Leaving Normal: Jason Vorhees’ Bassist
from: jet_pang@hotmail.com
aku ada kabar berita… ada seorg rakan kita saudara Fendi atau Panjang telah meninggal dunia akibat lemas di ulu yam siang tadi… beliau pemain bass kumpulan Jason Vorhees iaitu kumpulan hc dari k.l….. tadi aku pergi ke rumah arwah di raub tapi mayatnya masih belum sampai lagi… kehilangan nya amat bermakna bagi scene kita…. al fatihah…….
rujuk web jasonvorhees.cjb.net utk mengenali beliau dan band nya….
from: merahdanhitam@yahoo.com
dalam kenangan : 1984-2005
Khairul Effendy atau lebih dikenali sebagai Panjang, pemain bass band Jason Vorhees telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 24.7.05. semoga roh-nya dicucuri rahmat. al-fatihah
p/s:- Panjang meninggal dunia disebabkan lemas sewaktu berekspidisi di Enpangan Batu,Ulu Yam, Kuala Lumpur.


al fatihah…
semalam masa aku pergi kerumah arwah jenazahnya masih belum sampai dlm pukul 11 mlm…harap dicucuri rahmat keatasnya….seorg rakan aku yg sentiasa memberi info terhadap dunia diy yg penuh warna warni ini….siang tadi jenazah dikebumikan,kelihatan ramai rakan2 arwah dari IIC dari K.L…..al fatihah
semalam masa on da way bawak anak-anak domestik doktrin makan kat tmn samudera,dekat rumah sewa Panjang, aku memang nak ajak Panjang turun lepak sesama. skali dapat msg tentang ketiadaan Panjang. memang terkejut+sedih sangat2. semoga Panjang aman dapat di alam sana.
p/s:- kawan2 [IIC+Jason Vorhees],maafkan aku kerana tak dapat follow korang melawat Panjang.:(.
takziah..aku dpt tau semlm dr kwn serumah yg juga x-housemate arwah..
al-fatihah……ini masa Sdr Panjang dah tiba…..esok lusa mungkin kita….think about it…seize the moments!
takziah saya ucapkan kepada keluarga.this is life,face the future.
Kali ini, ia sangat memberi impak kepada aku terutama kepada band Jason Vorhees. aku tak sangka pemergian dia untuk berseronok bertukar tragedi. kami sama-sama berjuang di dalam satu band, dan kalau nak tau aku ade motor kriss same macam die. cube bayangkan budak yg selalu temankan kite pegi repair moto, tuka tiub sebab tayar pancit, lepas tuh meninggal dengan tiba-tiba… Ape rasenye?…
Aku susah nak nangis kalo ade bebende sedih nih, tapi ape kan daya, akhirnya kejantanan aku tewas semalam setelah arwah panjang selamat dikebumikan…
panjang seorang budak yang baik, pegi gig sesame ngan aku, lumba moto sesame ngan aku… aku tak tau ape nak cakap lagi, aku masih tak boleh menerima hakikat yang PANJANG dah takde… dah 3 hari aku tak tido sejak aku lihat jenazah arwah di rumah mayat HKL tempoh hari… aku tak tau ape aku rase sekarang… tapi ape pun, Al-Fatihah…
Al-Fatihah & takziah.