Hishamuddin Rais: 50 Tahun Terang Bulan Terbarai
LIMA PULUH TAHUN Terang Bulan TERBARAI
oleh Hishamuddin Rais
Ha ha ha! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.
Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya – Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.
Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).
Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.
Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.
Ha ha ha. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malay National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malay National Organisations yang semakin mengecut.
Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga telah bosan dengan Terang Bulan.
Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.
Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi Firaun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman ada joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.
Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.
Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa hanya dilihat sebagai metafora.
Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” – manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.
Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.
Ha ha ha. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.
BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.
BUKTI KEDUA – Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)
BUKTI KE TIGA – Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.
BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.
BUKTI KE LIMA – Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malay National Organisations sendiri.
Ha ha ha. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.
Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.
United Malay National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malay National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.
Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.
Bila rap Terang Bulanterus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean Berager. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.
Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan klentong, penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah tindakan yang revolusioner.
END


sperti yg aku pikir la,, kita terlalu ego dan dilapisi oleh banyak lapisan ego,, penulis just tulis aper yang dier pikir tanpa menimbang betul atau salah(sebab aku fikir dier terlalu mengikut perasaan walaupun hal yang dia cakap itu betul atau salah),, mengatakn fakta yang dier tulis adalah benar dan yang lain salah,, dan ader yang betul dan salah,, aku pun x tau yang maner btul atau salah… semua betul dan salah,, ini semua cuma perspektif dari maner individu itu melihat( sehari, 10 tahun, 100 tahun, 200 tahun)??? why… sebab kita semua x bley nak lari dari lapisan
pemikiran yang dikuasai ego dan kemenangan.. kemenangan??? kemenangan untuk jiwa kita yang lapar… adakah penulis ini masih menang?? adakah aku masih menang?? adakah korank masih menang?? atau yang sebenarnya kita semua sudah tumbang,, hanya mengatakn kita menang,,, hakiki?? lihat lah dunia,, be realisme,,, adakah kita semua nak melihat dari sudut melayu??perkauman?? kemiskinan?? perang?? minyak?? mat rempit?? perompak?? no, kita x bley digest all.. we are no winner… at all la buat maser skang… setelah melihat realiti…. aper yang kita ader?? kemerdekaan?? aman?? gaduh?? aper yang kita nak bangga( diri sendiri la,, bukan orang len)… then, just spit it out la…
just humanity in ours menyebabkan kita respek budaya, agama, adat orang len.. selebihnya ader yang melanggar batasan tersebut… so,, x payah nak bergaduh pasal agama la… sensitip.. hahahaha,, respek org len… tapi kalo korank nak gado gak.. lantak aa,, x salah pun dari konsep dunia skang( kapitalisme)… but salah dari konsep humanity la… mmg aku tau yang sesetengah korank di aniayai tapi kita semua x bley nak pikir balas jer,, pikir dlu,, why,, how,, what.. then decide.. sukar dan pedih menyimpan dendam,, lamer2 jadi sekeping ego dan kemenangan yang palsu….
manusia tersebut yang menulis lagu negaraku ku tu menulis dengan ilham serta pandangan peribadinya terhadap apa yang berlaku pada dirinya dan dia telah meluahkannya ke dalam lagu itu.
orang melayu tidak lansung bersifat seperti orang Islam (kalau tak percaya tanyalah orang yang baru dan telah peluk Islam seperti saya)
orang melayu tidak melakukan dakwah yang cukup sehingga orang bukan Islam seperti penulis lagu itu ingatkan azan itu hanyalah kokokan ayam.
sebelum saya peluk Islam, saya selalu fikir azan itu seperti bunyi bising sahaja dan menyusahkan orang.
perlembagaan negara kata orang melayu itu beragama islam jadi perwatakan melayu yang buruk seperti malas, ambil rasuh dan sebagainya dianggap perwatakan orang Islam
pergi masjid tak perlu pakai helmet. memang negara kita takde undang-undang. polis buat bodoh aje. polis bertindak ikut suka dia serta kepentingan pihak tertentu. mana perginya polis yang bertindak tegas menegakkan undang-undang? saya pakai jua helmet ke masjid setiap hari jumaat….
berani kata khatam Quran padahal tak paham satu habuk pun. sekadar baca aje baik tak payah. orang kat arab tak apa la sebab bahasa dia sendiri. ada la pulak hukum harus dalam agama Isalam. setahu saya ada halal dan haram aje. suka-suka aje pejabat agama Islam kat Malaysia tambahkan hukum harus. orang Melayu pulak memang pak turut aje. mana perginya oarang Melayu hebat macam tunku abdul rahman?
memang orang cina kat malaysia diabaikan. MCA tak guna sebab hanya nak kepentingan sendiri aje. dapat pangkat datuk terus bukak firma construction. orang cina bukan semua yang kaya, banyak yang terabai. kerajaan kata projek kemiskinan untuk semua kaum tapi tak nampak pun untuk kaum cina dan india yang semakin miskin sehingga ada yang join HINDRAF. mungkin sebab tu penulis lagu tu bengang kot. atau mungkin duit zakat kita untuk orang miskin kena ;songklap;
mana tau kan?
saya takkan salahkan penulis lagu sebab sebelum ini saya mempunyai pandangan yang sama dengan dia tu. manusia tetap manusia walau apapun bangsanya. hanya bahasa dan budaya yang mewarnakannya.
mungkin bangsa melayu diwarnakan sedemikian rupa
maafkan saya untuk bahasa yang buruk ini sebab tiada mood menulis
mungkin orang Melayu sendiri masih tidur. sudah diketuk dengan lagu negarakuku pun tak tau nak bangun
aku doakan semua Melayu yang masih beragama Islam untuk sedar bangun untuk menjadi manusia yang berguna….
aku…
Nasihat aku untuk semua yang beragama Islam…
Jangan biarkan orang Islam@orang bukan Islam mempersendakan agama kita yang suci ini..
walaupun aku bukan orang yang pakai songkok aji setiap mase,
namun aku cukup tak berkenan dengan orang yang mempersendakan agama Islam…aku rasa umat agama lain pun akan panas telinga bila mana agama mereka dipersendakan…
aku setuju dengan Muhammad Ng….ternyata orang ‘melayu’ terlalu dimanjakan,terlalu disuap,so jadilah melayu bangsa yang malas,yang hanya tau disuap..aku juga orang melayu,dan aku dapat rasakan itu semua….
kepada semua umat melayu,bangunlah dari tidurmu yang panjang,buatlah sesuatu untuk anak-anak bangsa…dan berkawanlah dengan mereka yang bukan sebangsa kita,kerana kita semua adalah manusia asalnya…hanya warna kulit dan bahasa saja yang membezakan Abu,Ah Meng dan Raju,dan yang lain-lainnya…
bersatulah kita menjadi satu bangsa yang bernama manusia….
bagus, kita perlu berani kerana benar, janganlah seperti UMNO takut kerana penakut.
lagu Denpasar moon pon best jugak apa…kah kah kah..