Hishamuddin Rais: Memecah Hegemoni Petroleum
MEMECAH HEGEMONI PETROLEUM
oleh Hishamuddin Rais
Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada kebanyakan negara Asean. Malah, ia adalah antara terendah di dunia.
Satu daripada kesan negatif (subsidi) ialah berlakunya herotan pasaran (market distortion) yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Ini bermakna harga komoditi berkenaan tidak menggambarkan kos sebenar kerana harga pasaran adalah di bawah harga sebenar. Akibatnya akan berlaku penggunaan yang berlebihan dan pembaziran. Di samping itu akan timbul kegiatan yang tidak sihat seperti penyelewengan, penipuan dan penyeludupan.
Pada hari ini, subsidi juga menguntungkan orang kaya yang memiliki banyak kereta berbanding orang miskin yang mempunyai motosikal. Ini tidak adil. Lebih baik jika wang yang digunakan untuk subsidi ini dipakai untuk tujuan lain yang lebih menguntungkan rakyat jelata. – DIPUNGUT DARI BERITA HARIAN [Isnin, 01 Ogos]
Kabinet hari ini mengarahkan semua kementerian mengemukakan cadangan dan pandangan mengenai langkah jangka panjang penjimatan tenaga bagi mengurangkan pergantungan terhadap elektrik dan minyak.
* Memasang alat solar bagi menjana elektrik di setiap kediaman yang baru dibina.
* Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan orang ramai.
Sementara bagi langkah jangka pendek pula ialah:
* Semua pejabat kerajaan diminta memadamkan lampu pada waktu rehat tengah hari.
– DIPUNGUT DARI UTUSAN MALAYSIA [4 Ogos 2005] – Tulisan Sri Angreni Mohd Zet
Harga bahan bakar minyak petrol telah dinaikkan lagi. Yakinlah, tidak berapa lama lagi harga ini kan dinaikkan sekali lagi. Hari ini harga satu tong minyak mentah ialah 62 dollar. Pemerhati pasaran minyak pernah menyatakan yang harga ini mungkin mencecah 200 dollar satu tong. Dan akan sampai ketikanya nanti apabila harga ini juga akan terus melambung tinggi.
Untuk pertama kalinya media arus perdana dalam negara kita telah cuba memberitahu tentang ketidak seimbangan pengeluaran dan permintaan bahan bakar minyak mentah. Ini terpaksa dilakukan kerana kerajaan ingin mengolah persetujuan orang ramai yang pasti akan menghadapai bahang kenaikkan harga bahan bakar petrol. Data-data yang dipaparkan olih media walau pun tidak lengkap tetapi adalah tepat. Saya tidak akan mempertikaikan tentang statistik dan data.
Seperti biasa orang ramai akan diberi candu tentang bagaimana harga minyak di negara kita adalah yang termurah berbanding dengan harga di German, Sweden atau Britaian. Fakta ini memang betul dan tepat. Tetapi tidak pula dinyatakan bahawa gaji minima memburuh di negara-negara ini melintasi 200 ringgit sehari. Ini juga tidak akan saya pertikaikan.
Saya merasa marah kerana masih ada lagi satu fakta yang terus ingin disurukkan dari pengetahuan orang ramai. Fakta yang ingin diselindungi ialah tentang kekeringan bahan bakar minyak petroleum. Fakta minyak semakin kering ini sebenarnya adalah punca utama yang memaksa kenaikan harga. Pergolakan politik, perang, cuaca dan spekulasi pasaran hanya rempah ratus dalam hal jual beli minyak. Rempah ratus ini hanya membantu fakta utama – dimana negara pengeluar bahan mentah ini tidak lagi memiliki telaga minyak yang melimpah ruah.
Memadamkan lampu atau mengurangkan suhu alat hawa dingin ini bukan jawapan untuk berjimat cermat. Malah tutup pasang tutup pasang akan membawa kemudaratan kepada alat-alat ini. Sebenarnya , berapa sen sangat yang dapat dijimatkan dari nasihat tutup pasang tutup pasang ini. Pembakaran minyak yang paling membazir bukan kerana lampu di rumah, di pejabat atau alat hawa dingin.
Pembaziran petrol yang terbesar ialah penggunaan kereta persendirian. Kereta persendirian ialah alat pengangkutan yang paling tidak ekonomik. Satu keluarga sebuah kereta adalah dasar salah yang telah dikembangkan olih budaya konsumer kapitalis. Di era awalan penemuan minyak dan kemunculan teknoloji injin mungkin kereta adalah satu-satunya alat pengangkutan. Ketika itu minyak senang ditemui dan kereta belum banyak.
Hari ini budaya kereta persendiran telah menjadi musuh utama umat manusia. Ianya terbukti sebagai satu alat pengangkutan yang tidak ekonomik. Jumlah tenaga bahan bakar yang digunakan untuk menggerakan sebuah kereta dengan seorang pemandu sebenarnya bolih digunakan untuk mengangkut lima atau enam orang dengan tenaga bahan bakar yang sama. Ertinya telah wujud pembaziran tenaga bahan bakar untuk lima orang.
Objek kereta ini juga adalah alat utama yang telah membawa pencemaran alam. Kereta juga bertanggung jawab memanaskan suhu dunia hari ini. Buangan karbon, asid, toksid hasil dari pembakaran petrol ini sedang mengancam kesihatan seluruh umat manusia. Kajian telah membuktikan bahawa suhu dunia semakin naik. Ketidak seimbangan suhu ini akan membawa kepada perubahan cuaca dunia.
Perubahan musim semakin tidak menentu. Di Amerika Syarikat dan Eropah ada kalanya musim sejuk tidak lagi menghasilkan salji yang diperlukan untuk pengairan sungai-sungai. Sungai-sungai ini adalah asas pertanian. Ada ketikanya pula perubahan musim ini membawa limpahan air yang telah beberapa musim menenggelamkan Eropah. Kekurangan salji dimusim sejuk telah juga dirasakan di pergunungan Andes. Jika salji semakin mengurang di Andes maka ini bermakna sungai-sungai besar di hutan Amazon juga akan kekurangan air.
Kemusnahan yang dibawa olih budaya satu keluarga satu kereta ini dapat dilihat dengan jelas dalam negara kita sendiri. Perhatikan bagaimana jalan-jalan di kampung-kampung kecil diperbesarkan dengan niat untuk memberi keselesaan kepada pemandu kereta. Sebesar mana pun jalan dibuat ianya pasti akan membawa kesesakan. Dalam kota dan pekan-pelan kecil juga kereta telah mula mengancam dengan kesesakan lalu lintas. Kualiti kehidupan yang diharapkan melalui kewujudan kereta kini telah membawa mudarat jangka panjang. Hidup aman permai dikampung-kampung kini dihuru harakan olih kedatangan kereta.
Di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kajang dan Seremban dan bandar-bandar lain kesesaakan trafik telah menjadi lumrah. Di Kuala Lumpur dari awal pagi hinggalah ke tengah malam jalan-jalan terus sesak. Saya tidak dapat menilai kesesakan lalu lintas ini sebagai satu pencapaian kemajuan. Atau satu harga yang wajib dibayar untuk hidup. Apa yang saya yakini kesesakan lalu lintas ini akan terus membawa tekanan kepada penduduk kota. Kualiti keidupan warga kota terus terancam.
Lihatlah pula bagaimana keindahan Lake Garden, sebuah taman bertasik ditengah-tengah kota Kuala Lumpur yang satu ketika dahulu menjadi buah mulut seluruh negara kini telah dimusnahkan untuk memberi jalan kepada kereta. Lihat pula bagaimana hutan dara tropikal Bukit Nenas kini hanya tinggal serpihan kerana ada pemimpin kita yang lebih berminat dengan simen tinggi dari pokok-pokok kayu yang rendang.
Juga perhatikan disekitar Kuala Lumpur, setiap hari ada sahaja jalan yang ingin diperbesarkan tanpa sudah-sudah. Pokok-pokok yang rendang permai ditebang untuk membesarkan jalan. Belukar yang menghijau diganti dengan simen dan tembok-tembok besi. Semua ini adalah budaya yang dibawa olih dasar satu keluarga satu kereta.
Bumi kita ini tidak memiliki kudrat untuk menampung budaya konsumer kapitalis yang berpaksikan bahan bakar petroleum. Bumi kita ini tidak sanggup lagi menerima robekan demi robekan yang menghakiskan kulitnya dan merosakkan alam semula jadi.
Kenyataan kerajaan untuk menggalakan sistem pengangkutan awam ini bukan kali pertama yang telah saya dengar. Ianya juga pasti bukan kali terakhir. Seperti banyak dasar kerajaan semuanya adalah hangat-hangat air kencing. Pada satu ketika dahulu ada dicadangkan agar kereta yang memasuki kota wajib membawa penumpang. Idea ini datangnya dari kepala politikus yang sewel dan tidak perlu dipertimbangkan. Idea ini tidak pernah direalisasikan. Ianya hanya cakap-cakap kosong.
Kali ini kerana harga minyak naik sekali lagi maka agenda pengangkutan awam ditimbulkan. Saya rasa agenda ini tidak akan pergi ke mana-mana. Saya hanya berharap dalam masa terdekat harga minyak akan terus melonjak lagi hingga ke 100 dollar satu tong. Jika ini berlaku maka besar kemungkinan agenda pengangkutan awam ini akan cuba diperbincangkan untuk dijadikan dasar negara.
Sistem pengangkutan awam kita hari ini telah merosot kerana dasar pengangkutan yang diambil olih Mahathir Muhamad. Dasar kerajaan membuat dan menjual kereta berlawanan dengan dasar pengangkutan awam. Dua dasar ini tidak bolih dijalankan serentak kerana ianya bertentangan. Contohnya, pada satu ketika dahulu kota New York dan Chicago memiliki sistem pengangkutan awam yang bolih dijadikan contoh. Kota-kota ini berselirat dijaringi olih sistem keretapi api, tram dan bus.
Lihat apa yang telah dilakukan olih tuan punya syarikat kereta – Henry Ford. Dia telah mengupah goonda, samseng dan kaki busuk untuk merosakkan landasan tram. Garam telah dimasukkan ke dalam injin tram dan bas. Akhirnya sistem pengangkutan awam patah dam musnah. Tanpa banyak pilihan orang ramai terpaksa membeli kereta yang dikeluarkan olih syarikat Henry Ford. Ini bukan satu dongeng. Ini fakta sejarah perkembangan budaya kapitalis.
Pekara yang sama telah berlaku ke atas sistem pengangkuatn awam di Kuala Lumpur. Satu ketika dahulu Bas Sri Jaya menjadi alat penyambung warga kota Kuala Lumpur. Bas Sri Jaya berselirat disekitar Kuala Lumpur. Manakala pekan-pekan kecil wujud sistem bas berhenti-henti untuk memungut penumpang. Untuk mereka yang ingin lebih cepat perjalanan wujud pula sistem teksi jarak jauh berkongsi empat orang. Sistem teksi ini murah dan cukup efisen.
Hari ini bukan sahaja sistem pengangkutan awam hampir musnah malah jika kita naik bas di Kuala Lumpur besar kemungkinan kita akan dirompak. Cubalah naiki bas dan memasukkan duit satu ringgit untuk tiket 90 sen, lebihan 10sen itu tidak akan dipulangkan. Bayangkan dalam kecanggihan teknoloji yang berjaya mendaratkan manusia ke bulan, sistem teknoloji duit pulangan masih belum berupaya dibuat di Malaysia. Dan jangan lupa syarikat bas ini adalah milik tuan empunya syarikat kilang kereta nasional.
Untuk saya dalam masa yang singkat syarikat-syarikat membuat kereta akan lupus. Pekara ini bukan hanya berlaku di negara kita sahaja. Ianya akan berlaku dimerata tempat dalam dunia ini. Krisis kenaikan minyak ini akan melanda negara miskin dan negara kaya. Membuat kereta pribadi ini adalah satu kerja yang tidak berbaloi. Apabila harga minyak terus melonjak tidak dapat tidak kilang-kilang pembuat kereta akan ditutup. Ini bukan permintaan saya tetapi hukum ekonomi kapitalis – pengeluaran dan permintaan. Kilang-kilang membuat kereta ini seharusnya membuat injin-injin bas, lori dan jentera pertanian. Injin-injin sedemikian masih diperlukan dan amat berfaedah untuk kegunaan awam buat sementara waktu sebelum minyak betul-betul kering.
Memberi subsidi minyak ini bukan satu yang salah. Malah ianya wajib diperbesarkan dan diperluaskan lagi. Jangan percaya hujah kerajaan yang mengatakan subsidi minyak ini akan menguntungkan orang kaya. Untuk orang kaya – ada subsidi atau tidak, mereka akan terus mengaut untung. Kerajaan juga wajib mengambil alih dan mengendalikan semua sistem pengangkutan awam. Sistem-sistem LRT kini telah pun dipulangkan olih para kroni kepada kerajaan ( baca orang ramai ). Semua sistem pengangkutan awam harus diberi subsidi untuk menarik orang ramai untuk meninggalkan kereta mereka. Dalam masa yang sama kereta pensendirian wajib dinaikan cukai. Jika kereta ingin memasuki kota dan pekan ianya perlu dikenakan cukai lagi. Tempat letak kereta dalam bandar dijadikan taman tempat riadah. Untuk meletakkan kereta dalam pekan dan bandar harga wajib dipergandakan.
Semua langkah-langkah ini pun hanya dasar sementara sahaja kerana akhirnya minyak akan kering juga. Langkah berjangka panjang bermula apabila kita menerima hakikat bahawa bahan bakar petroleum telah habis. Kerajaan akan bersikap jujur dan telus jika memberi tahu rakyat bahawa tamadun yang berlandaskan minyak petrol telah sampai ke penghujung. Fakta ini wajib ditanamkan secepat mungkin ke pengetahuan orang ramai untuk mengelakkan pecahnya susunan pabrik masyarakat. Ini juga untuk mengelakkan kekacauan yang akan timbul apabila minyak kering
Apabila kita semua menerima hakikat – minyak sudah habis – maka asas yang perlu kita lakukan ialah anjak gaya hidup. Anjakan gaya hidup ini sahajalah jawapan berjangka panjang yang ada pada kita hari ini. Cakap-cakap tentang teknoloji baru. Cakap-cakap tentang penemuan baru untuk gantian minyak. Cakap-cakap tentang tenaga matahari, tenaga air, tenaga angin – semua ini adalah lawak seram yang zalim lagi menzalimi pendengarnya.
Ini bukan bermakna kuasa tidak bolih dijana olih tenaga-tenaga ini. Tetapi, hakikatnya struktur pembudayaan dan pembangunan kita hari ini tidak berlandaskan jana kuasa ini. Contohnya, ambil sebuah bangunan – kita memerlukan lif untuk menaiki bangunan ini. Lif ini memerlukan tenaga leterik. Jana kuasa leterik ini bergerak dengan membakar minyak. Bangunan ini pula tidak bertingkap lalu kita memerlukan alat hawa dingin. Ini juga memerlukan tenaga bahan bakar minyak. Semua bergantung pada petrol.
Lihat pula kereta, bas atau lori – bayangkan bagaimana benda-benda ini akan bergerak dengan kuasa angin atau kuasa matahari. Cakap-cakap kosong ini hanya sedap untuk didengar tetapi tidak memiliki asas yang ilmiah. Dari congak ekonomi bahan yang menjadi tenaga ini wajib lebih murah dari tenaga yang dihasilkan. Membakar 10 tong minyak untuk melahir 10 tong tenaga pasti tidak berbaloi. Atau untuk menghasilkan 10 bateri karbon kita wajib membakar 20 tong minyak pastilah satu yang sia-sia untuk dilakukan.
Cakap-cakap kosong tentang tenaga gantian ini selalu didendangkan olih politikus dalam negara kita ini. Mereka bukan sahaja tidak berilmu malah mereka juga tidak membaca. Mereka hanya membuka mulut dan bersuara tentang kuasa angin atau kuasa alcohol secara sepontan tanpa berfikir lebih awal. Politikus dinegara kita ini jarang tahu dan faham apa yang mereka sendiri ucapkan. Justeru, untuk sementara waktu mari kita lupakan gantian untuk bahan bakar minyak ini.
Untuk saya projek terbaik yang berjangka panjang untuk kita semua ialah mengubah cara hidup kita. Dari seorang konsumer yang rakus menjadi pengguna yang mengguna jika perlu. Budaya guna pakai buang yang digalakan olih sistem ekonomi kapitalis ini tidak mungkin lagi menjanjikan masa depan yang cerah. Kita wajib kembali ke kelompok-kelompok kecil. Pulang ke pekan-pekan dan kota-kota kecil dimana keperluan kita dapat kita temui tanpa didatangkan dari tempat yang beribu-ribu batu jauhnya. Pekan-pekan kecil yang dilengkapi olih kemudahan asas adalah tamadun masa depan.
Manusia tidak perlu bergegas ke hulu ke hilir berhadapan dengan traffic jam. Di pekan kecil kita bolih berbasikal atau berjalan kaki. Hubungan manusia dengan manusia akan menjadi lebih intim, mendalam dan lebih bermakna dari hubungan yang superfisial dalam budaya konsumer kapitalis. Kita wajib melakukan anjakan gaya hidup ini untuk memecahkan hegemoni budaya konsumer petroleum sebelum petroleum memusnahkan tamadun kita.
END


http://www.lifeaftertheoilcrash.com
read it and react.
”hidup sihat tanpa minyak!” atau pun ”go public go!” amacam? ……..ok? i read and i react……
anjakan gaya hidup? boleh ke? maknanya rakyat perlu bergerak secara bersama-sama dengan semangat muhibah untuk mengubah secara radikal gaya hidup mereka. kalau naik bas lebih baik dari memandu kereta mungkin akan membantu. tak pun naik basikal lebih praktikal dari menunggang motosikal. lebih-lebih lagi jalan kaki lebih selesa dari naik teksi. rakyat mesti mahu hidup senang. senang itu bermaksud tidak ‘renyah’ atau menyusahkan. dengan cara hidup rakyat sekarang yang kebanyakan anak-anak mudanya bergerak secara tiap-tiap hari dari satu tempat ke satu tempat ( baca: BEKERJA ) amatlah tidak berbaloi jika perkara yang sebelum ini mereka anggap memberi kesenangan pada mereka ditukar dengan satu perubahan yang agak radikal sekali. ini memerlukan jiwa dan mental yang kuat. bagi saya yang bekerja ini hanya mampu berdoa moga teori anjakan gaya hidup yang agak radikal ini dapat berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang sekali. hanya orang-orang yang radikal seperti saudara Hisham saja yang mungkin berjaya pada agakan saya. tapi kebanyakan kawan-kawan saya yang berjiwa radikal saya dapati masih juga mempunyai masalah hidup yang lain selain dari kenaikan harga minyak sedunia ni. jadi masalah kenaikan minyak ini bukan satu masalah besar sebenarnya. ia hanyalah penambah kepada segala masalah-masalah yang dihadapi oleh umat manusia sekarang. sekian. cheers!
yeah..agak sinikal dan memedaskan telinga komen bg joe. in fact, what i wrote there is just a ‘mind provocateur’ for all the kids and bapak budak in here. life is useless without alternative views. punks with BRAIN is better than those with a mere ‘cool’ attitude.
mmg rezab minyak sudah nak habis di dunia dan mmg penggunaan kereta berleluasa akan merencatkan ekonomi dan seterusnya nilai hidup rakyat sendiri. tetapi apa yang kita suarakan sebagai protes dan kritik itu kadang-kadang mcm ‘anjing menyalak gunung’ (pakai peribahasa plak). takde kesan. nothing. pergi balik kat kita. gema.
dalam masyarakat urban kita sekarang dah menjadi satu kemestian setiap rumah berfamili mempunyai paling kurang satu kereta. bukan di kampung ya? tapi kampung kat tempat aku pun dah maju sekarang ni. payah juga la nak cari rumah yang takde langsung kereta. jadi manusia sekarang dah mmg secara total nya bertuhankan kereta.
tu tak dikira lagi dgn era penerobosan teknologi maklumat dalam ceruk-ceruk kampung. bahana media korporat yang telah secara tidak langsung membuai-buai satu gaya hidup baru yang mmg berlandaskan kapitalisme total. nilai global. arus perdana. akademi fantasia. jadi manusia sekarang dah menjadikan penggunaan ‘kesenangan’ hidup tu secara liar dan tanpa sedar akan memberi bahaya pada masa datang.
apabila manusia sudah hidup senang tetapi tiba-tiba muncul sebuah bencana contohnya tragedi ‘minyak naik’ ni, masing-masing akan mula menggelabah dan ada juga yang tak hirau pun sebenarnya akibat terlalu yakin dgn kredibiliti kerajaan dlm menyelesaikan permasalahan duniawi. proses menggelabah ni juga sebenarnya sekejap sahaja kerana beberapa ketika nnt rakyat akan dibuai dengan bentuk ‘kesenangan’ baru untuk menutup kesusahan sementara ni. kenaikan harga brg terjadi tiap-tiap tahun tapi sampai sekarang rakyat masih memangkah UMNO lagi. even pangkah PAS pun harga brg takkan turun seratus-peratus.
pencemaran alam? huh. alangkah indahnya jika manusia hidup seperti 1 juta tahun dahulu. tiada kereta proton saga. tiada kilang modenas. tiada perwaja. tapi inilah realiti hidup zaman sekarang. tak kira kat cheruk tokkun mahupun amsterdam semua manusia dah mengamalkan gaya hidup baru ni.
langkah penyelesaian? tak jumpa lagi. sbb tu masih byk artikel yg cuba mengupaskan isu-isu ni. sbb semua fikiran dah buntu. bila bg pendapat kena kutuk mcm2. lepas tu mempertikaikan kredibiliti sang penulis mahupun si pemberi buah fikiran. jadi apa dia masalah kita sebagai rakyat sekarang. busuk hati? mungkin. takde etika? maybe. boros? dah tentu. sombong? lagi la. it all back to basic la. nilai DIRI yg kita pegang selama ni. sekian. cheers lagi!
bukannya kalau dah dibuat dalam ‘mass production’ sudah tentu secara outomatik produk menjadi murah sama la jugak halnya dengan minyak tetapi dalam jangka masa panjang ‘tuan punya telaga’ la yang akan untung gila2 sebab bahan bakar ini sudah menjadi satu ‘keperluan dunia’ dan makin lama telaga2 yang ade makin kering. so in the mean time, dia orang boleh buat untung gila2 sampai sanggup berperang berebut telaga minyak. so kalau dia orang betul2 pikir pasal kepentingan rakyat jelata, dia orang ‘tersangat laa’ boleh buat r & d tenaga alternative yang lebih efektif, long lasting and enviromental friendly sebab dia orang mesti ade modal punya hasil minyak tue. ade banyak tenaga yang based on natural energy kat bumi nie macam angin, air, ombak, solar, stim, magnet, termal inner earth core(gunung berapi) tah ape2 lagi la kan. buat ‘mass production’ sampai laa jadi satu ‘keperluan sedunia’ mungkin boleh jadi satu keadaan ‘win win situation’. utung sama untung maa, kau happy, aku pun happy gak …… yahooo! tapi……………………..zzzzzz……………..*^%#@$%^$%@^%$^$%@$^%$$%^@%$.|+_!!!(carutan!)
minyak dah habis??mmm..baru2 ni aku terima ’email rantai’ pasal hari kiamat. dlm email tu cerita la kisah King Saud meninggal dgn kaitannya dgn hari kiamat. pastu dia ada kata pula pasal armageddon yg terjadi sebelum kiamat. maknanya time tu minyak dah habis. bila dah habis porak peranda la dunia. Israel, Arab, US, semua perang sebab nak kuasai dunia. ada la dia kait pula pasal 3 agama besar kat dunia ni Islam, Yahudi ngan Kristian. agama2 ni berperang satu sama lain sebab masing2 menunggu ‘pemimpin akhir’ yakni al masih. Islam tunggu Imam Mahdi, Yahudi tunggu Dajjal dan Kristian tunggu Jesus.
mmg ’email berantai’ ni dah byk kali kita dgr tapi bila aku pikir2 balik ada juga ‘kebenaran’ dari segi logik akal la sbb bila minyak habis nanti manusia nak pakai kuasa apa? pas tu negara mana plak yg nak monopoli ekonomi dunia bila minyak dah habis? manusia dah tentu hidup macam zaman purba punya sbb semua tenaga sekarang pakai minyak sebab murah. nak pakai tenaga2 lain tu mcm senang tapi sempat ke kita menjalankan proses penukaran sumber tenaga secara drastik?
ntah la..aku pun pening pikir pasal dunia ni..sebab tu aku tak banyak fikir sgt sekarang..haha..