Hishamuddin Rais: Kita & Mereka
KITA DAN MEREKA
oleh Hishamuddin Rais
Pada tahun ini saya telah pergi ke Brickfields pada malam menyambut hari jadi Siddhartha Gautama Buddha. Sebenarnya saya telah datang ke pesta ini hampir saban tahun. Ini kerana kuil terbesar Buddha dalam kota Kuala Lumpur ini terletak tidak begitu jauh dari tempat saya tinggal.
Pada tahun ini juga untuk pertama kalinya saya juga telah pergi ke Batu Caves di hari Thaipusam. Kali pertama saya menaiki tangga ke Batu Caves pada tahun 1960, ketika saya dalam darjah empat. Ketika itu, saya datang ke Batu Caves bersama satu rombongan sekolah dari Jelebu. Melawat Kuala Lumpur dari daerah pendalaman adalah satu yang diidam-idamkan oleh murid sekolah. Batu Caves ketika itu adalah salah satu tempat yang wajib dilawat.
Batu Caves yang saya temui di Hari Thaipusam tahun ini amat jauh berubah dari apa yang pernah saya lihat dahulu. Ianya telah berjalan begitu jauh dari apa yang ditulis oleh A. Samad Ahmad dalam Nakhoda Tenggang. Buku hikayat ini telah saya baca dalam tahun 60an.
Di kedua-dua mukim suci ini ada satu perkara yang amat jelas saya lihat. Saya ternampak begitu banyak sekali orang-orang orang kurang upaya/cacat – lelaki/perempuan dewasa dan kanak-kanak. Mereka ini dari semua bangsa. Ada India, Cina dan Melayu. Mereka semuanya menempatkan diri mereka di tepi-tepi jalan laluan orang ramai. Dicelah-celah ribuan manusia ingin melakukan ibadat ini kelihatan badan-badan manusia kerdil kurang upaya/cacat cuba meraih simpati.
Ada pelbagai bentuk kecacatan yang saya lihat di Batu Caves dan di kuil Brickfields. Ada yang menjalar , ada yang menelentang, ada yang merangkak, ada yang buta, ada yang kudung, ada yang tepok. Ada yang berkudis, ada yang kaki berbalut, malah berpelbagai bentuk insan cacat. Kesemua yang cacat ini datang mencari sedekah di hari kesucian agama ini.
Di sini saya bukan ingin menimbulkan kesalahan terhadap orang kurang upaya/cacat. Apa yang ingin saya timbulkan ialah sikap kita (orang yang tidak cacat) terhadap mereka. Saya menyedari ada orang yang akan merasa ngeri, takut, terperanjat atau mual apabila berhadapan dengan orang cacat. Gangguan perasaan melihat insan cacat ini mungkin lebih hebat dari perasaan kita apabila kita melawat wad kecemasan di hospital kerajaan.
Ini berlaku kerana apabila kita berhadapan dengan orang cacat maka dengan serta merta sifat kita sebagai manusia akan diuji. Jika kita melihat orang cacat maka kita dengan serta merta akan menilai diri kita yang dianggap “tidak cacat”. Kita berhadapan dengan satu kenyataan bahawa badan manusia ini tidak semestinya penuh dengan kesempurnaan. Dalam sekelip mata kewujudan sifat kita sebagai insan akan dicabar.
Semua perasaan-perasaan ini dapat saya fahami kenapa ianya wujud. Tetapi ada satu perkara yang ingin saya timbulkan terutama kepada kita semua yang mengakui memiliki sifat yang sempurna. Saya ingin mencari/bertanya kenapa perasaan ini timbul. Rasa saya perasaan ini timbul kerana selama ini insan yang kita anggap cacat itu telah kita jauhkan dari pandangan kita. Kita hanya terserempak dengan mereka ketika hari-hari kesucian agama – Thaipusam atau Hari Vesak.
Sebenarnya dalam masyakat mana-mana pun orang-orang cacat wujud. Dalam masyarakat semaju Eropah atau masyarakat di Dunia Ketiga, insan cacat ini sentiasa wujud. Cuma yang berbeza, di Malaysia ini saya perhatikan orang-orang cacat ini amat terpinggir. Mereka terlalu jauh dari kehidupan harian kita. Kita merasakan bahawa hanya kita yang “sempurna” sahaja yang memiliki dunia ini. Orang kurang upaya/cacat wajib terperam jauh dari pandangan kita. Sikap inilah menjadikan kita terperanjat apabila kita berhadapan dengan insan kurang upaya/cacat.
Kita yang mengakui sebagai insan sempurna langsung tidak ambil peduli tentang orang-orang cacat dan keperluan mereka untuk sama-sama merayakan hidup. Kota Kuala Lumpur saya anggap terlalu ganas terhadap orang kurang upaya/cacat. Malah Putrajaya yang dikatakan kota terancang juga tidak mesra cacat. Tidak wujud jalan-jalan khusus atau lorong-lorong untuk pengguna kerusi roda. Tidak wujud jalan-jalan khusus untuk orang buta. Tangga dan jalan yang diselirati dengan simen tembok walau pun rendah akan menjadi musuh kepada insan kurang upaya/cacat.
Gedung-gedung membeli belah yang berdiri angkuh dalam kota kita langsung tidak memberi perhatian kepada manusia cacat. Seolah-olah orang cacat ini adalah sampah yang akan mengotorkan gedung perniagaan. Mereka perlu dijauhkan. Justeru gedung ini dibuat tanpa memberi ruang untung orang kurang upaya/cacat.
Saya pernah bekerja selama 7 tahun sebagai pelayan restoran dalam kota London. Adalah menjadi satu kebiasaan untuk saya menerima pelanggan yang datang dengan kereta sorong. Ada yang datang ditolak oleh kawan, penjaga atau kekasih. Ada yang datang bersendirian dengan kereta sorong roda berinjin. Restoran kami akan menyedia meja khas untuk pelanggan kurang upaya/cacat. Pelanggan buta yang datang makan ke restoran kami adalah perkara biasa. Sebagai pelayan saya hanya perlu menerangkan setiap jenis masakan sebelum si buta memesan.
Malah di hujung minggu dalam pusat kota London, saya sering ternampak kumpulan-kumpulan orang kurang upaya/cacat – tua dan muda- berbaris dipimpin oleh seorang ketua untuk menaiki kereta api bawah tanah atau bas. Walau pun mereka cacat tetapi mereka juga dianggap sebagai anggota masyarakat. Mereka melawat pameran lukisan, melawat muzium, berlegar di kedai buku, duduk bersantai di kafe atau pergi menonton teater atau wayang. Kecacatan tidak menghalang mereka dari merayakan kehidupan.
Orang-orang cacat tidak semestinya tidak memiliki perasaan, tanpa cita-cita atau tanpa keberahian seksual. Mereka juga sama seperti kita. Tidak ada perbezaan yang hakiki di antara mereka yang cacat dengan orang yang menganggap diri mereka tidak cacat. Kekuatan fikrah kita adalah sama walau pun kekuatan fizikal mereka mungkin kurang.
Biasanya dalam masyakat kita di Malaysia ini orang-orang yang tidak cacat memiliki sedikit sikap keangkuhan yang “patronising”. Kita tidak mahu mendirikan lantai budaya yang sama rata di antara yang cacat dengan yang tidak cacat. Lihat sahajalah kawasan Brickfields. Kawasan ini dari awal lagi telah dijadikan “port” untuk orang-orang yang kurang penglihatan. Wilayah ini adalah zon orang-orang buta/pekak/bisu – tempat mereka belajar, bertemu, bersiar-siar, tempat mereka membuka perniagaan rumah urut dan di sini juga berpusatnya persatuan mereka.
Tetapi bayangkan adakah kita telah menjadikan daerah ini satu wilayah yang mesra cacat? Jalan-jalan di sini, untuk orang-orang buta dan kurang upaya mungkin lebih bahaya dari jalan raya ke lapangan terbang Baghdad. Setiap masa ada sahaja “musuh” yang melintas dengan laju. Saya tidak pernah ternampak seorang pemandu kereta di Brickfields yang akan memberikan laluan kepada orang buta untuk melintas jalan. Pemandu kereta cukup angkuh dan mungkin si pemandu menganggap orang-orang cacat ini hanya menyusahkan lalu lintas mereka.
Pada hemat saya, untuk permulaan kawasan Brickfields wajib diwujudkan sebagai satu wilayah mesra cacat. Kawasan ini perlu diperlengkap dengan segala kemudahan untuk keselesaan orang-orang cacat. Jadikan wilayah ini satu kawasan percubaan awal untuk kita sama-sama melihat dan memahami apa/bagaimana seharusnya kita lakukan perkara-perkara terbaik untuk orang-orang cacat.
Selain dari menyediakan keselesaan untuk mereka merayakan hidup, kita juga wajib sedar mereka adalah warga yang memiliki hak untuk disediakan ruang. Ruang-ruang dan fasiliti sebaik mungkin untuk menolak potensi fikrah dan kehidupan mereka seluas mungkin. Mereka juga memiliki potensi untuk memberikan sumbangan fikrah dan daya kreatif.
Saya rasa adalah satu tamparan kepada kita semua apabila orang kurang upaya/cacat datang meminta-minta sedekah di Hari Thaipusam atau di Hari Vesak setahun sekali. Ini adalah gambaran bahawa masyarakat kita sama ada Hindu, Buddha, Islam atau Kristian masih belum memahami kitab-kitab suci yang kita miliki. Untuk saya jalan ke syurga dan Firdausi bukan di hadapan Batu Caves, di pintu kuil, di Mekah atau ke Baitulmuqaddis. Jalan dan lorong ke syurga ada di hadapan mata kita. Hanya kita yang buta gagal melihat.
END


All living things should be treated equally! The best output from Hishamuddin so far. Seriously.
apa kurangnya yang sempurna?
dan apa pula sempurnanya yang kurang?
penulisan yang baik dari Hishamudin…teruskan.
saya sokong Brickfileds dijadikan sebagai wilayah mesra cacat. Ini cuma permulaan. Harusnya lebih banyak kemudahan untuk mereka. Kesedaran di kalangan rakyat Malaysia memang teruk. Hari tu gua naik LRT, bengkak je tengok satu mamat dan minah duduk di tempat duduk warga kurang upaya… nasib baik mamat tu bagak. Kalau tak… kalau tak… kalau tak… ntah.
yes. u are right. nowdays, it’s hard to see the places that have a good accomodation for handicaped people. and i still remember one of my friend during the presentation of project for the handicaped people. her suggestion and idea has been rejected by the panel. the reason is; “your project is not give any value for economy”. what the hell with our people today. those words make me thinking, people in here especially the designers, engineer, architecture and who’s are involving in construction project never thinking about the accomodation for all people which means wide range of utility for normal people to handicaped people. if they do, it’s maybe a little and hard to seek.
Yeah..thats true..pengalaman saya 6 bulan ketika belajar di KL sentral memperlihatkan semua cerita yang diterlanjangkan oleh bro hisham amatlah betul sekali. Sesekali melihat fenomena kenderaan memperlahankan kenderaaan melalui jalan2 sibuk di brickfield amatlah susah sekali. Seolah2 mereka tidak mengetahui apakah zon itu sebenarnya syorga bagi mereka2 yang kurang upaya di situ. Pagi , petang dan malam saya berada d brickfield suatu masa dahulu membuatkan mata saya buta melihat orang2 buta perlu meminta izin drpd yang celik untuk meneruskan perjalanan mereka ketika berjalan . Agaknya Cuma bila si celik merasai nikmat buta, maka baru dia berterima kasih pada si veteren2 buta dahulu. Yang seronot di situ adalah ketika kita singgah di gerai2 makan . golongan istimewa ini amat pandai memilih lauk pauk untuk dimakan.. ” Nak makan Ikan Keli goreng separuh, lauk kacang panjang masak gulai putih campur belacan sesudu, kuahnya biar banyak sedikit”…ordernya complete macam kita orang biasa. Nah, kenapa layanan pada mereka perlu di anak tirikan sedangkan mereka juga seperti kita??
good
okay la…!!!
i study in p. moral too oh..
Sebenarnya ada ramai orang cacat kat Malaysia ni. Malaysia mempunyai jumlah penduduk cacat yang paling tercacat di dunia alam semesta.
Kalau anda tak berapa percaya, cuba pergi ke mana-mana parking yang mempunyai logo orang cacat. Yang paling menghairankan, orang-orang cacat ini boleh menggunakan motor RXZ, TZM dan Proton Wira dan makan di Burger King dan Starbucks Coffee sambil bergelak ketawa dan meWifi dengan penuh bangga palsu.
Dalam LRT? Jangan buat kelakarlah dekat orang2 cacat ini. Nak kena tumbuk, cubalah. Mereka memakai t-shirt Guns N Roses dan mengepit awek cun sambil mengetip-ngetip handphone engage.
Ramai sungguh orang cacat.
assalamualaikum,
terimakasih saudara hishamuddin.di malaysia jumlah orang kurang upaya/orang kelainan upaya atau O.K.U melebihi 200 ribu.kami ada di sini dan tidak akan berganjak.kami punyai hak seperti juga manusia normal.
O.K.U di malaysia bukan O.K.U dahulu.kami punyai prinsip, pendirian dan bersemangat seperti orang normal.kami punyai cita-cita,perasaan dan pedoman untuk menjadi manusia yang berwawasan.
Ada saudara-saudara kami di kawasan luar bandar dan kawasan pendalaman yang masih perlu dibantu dan diberi sokongan,dan kami mengharapkan mereka akan bersama dalam menyerlahkan keupayaan kami dan melenyapkan pemikiran bahawa kami ini komuniti yang terpinggir dan kecil.prasarana di malaysia juga perlu dipertingkatkan buat kami, dan keadaan ini bertambah baik kian hari, apabila pihak kerajaan, sektor swasta dan bukan kerajaan mula menyediakan perkhidmatan.
namun begitu, masaalah yang amat ketara adalah persepsi masyarakat terhadap O.K.U. dan saya harapkan anda semua akan dapat menerima kami dengan seadanya.
saudara sekalian,
kami akan terus berjuang agar hak-hak kami diberi,dipertahan dan ditegakkan.kami akan terus maju ke hadapan dalam memastikan O.K.U Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat sejagat.
cukuplah sudah kami dipandang rendah dan sepi sebelum ini.kami tidak mahu memandang ke belakang lagi.tidak mahu diperkecil,dihina dan diperlekehkan.
saudara, ini tahun 2006, bagi pihak semua O.K.U di Malaysia, saya pohon anda semua sentiasa menyokong dan mendoakan kesejahteraan kami!saya juga pohon agar ibubapa,dan keluarga O.K.U semua untuk memberi peluang kepada kami untuk hidup.,biarlah anak-anak O.K.U anda keluar, berdikari dan menikmati dunia.
kekurangan kami sebenarnya adalah kelebihan kami.
Bangkit O.K.U!
Ras Adiba Radzi
O.K.U Fizikal/Paraplegic
07.09.06
Selain manusia normal ini bersikap angkuh mereka juga mempunyai sifat MALU tak bertempat…sebagai contoh: cuba pergi ke jalan p.ramlee pada malam sabtu..ramai manusia normal yang angkuh berkeliaran disitu bagi memenuhi tuntutan nafsu…anda akan terserempak dengan manusia normal miskin/cacat meminta sedekah kepada manusia normal yang lalu lalang dihadapan mereka, tetapi manusia2 normal yg angkuh ini terus berjalan seolah2 tiada siapa yg menyapa atau meminta ke arahnya..mereka MALU untuk memandang golongan sedemikian, apa salahnya jika dilemparkan senyuman walaupun tiada diberikan wang..senyuman itu jugakan sedekah..mereka tidak MALU dengan tubuh yang hampir terlanjang tetapi MALU dengan manusia yang kekurangan…