta-merta Pa’ Lie mencelah, “Betul ke kawan2 kat kampung best?”… Lebih kurang cam tuh la, pastu sume pun diam relax… Everybody shocked, tapi maintain layan pemandangan luar dari dalam keta… Sampai sekarang aku terngiang2 suara arwah bila ingat2kan jumpe kat show, kat luar Basement, even terselisih in town… Even masa Akta main hari tuh pun dia turun utk DoDo… That was the last I met him, everything’s okay then until…. Surprise me Pa’ Lie, …you’re not going do you? – Zul Hezan