Hishamuddin Rais: Ruang Tamu dan Kaca TV

RUANG TAMU DAN KACA TV
oleh Hishamuddin Rais
Melangok di hadapan kaca tv ini baru sahaja sampai ke dalam pembudayaan masyarakat kita. Sistem alat penyiaran bergambar ini mula menjadi objek yang diberahikan (object of desire) di negara Eropah dan Amerika Syarikat sesudah perang dunia yang kedua. Di Malaysia budaya melangok di hadapan kaca tv ini belum pun sampai dua jenerasi. Malah sehingga ke tahun 1974, di kampung saya dalam daerah Jelebu alat siaran tv ini masih lagi belum sampai. TV hanya dapat masuk ke daerah Jelebu apabila Rais Yatim seorang anak Jelebu mula menjadi Menteri Penerangan. Bayangkan betapa ulunya Jelebu di masa itu.
Secara positif, ini bererti semasa saya membesar saya tidak mengetahui objek ini. Apa yang menjadi alat hiburan kami ketika itu ialah radio. Untuk memenuhi masa yang lain kami membaca – buku-buku cerita, komik, novel dan akhbar harian. Ertinya budaya membaca telah mula mengukuh ketika tidak adanya tv. Radio pada ketika itu tidak dilihat sebagai saingan malah dilihat sebagai alat penyokong kepada budaya membaca.
Dalam masa dua dekad yang lepas, budaya radio telah berubah wajah – dari alat penyampai berita dan maklumat kini telah menjadi 99% alat hiburan. Budaya membaca yang baru hendak berakar cambah dalam negara kita kini telah terbantut. Semua ini hasil dari asakan dan ledakan kedatangan tv. Tv hari ini telah beralih dari objek yang diberahikan kepada objek yang wajib ada di dalam rumah. Kini tv telah dianggap setaraf dengan kuali atau cerek air. Alatan-alatan ini diperlukan di semua rumah.
Dalam budaya semua bangsa, pinjam meminjam dan tiru meniru adalah perbuatan yang biasa dan bukan sesuatu yang salah. Semua budaya bangsa ada memiliki ciri pengaruh luaran. Tidak wujud satu tamadun bangsa yang monolitik. Kita juga mengambil, meniru dan menyesuaikan ciri luaran dengan keadaan budaya bangsa kita. Ini akan memperkayakan dan merancakkan lagi pembudayaan.
Tetapi objek yang dipanggil nama tv ini agak berlainan sedikit perangainya. Tidak seperti objek meja, sepatu, bendera atau almari yang datang dari negara Benggali Putih – Portugal. Kita menggunakan objek-objek dengan keselesaan dan tepat. Begitu juga kita menyesuaikan penggunaan objek songkok yang berasal dari Afghanistan. Untuk saya penggunaan objek tv ini cukup pelik lagi memelikkan.
Dari ingatan saya, pada tahun 1972 dahulu tv kita hanya ada memiliki satu saluran hitam putih sahaja. Pada ketika itu saya pernah melihat sebuah rumah orang Melayu ( yang berjaya) – kalau dalam istilah hari ini keluarga ini ialah Melayu Baru – yang memiliki 3 peti tv. Satu di ruang tamu. Satu di meja makan dan satu di dapur. Dalam tahun 1972 saya kurang arif apakah rancangan yang ingin diikuti oleh Melayu Baru ini. Ketika itu video atau CD belum wujud. Tetapi kerana saya dari Jelebu yang tidak ada tv maka saya menganggap inilah budaya terkini orang bandar.
Kerimasan saya pada tahun 1972 itu rupa-rupanya tidak berganjak. Hari ini objek tv ini bukan hanya sedang merimaskan saya tetapi telah sampai ke tahap menyesakkan nafas. Untuk saya objek tv ini sedang betul-betul menekan wujudiah saya. Kerimasan yang saya hadapi ini bukan kerana isi dan rancangan yang disiarkan. Ini satu perkara yang lain.
Apa yang merimaskan saya ialah benda ini terus menerus mengekori saya ke mana sahaja saya pergi. Benda tv ini telah menjadi bayang kita semua. Ke mana sahaja kita bergerak benda tv ini akan bergerak sama. Bayangkan, minggu lepas saya telah dijemput bertandang untuk makan tengah hari oleh satu keluarga Melayu. Sesampai saja ke ruang tamu saya terlihat tv sedang terpasang. Seorang anak kecil belasan tahun sedang melangok di hadapan tv.
Keluarga yang menjemput saya ini tidak pula memadamkan alat tv ini walhal tamu yang diundang telah sampai. Sambil berlabun berkenal mesra, mata tuan rumah sesekali mengintai ke kaca tv. Ini berlaku apabila suara dari tv ini menjadi kuat dan keras. Saya menjadi amat tidak selesa. Apabila makan tengah hari dihidangkan kami semua betul-betul dipaksa duduk di hadapan objek ini.
Rasa saya apa yang saya alami minggu lalu bukan sesuatu yang terpencil. Pernah satu ketika di kota London saya telah di jemput bertandang ke sebuah rumah orang Melayu di Notinghill Gate – kawasan perumahan kelas menengah kota London. Sesampai sahaja saya ke rumah ini, si tuan rumah tanpa diminta telah memasangkan alat tv. Dengan serta merta saya merasa rimas. Bayangkan, ruang tamu ini bukan besar sangat, jadi mata kami amat susah untuk melarikan dari diharu oleh suara dan gambar dari objek ini.
Saya merasa susah bernafas kerana diasak oleh objek tv ini. Lalu saya cuba membuat alasan meminta diri tetapi tuan rumah ingin pula menghidangkan sesuatu kepada saya. Apabila mereka ke dapur saya terus memadamkan alat ini. Bila sang suami masuk ke ruang tamu dia terus memasang tv itu sekali lagi. Kali ini si suami terus mencari-cari saluran untuk memperagakan alat tvnya yang ‘connected’ dengan satelit. Saya terpaksa duduk seperti budak kampung dari Jelebu yang belum pernah melihat tv. Ketika itu saya terfikir mungkin saya lebih selesa menginap di neraka dari duduk satu jam di hadapan tv sambil menjadi tamu pasangan Melayu ini.
Ruang tamu dihiasi dengan tv ini bukan sesuatu yang baru. Saya rasa tidak ada pencemaran estetika yang berlaku jika tv didudukkan di sebelah radio atau bersama sistem bunyi untuk mengindahkan ruang tamu. Apa yang merimaskan ialah tv ini terus menerus terpasang tidak mengira waktu. Dan yang paling menjelikkan ialah benda tv terus terpasang ketika tamu datang bertandang. Saya tidak tahu ke mana perginya ramah tamah budi bahasa menyambut tamu. Tetamu datang ke rumah bukan hendak menonton tv – mereka datang untuk berkenal mesra dan merapatkan persaudaran. Kenapa alat tv ini dibenarkan mencelah dan mengganggu.
Saya tidak tahu dari mana ‘ gila tv’ ini muncul. Hari ini di warung, di restoran, di mana- mana sahaja ruang nampaknya ada sahaja benda ini terpasang. Kalau ada sepuluh baris warung makan pasti ada sepuluh buah kaca tv yang terus menerus menyalak. Seharusnya semasa kita di restoran atau di warung, kita bukan sahaja ingin melayan selera tetapi kita juga seharusnya ingin menikmati perbualan antara kita sesama manusia tanpa diganggu oleh tv. Apakah para pelanggan ini datang kerana hendak menonton tv kerana tv di rumah mereka telah disambar tsunami.
Jangan marah jika saya katakan bahawa dalam masyarakat Melayu, terutaa di Hari Raya peranan objek tv ini amat menjijikkan. Jika tidak percaya tunggulah hari raya tahun ini. Bertandanglah ke rumah saudara atau jiran tetangga. Liarkan mata dan pasti akan ternampak dua tiga malaun yang sedang melangok di hadapan kaca tv tanpa mempedulikan kedatangan sanak saudara; walaupun di pagi hari raya pertama.
Dari semua yang saya lihat ini maka saya dapat memahami rasional kenapa peti tv ini diberikan nama jolokan ‘idiot box’ atau kotak bangang. Kotak ini memang tidak memiliki akal. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang terus melangok di hadapan kaca tv – apakah mereka juga telah sama bangang dan otak mereka telah menjadi kaca.
END


“Apakah mereka juga telah sama bangang…”. Barangkalinya saudara akan memperolehi jawapan jawapan yang berbeza. Mungkin juga pertanyaan ini telah diluahkan ‘puluhan kali’ samaada di Malaysia atau dimana mana di dunia ini. barangkali juga sudah menjadi ‘klise, banal dll yang seangkatan dengannya’.
Saya pernah mempunyai lebih dari 500 chanel yang berbeza. Termasuk 19 channel porn. Wow. Ini bukan satu jumlah yang sedikit. tertidur hanya untuk melihat imbasan seketika setiap chanel yang ada itu. tetapi itu di North America. Ledakan ratusan chanel itu mengambil masa lebih dari 50 tahun. tetapi disini kurang dari sepuluh (bermula dari hari pertama Astro). Selepas ini khabarnya muncul pula DUA LAGI. waktu sesingkat itu secara revolusi mempengaruhi semua jenerasi yang ada. Dari Buyut hingga ke cicit.
Kenapa? Adakah kita wajib melupakannya atau kita berdamping dengannya? ini bukan satu persoalan yang kecil. Sewajarnya dia diperbincangkan dengan lebih ilmiah di dada Parlimen. Sebagai warga semenanjung, saya ingin melontarkan beberapa perkara yang bermain.
Peti itu tidak bersalah. Apa yang wajar kita lihat adalah pengisiannya. Pengisian yang bagaimana? Sering kali saya menerima jawapan yang pelbagai. Samaada yang bersifat politik, ilmiah, emosi dan sekadar untuk menambahkan rempah ratus. Saya tidak sama sekali akan menolak jawapan jawapan yang diberikan itu. tetapi ada beberapa perkara yang menarik. Saya merasakan ada kewajaran untuk berkongsi sama.
PENDAPAT A:
Tutup sahaja. Mana boleh! Kami juga mahukan hiburan. Kami sudah penat seharian bekerja. Apalah salahnya jika kami mengisi masa sebelum lena itu dengan menontonya. Anak anak kami juga mahu menonton. Apa salahnya, setelah mereka penat seharian disekolah. Setelah semua kerja sekolah selesai. Apa salahnya mereka mengenal Si Mawi. Saya tidak nampak anak saya menjadi lalai lalu melupakan waktu solat dan pelajarannya.
PENDAPAT B:
Tutup sahaja. Mana Boleh! kau bolehla. Membaca dan membaca. memang pun itu sebahagian dari tugas kau. kami tak hairan. kau kata demokrasi. Inikan pilihan pilihan demokrasi. Kami juga menonton rancangan yang menambahkan pengetahuan. Lihatlah chanel apa yang kami pilih. Kerana kau tak punya tv dan melanggan mana kau tahu. Entah entah rumah kau pun ada tv. Sekadar nak tunjuk yang kau ini pandai.
PENDAPAT C:
Tutup sahaja. Mana boleh! Macam mana aku nak tahu perkembangan dunia. Aku hanya tengok berita. tak kiralah dari mana sumbernya. Boleh kau lupakan internet tu. Kita sama sahaja. Kau dengan internet. aku dengan tv. Aku tak tengok rancangan yang kau anggap karut tu. kau pun tak melayari porn sitekan? Entah entah… mana aku tahu.
PENDAPAT D:
Tutup sahaja. Mana boleh… Aku punya pasal la. Aku dah beli tv mahal mahal. Bayar ratus ringgit untuk satelit tu dan bil bulanan lagi. Apa kau sibuk! Aku tak nak dengar tiori tiori kau tu. Apa yang kau nak luahkan tiada kena mengena dengan hidup aku. Lantak pi la. Ada orang macam kau ni bukan hidup aku bertambah senang. bertambah susah ada la.
PENDAPAT E:
Kembali pada pendapat A.
Ini adalah sebahagian darinya. Barangkali Pendapat mereka yang lain akan menyusul. Kita tunggu apa Isham kata selepas ini. Terima kasih.
pasaran bebas kian lama telah bertapak dikaca Tv dengan mempromosikan diri mereka sebagai dunia pengiklanan.Kaca Tv yang kini bukan sahaja untuk menyampaikan tentang ilmu,berita dan hiburan malah dialah penyampai produk-produk baru kapitalis yg paling berpengaruh dari segala bentuk-bentuk pengiklanan seperti radio,surat khabar dan sebagainya.kini syarikat makanan segera sepeti McDonald tidak perlu mempromosikan menu terbaru mereka dengan susah kerana mereka hanya perlu membayar kepada syarikat penyiaran TV untuk mempromosi menu mereka dengan cara ini ianya lebih efisyen dan cekap untuk menyebarkan maklumat,selepas itu anak-anak kita yang mulanya nawaitunya ingin sekadar melihat melihat cerita kartun kegemarannya secara tidak lansung akan mendesak kpada orang tuanya untuk makan malam restoran itu.Ahli-ahli politik kita juga mengambil kesempatan pada media eletronik yang berpengaruh itu untuk menyampaikan segala propaganda mereka pada rakyat jelata.jadi kita pada asalnya untuk melepaskan segal kemelaratan dunia selepas 8jam sehari,5 hari seminggu berkerja untuk berhibur pada si kaca Tv secara tidaksedar mereka telah mengkambingkan diri mereka
DAH MEMANG ITU PERANAN TV SEBENARNYE..ISK ISK…BIG MAC 10….
kita lupa..era keunggulan ISLAM suatu hari dahulu takde TV! era kesultanan MELAYU takde TV! adakah dengan penat kita bekerja seharian kerana ALLAH taala..kita perlukan TV yg ntah apa2 kita tgk tuh utk rehat? adakah TV itu satu KEPERLUAN atau KEHENDAK dalam HIDUP? Manusia ni HIDUP kerana SIAPA? DICIPTA untuk apa? TEPUK DADA TANYA IMAN….
Buat Macintorch:
Era itu juga memudar tanpa kehadiran TV.
depend kt individu 2 la nk accept tv as good or bad……..masing2 ade otak kan?
HIDUP TV…!!!!!!
ISKK.AKU KALAU BALIK UMAH PENAT KEJE..AKU MESTI LAYAN NATIONAL GEOGRAPHIC…
SAPE KATE TAKDE FAEDAH..??? BLAH LA ….TAK ABIH ABIH HIPOKRIT…
af pun ada faedah,boleh cuci mata sambil tengok gelagat manusia yg bodoh sambil dibunuh secara perlahan oleh kapitalis itu sendiri
tidak ada kontroversi yang perlu diungkapkan lagi… sama ada memiliki atau tidak memiliki televisyen, bangsa melayu masih kekal dengan sikap turun temurun mereka… televisyen diciptakan oleh manusia dengan akal fikiran.. mengapa penulis harus pertikaikan lagi bahawa televisyen itu ibarat objek yang menjahanamkan.. tidakkah penulis tahu bahawa apa yang dikatakan ini ibarat menafikan kurniaan tuhan yang esa iaitu kelebihan akal fikiran… tidak semua diantara kita yang mampu menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya.. lihat sahajalah dunia hari ini, apakah yang sedang berlaku?…oleh itu, perkara ini tidak perlu di panjangkan lagi kerana masing-masing tahu pilihan sendiri
i’m addicted to TV, man!!! maybe the fact that i’m living alone now makes me addicted to it. It’s my truest friend…i can even watch “melodi” nowadays hahahha!!! but you must be able to differentiate between entertainment and pure-brainwash…
TV tu untuk hiburan and komunikasi…senang cerita!!!!budak darjah satu pun tahu….kalau tak percaya,tanyalah John Lodgie Baird…usah lagi bertengkar.tetapi memang betul ramai yang menyalahgunakan TV…….tetamu yang datang ke rumah patut dilayan secara peribadi dan personal.peranan melayan tetamu tidak patut dibiarkan kepada peti bangang….gunakanlah otak sendiri.terpulanglah pada diri inidividu untuk menentukan cara penggunaan TV yang betul.kalau kita ingin menyerahkan tanggungjawab melayan tetamu kepada TV,saya ingin melihat TV pergi mengangkat makanan dan minuman untuk tetamu and sebagainya.ingatlah,dunia tanpa TV bererti dunia yang tidak rock dan tanpa ‘couch potato’…..
takut tv hidup!
jangan lupa tutup T.V sebelum tido…jangan biarkan T.V merogol anda semasa tido…nanti susah nak buat report polis kat brickfield…hari2 sy membeli ikan dipasar
kurangkan iklan dlm tv!!!!