Hishamuddin Rais: Satu Dua Tiga Lagi Iraq
ricecooker note: this article was supposed to be put here for the 4th anniversary of the war, which was on March 20th, but I was too busy wth work. sorry boss!
SATU DUA TIGA LAGI IRAQ
oleh Hishamuddin Rais
“We are almost certainly in the last days of a countdown to nuclear war. Israel has made plans to attack Iran in a war of aggression, which will probably begin with some staged attack such as the attack on the Liberty in 1967.” – Di pungut dari : whatreallyhappened.com/ussliberty.html
Saya bukan Mat Gian Perang, tetapi saya tidak akan menghalang perang. Saya tidak akan berdiri untuk melaung-laungkan slogan anti-perang. Juga, saya tidak takut dengan perang, malah saya mengalu-alukan kedatangan perang.
Perang untuk umum memberi makna kemusnahan dan kematian. Jika perang meletus maka ramai orang yang akan mati dan harta benda akan musnah. Kematian dan kemusnahan adalah manifestasi dari apa yang dapat dilihat hasil dari perang. Tetapi ada pekara-pekara yang lain yang tidak dapat dilihat dengan mata yang pasti muncul akibat dari perang.
Adalah satu ilusi untuk mengharap atau berdoa agar perang tidak akan datang. Perang akan terus datang bila-bila masa sahaja. Ini adalah sebahagian dari hukum asas dalam sistem ekonomi kapitalis yang berkiblatkan keuntungan. Selagi sistem ekonomi kapitalis ini wujud selagi itulah umat manusia dalam dunia ini akan berhadapan dengan bencana perang. Malah jika kita alim untuk megkaji sejarah manusia maka kita akan melihat bahawa sejarah manusia ialah sejarah manusia berperang.
Manusia berperang untuk merebut punca-punca kekayaan. Beruk-berok proto manusia – datuk nenek moyang kita dahulu – mula menapak meninggalkan gua kerana ingin mencari bahan makanan. Ketika mencari bahan makanan ini jika berlaku perebutan dalam agihan makanan maka akan berlaku pergaduhan. Jika pergaduhan ini membawa kematian maka disinilah permulaan sejarah perang manusia.
Perang sebenarnya ialah perundingan yang telah gagal. Perundingan, perdebatan, resolusi, sekatan dan segala macam cara yang dilakukan hanya satu usaha untuk memperlambatkan perang. Jika perundingan di meja gagal maka perundingan seterusnya akan beralih ke medan perang.
Perang juga adalah basis kepada ekonomi sistem kapitalis. Tanpa perang kaum pemodal dan kaum kapitalis tidak dapat menaklok kawasan baru untuk mencari bahan asli. Kawasan-kawsan atau tanah jajahan ini juga akan dijadikan pusat perluasan pemasaran. Kapitalisma ialah sistem ekonomi yang berasaskan pengeluaran dan permintaan. Jika pengeluaran kurang maka harga akan melambung. Ini adalah keuntungan. Jika pengeluaran melimpah dan pasaran merundum maka perang akan diatur untuk menghancurkan limpahan barang-barang yang telah dibuat.
Dalam sistem ekonomi kapitalis, perniagaan yang paling lumayan selain dari menjual dadah ialah menjual senjata dan alat kelengkapan perang. Cuba baca kembali bagaimana British menaklok Tanah Besar Cina. Awalnya candu dari India dibekalkan kepada pemadat di kota-kota persisiran Cina. Akhirnya perang pecah dan Tanah Besar Cina ditakloki British. Cina menjadi pusat punca bahan mentah dan juga pusat pemasaran. Hukum jual beli ini tidak akan berubah-berubah dalam sistem ekonomi kapitalis.
Jika kita telah memahami asas ekonomi kapitalis ini maka kita juga tidak dapat melarikan diri dari bencana perang. Justeru dalam keadaan terperangkap dalam sistem ini kita sebagai rakyat dunia masih ada pilihan. Kita tidak harus menunggu kesampaian perang tanpa membuat persediaan.
Kerana itu saya mengalu-alukan malah menggalakkan Amerika Syarikat atau Isreal menyerang Iran. Apa yang saya tulis ini mungkin membingongkan. Saya sedar bahawa perang akan membawa kemusnahan dan kematian. Tetapi dalam sistem ekonomi kapitalis ini sebenarnya kita sedang dibunuh secara “perlahan-lahan” tanpa kita sedari. Kita didodoi dan dininabobokan dengan pelbagai macam “gula-gula” sehingga kita tidak menyedari bahawa kita sedang menjadi hamba kepada kaum pemodal.
Dalam hidup ini kita akhirnya akan mati. Dalam perang juga kita akan mati. Disini kita memiliki pilihan sama ada menunggu malaikat maut sampai atau mati bangun melawan. Apa yang terjadi di Iraq hari ini membuktikan bahawa rakyat Iraq telah memilih mati dengan bangun melawan. Kita juga wajib bersedia untuk menghadapi keadaan ini.
Lalu persoalan timbul apakah bom nuklear atau peluru jenis DU (depleted uranium) akan digunakan? Bila ada insan yang menjadi pesimis dalam hal ini saya ketawa kerana mereka tidak menyedari bahawa saban hari kita juga sedang di gudam secara halus dengan racun-racun kimia yang lebih bahaya dari DU. Laut kita sedang dicemarkan olih pelbagai jenis toxic. Apakah kita lupa bagaimanan ikan-ikan yang kita beli dari pasar telah diawet dengan kimia pengawet mayat. Hutan-hutan tropikal punca oxygen kita sedang dimusnahkan untuk membawa untung kepada towkay pembalak. Yang paling jelas tetapi tidak disedari umum ialah carbon monoxide dari asap kereta dalam kota kita ini mungkin lebih bahaya tamparanya dari peluru.
Apa yang diatas ialah pembuktian saya bahawa rakyat di dunia hari ini sedang dibunuh secara perlahan-lahan. Peracunan dan pembunuhan perlahan-lahan ini berlaku bukan kerana niat seorang individu atau kerana konspirasi satu kumpulan, ataun kerana kaum Zionis atau kerana sebuah syarikat. Semua ini terjadi kerana landasan asas ekonomi sistem kapitalis yang kita gunakan hari ini berimamkan keuntungan dan bukan untuk kesejahteraan ummat.
Saya tidak sabar lagi menunggu untuk membaca berita bahawa Iran telah diserang. Siapa yang menyerang Iran untuk saya tidak penting. Apa yang penting ialah merebaknya perang Iraq bukan hanya ke Iran atau Timur Tengah tetapi biarlah pecah perang dunia ketiga.
Mari kita lihat sejarah : Sesudah Perang Dunia Kedua, kaum pemodal kapitalis antarabangsa dan tuan empunya gudang senjata telah mengumpulkan pengalaman. Mereka menyedari perang dunia tidak membawa faedah untuk keuntungan mereka. Kerana itu sesudah tamatnya Perang Dunia Kedua, apa yang kita lihat hanya “perang tempatan”. Perang tempatan berlaku di Indo China, di Colombia, di Eriteria, di Angola, di Nicaragua atau di Bosnia. Bentuk perang tempatan seperti ini dapat dikawal olih kaum pemodal dan tuan empunya pabrik senjata. Pengawalan ini penting untuk memastikan keuntungan berlipat ganda dan mereka selamat.
Sejarah telah menunjukkan Perang Dunia Kedua dahulu adalah satu tamparan yang maha hebat kepada kaum pemodal. Perebutan kaum pemodal untuk menawan tanah jajahan dan bahan mentah membawa suasana baru yang tidak dapat mereka fikirkan terdahulu dari ini. Rakyat di negara-negara tanah jajahan di Asia, Afrika dan latin Amerika telah bangun menuntut kemerdekaan.
Sejarah pasti akan berulang. Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Apabila kuasa imperial Amerika menyerang Iraq dan memusatkan perhatian ke Timur Tengah, negara-negara di Latin Amerika telah berjaya membebaskan diri dari cengkaman kapitalis antarabangsa. Ianya bermula dengan Venezula, Nicaragua, Colombia, Chile, Bolivia and Brazil. Contoh rujukan untuk negara-negara Latin ini ialah pulau Cuba yang telah berdiri angguh melawan kapitalis antarabangsa. Negara-negara ini telah merampas kembali harta kekayaan negara mereka dari kapitalis antarabangsa dan memulakan dasar pro rakyat dan bukan pro pemodal. Bolivia dan Venezula kini telah menghak miliknegarakan telaga minyak dan telaga gas mereka.
Banyangkan jika satu, dua, tiga lagi Iraq muncul pasti kuasa imperial Anglo-Amerika akan terduduk. Banyangkan jika perang Iraq merebak ke Syria, Iran, Turki, Kosovo, Bosnia, Somalia, Palestin, Sudan, Kurdistan dan Armernia – apa yang akan muncul. Selama kini kuasa imperial Anglo-Amerika telah merancang perang tempatan dimana mereka dapat mengawal arah tuju perang itu agar membawa keuntungan maksima kepada mereka.
Justeru, kita mahu perang yang tidak dikawal olih kuasa imperial. Jika perang merebak dari Iraq ke wilayah-wilayah lain pasti perang dunia akan meletus. Saya amat yakin, dari pengalaman Perang Dunia Kedua, kuasa imperial Anglo-Amerika tidak akan memiliki kudrat dan iradat untuk mengawal arah tuju perang ini. Perang dunia ketiga ini pasti akan melahirkan tata sula dunia yang baru. Pasti akan muncul satu peraturan dan bentuk wilayah dunia yang baru. Dalam Perang Dunia Kedua dahulu kuasa imperial British jatuh muflis. Kini telah sampai masanya untuk rakyat dunia menjatuhkan kuasa imperial Amerika Syarikat.
Dari pandangan macro perang dunia ketiga ini juga akan memperlihatkan perebutan wilayah dalam bentuk yang baru. Bukan diantara kuasa kolonial dan tanah jajahan. Rakyat dari pelbagai negara akan menolak garis wilayah dan sempadan yang selama ini dibuat olih kuasa imperial. Cina akan mengambil kembali Taiwan. India dan Pakistan akan merebut Kashmir. India dan Pakistan mungkin terbarai. Banyak bangsa-bangsa di Afrika akan membuat garisan pemetaan wilayah yang baru berdasarkan politik identiti. Indonesia juga mungkin akan terbarai dan akan wujud negara bangsa yang baru yang bebas dari hegemoni Jawa.
Di tanah air kita pekara yang sama bolih berlaku. Sabah dan Serawak akan bangun untuk merdeka. Bangsa Moro juga akan memiliki negara sendiri. Empat wilayah Melayu di Selatan Siam akan bebas dari cengkaman Siam. Singapura akan kembali menjadi sebahagian dari Tanah Melayu.
Pandangan saya ini berpandukan pengalaman Perang Dunia Kedua. Bila perang dunia meletus kita akan melihat bagaimana kuasa imperial tidak akan memiliki kekuatan bala tentera untuk menundukkan kekuatan rakyat dunia. Dalam masa yang sama juga kuasa imperial Anglo-Amerika ini juga akan mendapat serangan dari dalam. Di Britain sahaja telah wujud peratus jumlah penduduk yang tinggi yang tidak mengakui diri mereka sebagai British. Di Amerika – negara imigran – pasti akan berlaku saingan hebat antara yang berkulit putih dan tidak berkulit putih.
Secara micro dalam negara kita; elit politik, elit pemodal dan borjuis nasional yang selama ini bergantung kekuatan dengan bersandarkan kapitalis antarabangsa akan goyah. Mereka tidak akan mendapat sokongan dana atau sokongan ketenteraan lagi. Ekonomi akan mengecut. Pada tahun pertama mungkin mereka akan dapat mengawal keadaan tetapi seperti perang dunia kedua dahulu akhirnya mereka wajib membuat pilihan; bersama rakyat atau dibungkus.
Untuk saya inilah suasana politik yang sehat. Apabila dunia kucar kacir akibat perang maka satu perarturan baru dapat dimunculkan. Bila perang pecah siapa yang bijak menyusun, bijak berorganise dan memiliki taktik dan strateji yang unggul maka merekalah yang akan menang. Beberapa tahun dahulu kita telah melihat di Indonesia bagaimana rakyat telah merampas kembali tanah-tanah pertanian mereka yang dijarah olih kaum pemodal. Ini bukan kerana perang dunia pecah cuma kerana Suharto dijatuhkan.
Bayangkan jika perang dunia pecah; Rakyat Pahang akan merampas kembali tanah-tanah hutan yang telah digadaikan untuk menjadi gedung perjudian. Bayangkan rakyat Chubadak, Tasik Utara, Berembang akan bangun untuk merampas hak tanah mereka yang telah dirompak kaum pemodal. Suasana ini yang akan membuka tata sula baru dalam negara kita. Kuasa daulah akan runtuh dan kuasa rakyat yang akan mencipta susunan masyarakat yang baru.
Pada 8 March yang lalu saya terbaca berita ini dari: National Security Council Counter-Terrorism Division, GPO). infoisrael.net
“Israel’s National Security Council Counter-Terrorism Division presents the following updated travel warnings for Israelis traveling abroad. It is advised that travelers should avoid visiting and leave the area as soon as possible in the following high to very high-threat countries: Algeria, Afghanistan, Chechnya, (southern Russia) Djibouti, Egypt, (especially the Sinai peninsula), Jordan, Indonesia, Iran, Iraq, Kashmir (northern India), Lebanon, Malaysia, Mindanao (southern Philippines), Northern Nigeria, Pakistan, Saudi Arabia, Somalia Southern Thailand, Syria & Yemen.
Travelers should postpone non-essential travel to: Bangladesh, Bangkok, Libya, Oman, Nigeria & southeastern Turkey (borders with Iraq and Iran). Travelers in general, should avoid visiting the following countries: Bahrain, Chad, Kenya, Kuwait, Morocco, Qatar, Tunisia. Israeli citizens are called upon to be especially cautious when visiting: Philippines, Turkey, Thailand, & Uzbekistan.”
Saya cukup gembira apabila membaca amaran dari Isreal ini. Bukakan lagi pentas perang. Satu dua tiga lagi Iraq. Ianya pasti akan melahirkan satu tata sula dunia yang baru. Tersenyumlah kerana kita semua akan mati. Persoalannya sama ada kita mati ditipu atau mati bangun melawan. Jika bangun melawan ada kemungkinan kita memiliki 50 peratus peluang untuk hidup.
END.


woh! satu buah fikiran yang jauh dan lain dari yang lain. cool!
apabila tanah air islam kite di jajah oleh kaum kafir…kite mmg wajib memerangi mereka…hukum nye adalah wajib dalam mempertahankan tanah islam…memang israel patut diperangi…
perang!!! war! perang!
Mr. Hishamudin, u never fail to impres me..pandangan yang sangat mendalam..walaupun sy x ingin mpercayai..tapi benda yang di kata benar..biasa la basic hidup..nak sesuatu kena korban sesuatu r8..
Encik.Hisham,
tulisan anda hebat!sehebat street movie saudara.
teruskan menulis.untuk pemikiran masyarakat.
Arus perdana memang pembunuh pemikiran.
Pacisfisma adalah alternativ utama, tetapi di mana ada oppertunist yg bertindak dengan aggresion fascisma adalah wajib!
nice article.
menunggu mahdi…..
tulisan anda amat hebat. Cuma janganlah terlampau mengunakan retorik. Kerana retorik itu semacam pisau, ada baik ada sebaliknya. Jika anda penulis biar pembaca yang menentukan. Biarlah spektrum pembaca sendiri yang menentukan sama ada ke kiri atau ke kanan ia. Bercerita kembali mengenai artikel saudara. Saya tidak menyokong pendapatn saudara itu. Saya tahu konsep saudara maksudkan. Tetapi jangan lupa, tiada sebuah negara pun di dunia ini terlepas daripada kapitalisme antarabangsa. Mahu kita menjadi seperti Cuba?? Mahu kita menjadi seperti Korea Selatan?? Dunia tidak semudah itu tanpa kapitalis. Tanpa kapitalis kita tidak akan mengunakan komputer hari ini. Tanpa kapitalis tiada globalisasi apatah lagi dengan istilah glokal. Memang jika kita lihat golongan borjuasi banyak menindas golongan marheim dan proletariat seperti kita. Tapi yang mana lebih elok?. Bekerja di sebuah syarikat BMW dan bergaji Rm 1000 berbanding dengan di sawah bendang berpanas terik tetapi berapa sangat yang dinikmati. Jika tidak, rakyat negara ini tidaklah berpusu-pusu beratur-atur ingin bekerja di syarikat TNC. Secara mudahnya, kapitalisme menjanjikan kesenangan. Kita sepatutnya mengeksploitasi kapitalisme. Gunakan kapitalisme ke arah yang baik. Jika tidak, Korea Selatan, Singapura, mahupun sang harimau komunis Asia China sendiri telah maju dan kaya raya melalui sistem ekonomi kapitalis. Peperangan pada hari ini ialah perang ekonomi. Semua entiti yang bergelar negara bangsa perlu bersiap sedia berperang dalam arena ekonomi kapitalis. Jika Israel ada AIPAC, jika juga perlu pertubuhan begitu. Jika Amerika dan Jepun ada TNC yang besar kita juga perlu begitu. Jika Eropah mempunyai EU kita juga begitu. Bukanlah kita perlu meniru mereka, masyarakat barat kafir. Tetapi kita perlu ingat, siapa yang menguasai dunia pada hari ini?. Kita perlu mengikut mereka dan mengatasi mereka. Kemudian membentuk semula order baru dunia.
Nota: Janganlah berdiri di satu paksi, kita kadang-kadang perlu ke kanan, kadang-kadang ke kiri. Idealogi itu besar dan tiada penhujungnya. Jangan tetapkan diri kita dengan idealogi yang mencengkam. Kerana idealogi adalah sebuah dokumen belot!.
pembetulan, korea utara yang saya maksudkan dan korea yang satu lagi sudah betul
I heard that in Cuba education is free so maybe it’s not too bad
Jika korea selatan dan korea utara telah bersatu, bagaimana perintah perang boleh dikeluarkan oleh Korea Utara di PBB?
ya, i read in WHO report on Cuba that their health service is better and even the most efficient in this hemisphere.
Bunga Perang, u cant find the fact about Cuba but merely talk, and here is another reading material for u -> Cuba currently has over 2000 health professionals providing aid in 57 countries.
on the Korean, u better go read and ask my freind, Black!
Bunga Perang, u cant find the fact about Cuba but merely talk, and here is another reading material for u -> Cuba currently has over 2000 health professionals providing aid in 57 countries.
before talk on the Korean, u better go read and ask my freind, Black!
aku bukan aktivis anti perang.aku juga bukan sosialis berjiwa komunis.walaupun aku tak menyokong seratus peratus buah fikiran en hisham,tp bagi aku ada inti intinya yg boleh diterima pakai.tp aku masih berharap bahawa sistem dunia hari ini dapat diubah tanpa kekerasan atau peperangan walaupun seringkali aku tak bertemu jawapan setiap kali aku cuba fikirkan.
perang yang dimaksudkan bro h.rais tu pada tilikan aku ialah,perang melawan kebodohan diri,ketakutan untuk berubah,menidakan taboo yang banyak kita pelajari entah dari mana,mencabar mitos yang boleh dicabar, pendek kata,CABAR……….CABAR………..CABAR…..TULAH PERANG.
its good juga kalau education free. tak perlu hutang mara
Bagus! biar berkurangan orang kat dunia ni..kalau tak sesak ma.
H. Rais telah berjaya dlm penulisan kali ini.. apa yg aku maksudkan di sini adalah berjaya menunjukkan sebilangan pembaca yg 100% menganggukkan kepala mereka tanpa mendongakkan kepala dan mmbuka minda… setiap insan di ciptakan daya pemahaman yg berbeda.. tak perlulah !00% sama.. mirip sedikit pun sudah memadai.. ilustrasi perang yang cuba digambarkan oleh H. Rais memang lah jelas tapi mampukah kita melakarnya dengan sendiri?