Hishamuddin Rais: 50 Tahun Terang Bulan Terbarai
LIMA PULUH TAHUN Terang Bulan TERBARAI
oleh Hishamuddin Rais
Ha ha ha! Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.
Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya – Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.
Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).
Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.
Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.
Ha ha ha. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malay National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malay National Organisations yang semakin mengecut.
Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga telah bosan dengan Terang Bulan.
Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.
Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi Firaun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman ada joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.
Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.
Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa hanya dilihat sebagai metafora.
Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” – manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.
Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.
Ha ha ha. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.
BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.
BUKTI KEDUA – Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)
BUKTI KE TIGA – Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.
BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.
BUKTI KE LIMA – Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malay National Organisations sendiri.
Ha ha ha. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.
Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.
United Malay National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malay National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.
Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.
Bila rap Terang Bulanterus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean Berager. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.
Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan klentong, penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah tindakan yang revolusioner.
END


good read 🙂
dah tengok, mmg menarik. standard la, perception org lain terhadap org lain. sama macam kita kita juga. cuma yang pasti akan ada pihak exploit. bagi aku NEGARA KUKU adalah artwork. cuma agak kasar approachnya. macam gulai, kena ada masin, manis dan pedas. baru ada rasa
Good read…
sesuai dengan kedatang hari kemerdekaan nanti..
hahaha..
ini liriknya setelah dialih bahasa 😉
enjoy!
Negarakuku
Saya cintai negaraku
Ada negara baru ada keluarga
Ada keluarga baru ada saya
Berdiri di sini nyanyi lagu untuk mu
Kau jangan takut
Walau setiap kali aku bercakap kasar
Lagu aku macam durian yang keras berduri
Cuma tengok berani tak kau membuka
Lihat apa yang sebenar di dalamnya
Ia boleh berbau busuk ataupun berbau wangi
Cuma tengok kau ada apa macam punya lubang hidung
Polis kita dipanggil Mata
Kerana mata mereka sungguh tajam
Menjelang tahun baru mereka sangat rajin bekerja
Pegang pen tapi jarang tulis saman
Kerana mereka dahaga perlu minum teh dan juga kopi O
Nak tambah gula tak
Kalau tambah gula mulutnya manis dan akan senyum padamu
Bila kau nak pergi dia juga akan Tata (ucap selamat tinggal) padamu
Gejala ini tak perlu ubah
Tak perlu diperbaiki jua
Polis dan rakat bekerjasama
Secawan kopi jadi hubungan kita tak menjadi tawar (longgar)
Aku sangat suka
Sekurang-kurangnya takkan terima saman bila balik rumah
Bapaku tentu akan “Tulan” (marah)
Saya tentu “Kiam Kan” (kena marah)
Tiada kereta bagi aku bawa
Macam mana
Kali ini teruklah
Tiada kereta macam mana aku keluar bersuka ria
Tiada kereta macam mana aku berasmara di luar
Tiada kereta macam mana aku pergi tengok pondan
Negara ini aku sangat suka
Lima pagi ada morning call panggil aku bangun
Kadang kala beberapa buah nyanyi bersama-sama
Bila dengar bagaikan nyanyi lagu cinta
Suara berputar-putar macam nyanyi R&B
Kadang kala mereka nyanyi sampai suara lari (dari pitching)
Kadang kala mereka nyanyi sampai suara serak
Ada yang suara macam ayam jantan
Tapi bangun lebih awal daripada ayam jantan
Macam ini kami baru tahu tiba masa untuk belajar dan bekerja
Jangan salah kerajaan hanya menjaga bumiputera
Jangan salah kerajaan kita tidak dilayan dengan saksama
Ini baru dapat buktikan kita orang Cina tak takut hidup menderita
Ini baru dapat melatih kita cari jalan keluar dari dilema
Jangan rasa standard mereka ganjil sangat
Kerana sebaliknya dapat tunjuk kita hebat sangat
Anak yang tak dimanjakan baru takkan bergantung kepada orang lain
Jika tidak kenapa kau masih dapat lihat ada orang yang belum putus susu
Mereka yang sembunyi di jabatan kerajaan lebih hebat
Mereka buat apa-apa pun lambat sangat
Biarpun sampai orang yang tunggu berbaris maki “Cau Lelai”
Mood mereka masih relaks sahaja
Kadang kala ambil kuih keluar
Dia makan kuihnya
Kau terus berbaris sahaja
Biarpun kau maki “Cau Lelai” pun tak apa
Kerana pegawal sedang mimpi di sebelah
Dia takkan marah kau punya
Mereka bungkus kepala
Jalan perlahan-lahan melintas jalan
Kalau kau berlalu mesti beri laluan
Yang penting hidup dengan gembira
Yang penting hidup dengan selesa
Jangan macam orang Cina
Sibuk sepanjang masa
Begitu susah payah
Semangat macam ini mesti kita sanjungi
Kerana inilah sikap hidup mereka
Lagu ini aku hanya cakap yang baik-baik sahaja
Aku percaya kau yang Tulan (benci) aku sekarang mestilah suka
Dunia sungguh aman
Penuh dengan harapan
Tiada orang cedera
Tiada huru-hara
Kau sungguh suci
Kau sungguh anggun
Tahi berbau wangi
Tak maki-maki kasar
Kau paling berkelas tinggi
Tiap-tiap hari romantik
Dengar lagu Guang Liang Pin Guan
Tapi mereka pun dah pergi ke Taiwan
Pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina yang tamat pelajaran
Sungguh susah nak masuk universiti tempatan
Tapi kita tak perlu rasa “Tulan” (benci)
Kerana ini rancangan kerajaan yang gagah
Ia mau kita pergi ke sana sini
Keluar negeri cari harapan sendiri
Lalu menimba ilmu dan membalas negara ini
Rancangan ini begitu sempurna
Di merata-rata dunia dapat jumpa anak-anak Malaysia
Macam lari daripada mala petaka
Sungguh syoknya
2007 Tahun Lawat Malaysia
Semua budaya Cina dibawa keluar untuk publisiti
Sekolah Menengah Persendirian Cina kerajaan sedikit pun tak mau peduli
Sijil dibuang ke dalam longkang
Macamlah aku tamat persekolahan menengah pergi ke Taiwan
Menimba ilmu sedia pulang membalas negara
Berdiri di tepi jalan Taipei aku bermain gitar
Tapi mulut aku tetap bernyanyi
BOMB THE GOVERNMENT HAHAHAHAHA 😛
API adalah satu-satunya parti terawal yang diharamkan oleh orang putih.Dalam tahun 1947 kalau tak silap aku.Dibawah pimpinan Allahyarham Ahmad Boestamam.
a food for thought .. Mr Hisham, whats your review about the cancellation of the Johor-Singapore scenic bridge and the entirely new penang bridge?
huh…(aku mulakan komen ini dengan mengeluh)
Selama ini kepala aku mengangguk-angguk semasa atau ketika aku membaca penulisan isham ini.Tapi…untuk penulisan kali ini kepala aku banyak kali menggeleng-geleng mengikut rentak dan beat lagu yang sungguh malafide hasil kreativiti dari mangkuk tandas seorang chauvinist yang menggelarkan dirinya namewee.
Negaraku dan Jalur Gemilang…Ibarat hidung kembang yang diwarisi dari ayah dan telinga capang yang diwarisi dari emak.Hidung kembang dan telinga capang ini fizikalnya bukanlah sesuatu yang menawan.Bukanlah sedap mata memandang.Tapi perlukah disalahkan ayah yang menyondol ibu yang mengandung.Suka tak suka,lahir sahaja hidung dengan telinga itu sudah terlekat di muka.
Begitulah ibaratnya lagu Negaraku dan Jalur Gemilang ini.Walau kedua-duanya hasil ciplakan(atau perkataan lain yang sama makna),dicipta secara tergesa-gesa,tangkap muat,asal boleh,atau sememangnya Tunku buta kayu tak bijak menilai, tetapi ianya tetap satu warisan yang harus dihormati. sesuatu yang perlu dibanggakan. Ianya membawa simbol negara.diulangi simbol NEGARA. Dan bagi setiap warga dan umat yang mengaku dirinya anak kelahiran bumi tercinta ini.Kedua simbol ini haruslah dihormati dan dibanggakan.
Bezakanlah kerajaan dengan negara.Boleh saja menghentam dan menghamun kerajaan jika suka dan jika perkara itu dianggap sesuatu yang yeah ‘cool’.Aku tak peduli dan ambil pusing jika ada yang berfikiran orang muda yang ‘cool’ mestilah berjiwa pemberontak. Mencari isu dan melaung-laungkannya di jalanan beramai-ramai. Tetapi
aku amat terusik sekiranya orang-orang muda yang cool ini menghina negara dengan menghina simbol-simbolnya.Kerajaan boleh silih berganti tetapi tidak negara ini.
Suhu gelegak kemarahan aku kepada makhluk yang bernama namewee ini bukan kerana dia dengan secara naifnya (ceh kunuuunnnn) menggubah lagu Negaraku tetapi kerana liriknya yang tak ubah seperti petrol yang disiram ke dalam bara perkauman yang hampir-hampir terpadam di Malaysia ini.
Kepada pembaca blog ini.Jangan buat-buat tak nampak bahawa suhu perkauman telah meningkat kesan dari isu namewee ini. Aku tau kebanyakan pembaca penulisan isham in adalah dari golongan mereka yang berfikiran terbuka,intelek dan yeah ‘cool’ hahaha….boleh sahaja gelak dan bertepuk tangan mendengar lagu Negaraku yang sungguh wow kreatif ini walau liriknya ada yang menyamakan azan dengan kokokan ayam,menghina satu kaum yang tak tau dari mana datangnya bernama
‘melayu’..(kaum siapa ni???bukan kaum majoriti pembaca laman web ni kot…) dan selepas mendengar lagu ni,walau kat hati terasa payau tetapi disebabkan ego “yeah aku cool” ,seorang yang intelek,seorang pembaca ricecooker…aku mesti rilek…ini just hasil seni yang wow marvelous…siapa-siapa yang tak sekepala dengan isham mestilah tak cool (silap-silap bodoh),tak radikal…dan ntah apa tak lagi.Dengan rasa terpaksa,atau lebih tepat lagi bodoh sombong cuba-cuba memuji Isham
(dengan harapan barulah aku tergolong di kelompok Isham yang radikal revolusioner) dan dengan rasa kelat-kelat masin,masam,pahit turut memuji lagu NegaraKUKU…walau,kat nun jauh di lubuk hati terdetik suara-suara “so hai kau namewee.
lagu ini menghasut.Berniat jahat.Namewee bulu dah panjang bukan budak lagi. Dia tau apa yang dia buat dan dia maksudkan apa yang tulis,gubah dan nyanyikan.10 orang berhidung penyek berkulit sawo menganggap namewee”alah mamat ni lagu suka-suka je” tapi 100 orang lagi “#$%#$%^^ punya namewee *&^&*&^%$ main api betul”. Di pihak yang berkulit kuning dan bermata sepet 10 orang “yeah my hero!!!” 100 orang lagi”selamatkan namewee,apa yang dia cakap betul @#$%^&^&^^ punya melayu nak marah namewee pasal apa,dia cakap benda betul”.Wah…dengan ada suara-suara sebagini barulah Malaysia akan menjadi sebuah negara yang aman yang rakyatnya berbilang bangsa hidup bersatu padu. wahhh…terima kasihlah kat lu namewee.
Nampak tak natijahnya.Kalau tak nampak…itu tandanya nak mati hahahahaaha.
Dan pada Isham,kau berideologi pada dekad-dekad kacau.Sewaktu kau bakar bendera semasa berdemonstrasi dulu Malaysia baru cuba merangkak.Anasir Indonesia Raya juga bukan sedikit pada waktu itu.Dan separuh umur kau,kau habiskan di luar negara bonda ini.Faham benar aku jika patriotisme kau bukanlah seprti patriotisme definisi yang aku fahami.Aku lahir pada tahun 80an,Lagu yang kau kata diciplak dari
memula moon itu lah lagu kebangsaan negara aku dan lagu itu masih aku nyanyikan dengan berdiri tegak bersemangat. Dan bendera yang kau kata kembar bendera Amerika Syarikat itulah bendera negara aku.Bangga aku melihatnya berkibar dengan megah.
dan bagi pembaca ricecooker semua. sempena menyambut hari kemerdekaan Tanah Melayu ini cuba-cubalah pandang ke arah bendera kamu.Lihat ia berkibar.Sesuatu yang sentimental akan terdetik di hati kamu.Percayalah.
jgn berfikiran radikal hingga menjahanamkan agama..jgn tersenyum sorg2 kerana dgr lagu negarakuku..sedar ke x dia kutuk agama islam??sedar ke x??kebebasan pon ada had juga..jgn sampai memainkan/mengutuk agama lain..aku langsung x setuju dgn penulis ttg betapa gembiranya penulis mendengar lagu namewee tu..
Aku setuju apa kata hishamuddin rais.. cuma aku tak brapa agree, kenapa kalu dia nk sebarkan ttg apa yg dia ckp dlm lirik tu.. jgn melibatkan agama.. aku sokong kalu dia berkata ttg apa yg dia beritahu ttg kerajaan kite kat malaysia ni..
Tapi jgn melibatkan agama.. aku juga agama islam.. dan amat sensitif jika dorang menyentuhnya dengan mengutuk ttg agama kite sendiri.
Tak salah utk bongkarkan rahsia2 yang dorang selindungkan dr rakyat seperti kita sendiri.
Dan aku tak nafikan, semua manusia sebagai rakyat ada hak untuk mengatakan sesuatu yang rasa patut kita katakan…. sbb kita ada HAK utk memperjuangkan sesuatu bukan untuk mengutuk agama org lain itu tandanya kita takde RESPECT pada agama orang lain.
Itu sahaja yang aku nk beritahu, sekian…
pertama kali aku tengok videoklip negarakuku tu kat laptop membe aku, aku terseyum,tergelak dan sedikit kagum. satu, sebab suara dia bleh tahan sedap dan dua, sebab videoklip dia bleh tahan stylo gak. tapi lepas membe aku tuan punye laptop yg juga berbangsa cina tu terangkan pada aku maksud bait2 lirik puitis dia, aku jadi serba salah,was2 malah ragu2 untuk terus tersengih menyeringai.. bukan sebab aku marah atau geram,tak sangka atau teruja apatah lagi amuk nak mengamuk bila rupa2nya beliau menghentam kerajaan.. aku tak terkesima bila dia menghina bumiputera.. aku tak segan silu bila dia kutuk melayu.. aku tak meluat bila cina diangkat.. tapi aku terganggu bila agama dipersenda di situ..aku faham dia sebahagian daripada ‘mangsa’ yg merasa itu semua.. aku tau beliau hanya ingin meluahkan rasa.. aku akui aku juga telah,pernah malah sedang rasa apa yg dia rasa kerana walaupun aku bertaraf bumiputera, tak bermakna aku tidak merasa perasaan ‘mangsa’ itu… tapi aku ttp tak setuju bila agama dipersenda. bukan sebab aku alim atau warak..bukan sebab ayah aku ustaz atau penceramah bebas apatah lagi bilal di masjid PAS.. entah… aku pun tak tau kenapa dan apa puncanya aku terganggu.. cuma aku rasa itu tak perlu…
sori mencelah.jap aku nak tanya sikit,kalau pompuan-pakai-tudung-dalam file 3gp tu…kira persendakan agama ke tidak tu?
rizie lu bijak……
bagi pendapat lu sampai habis…
ya btol encik rizie..
majority org yang masuk disco adalah islam..
majority pelakon dalam filem 3GP adalah islam..
majotiry org yang masuk newspaper pasal rogol, bunuh, khalwat semuanya adalah org islam.. benarkah negara nie negara islam..??
cuba fikir dan renung sekeliling..
bukan provoke ya..tapi ini realiti bukan fantasi.
btol tak..??
fuck malay power!
yeay! fuck malay power!
sebab negara nie majoriti org melayu…
tentulah semua nya ber “majoriti” kan melayu…
rizie jgn mudah terase..
org melayu pon dah fuck org melayu…
dunia-dunia..
encik prowok, kami tak benci melayu suka-suka macam tuh jea. kami benci melayu-melayu yang racist. racism nih tak bawak faedah pon
saya tau en shahrizal, cume bg aku perkataan melayu dan fuck shouldn’t be in 1 perkataan. saya bukan budak neonazi or KKK jgn fuck warisan kita itu jer… kalo kita tak angkat jgn pulak kita pijak…
eh2 silap…
…in 1 ayat…
sudah tentu kamu bukan KKK sebab kamu bukan orang kulit putih. what we meant was actually “malay power” yakni orang-orang melayu yang supremacists. kononnya diorang budget macam white power lah, padahal tak power pon. bongok ada lah haha
1) Apakah bangsa yang selalu masuk newspaper dan bangsa yang orangnya…
a.majority masuk disco
b.majority pelakon dalam filem 3GP
c.majotiry yang masuk newspaper pasal rogol,
d. bunuh, khalwat .
erk…baru terbaca komen ni.hehehe.
actually,prowok.kami fuck melayu yang fuck kaum laim.dalam erti kata lain,melayu yang racist dan benci kepada kaum lain.
again,fuck malay power!!
wohoho…
Kerana aku pertahankan bangsa aku akhirnya aku di’fuck off’kan oleh bangsa aku sendiri…cool…hehehehee…
Harap kebencian terhadap rasis melayu seperti aku turut kau hamburkan kepada rasis-rasis cina seperti namewee.ok???
“Fuck this and fuck that fuck it all and fuck the fucking brat,” wuahahaha.
wahai Prowok, kalau melayu tak “fuck” melayu, kamu tidak akan dilahirkan sebagai melayu. besar kemungkinan kamu dilahirkan sebagai pan-asian semacam Natasha Hudson.
hai kawan2…melayu,india,cina, sikh, om puteh, om africa kat malaysia semua nya orang imigran…yang orang aslilah ‘tuan’ tanah nie…kita semua dok menumpang jeh…tapi terus terang facktanya:-
kalu bendera dah macam USA takpe…hidup pun macam USA gak…
contohnya:-
melayu= orang kulit putih(british lah konon sebab dah ngaku tanah depa)
cina= yahudi(sebab kaya raya)
india= biasa lah african malaysia(kalau tak docktor mat rap jadiknya)
bengali=mexican(kalu tak kuat jadik orang paling kaya jadi pelakon)
mat om putih dengan om hitam= forign workforce(professinol)
orang indon,bangla, dll= illigal imigran macam kat amerika..peru,argintina dan orang2 yang nak masuk USA for the dream.
akhirnya “tuan” punya tanah orang asli malaysia= red indian….jadik ape?
Nampaknya banyak perkara yang boleh dilancapkan tampa gambar perempuan jalang yang telanjang bulan disini. ANAKUNDERGROUND memang benar kata mika.. orang melayu yang harus bangun memperjuangkan hak mereka adalah orang asli atau orang melayu asli itu sendiri. Nasib mereka memang amat menyedihkan and membimbangkan sebab keujudan dan kemahuan mereka sudah di politikuskan seperti bangkai kehilangan kuburnya.
‘Orang orang” yang lain tu semua dah campur macam rojak india tapi masih melayu jugak kononnya…sama saja macam di riau ni..orang jawa, bali, medura, toba, bugis dan ‘macam macam orang lagi’ pun sudah jadi (atau menjadi jadian) orang melayu kata dia dan yang lagi sedapnya moto orang jadi jadian ini adalah ‘segantang lada’ – ‘tak akan hilang melayu di didunia!”
Tapi jiwa yang paling asli di riau ini adalah orang laut dan yang sebenarnya nama ‘orang laut’ itu adalah nama yang digunakan orang orang darat (kebanyakan nya di panggil Pendatang dari seluruh pelusuk-orang jadijadian) yang terlalu sangat menghina dan menjijikan cara hidup ‘orang laut’ atau ‘orang sampan” sebagai nelayan yang bergerak dari satu sungai he satu sungai sejak berjuta tahun lagi sebelum pandai nya kita gosok gigi pakai colgate ke darkie. Sebelum padainya jantan jantan darat merancap and mengoncangkan batangnya mengunakan minyak baby johnson supaya tangannya tidak busuk macam bangkai tikus. dan air ludah dia tu boleh lah digunakan lebih maju dibulan ramadhan yang amat kita takuti.
dengan erti kata ‘orang laut’ atau ‘orang sampan’ adalah nama yang amat racist sekali. Umpamanya Orang Mantang yang memungut saya sebagai anak dukung tidak pernah katakan yang dia itu orang laut atau orang sampan. tetapi orang mantang sebab ianya dilahirkan dipulau mantang.
Jadi kalau kita mahu ambil pasti.. Bahasa dan tata susila anak kepulauan Riau (yang dipanggil orang laut atau orang sampan) tidak ada perkataan bangsa. Maksud saya perkataan BANGSA itu sendiri adalah pemikiran yang ‘racist’. Pernah juga saya bertanya kepada nelayan yang tertua di Mantang “apakah asal usul perkatan BANGSA’ dan jawapnya “BANGSAT’ dia tergelak.
Orang laut. orang sampan atau suku laut, kurang atau tidak pernah di gelar sebagai orang melayu dan mereka sendiri tidak ingin di gelarkan sebagai orang melayu. ada juga suku yang tidak ingin bercampur gaul atau buat perniagaan dengan orang melayu meliankan orang cina sebab orang melayu di riau ni memakai baju dan seluar yang di KURUNG kan.. penuh dengan kocek kocek yang tersembunyi hinggakan ditelapak kaki nya pun ada bebrapa kocek kocek yang amat molek untuk mengurungkan DUIT!.
Jadi kalau duit tu jatuh ke tangan orang melayu yang pertama menjadi adat dan budayanya adalah menyumbatkan kocek nya yang kontang. Jadi yang sempat sampai ke tangan ‘orang laut’ tu hanya lah tahi gigi orang melayu yang boleh dijadikan batu cincin sakti.
Tanya saya lagi ‘apakah asal usul perkataan melayu?” “mungkin dari perkataan LAYU” jawabnya terbahak. jadi tidak mengharaikanlah kalau ‘orang laut’ tidak mahu di me LAYU kan kan?
Jadi ORANG ORANG yang paggil dirinya melayu itu haruslah bertanya “Melayu kau tu dimana?”
15 tahun yang lampau saya pernah menulis puisi yang panjang lebar dan bertajuk “1001 sebab aku tak mahu dipanggil orang melayu!” sekarang aku sedang mengorek tengkorak ku ini. (*Selepas aku baca puisi panjang itu banyak betul orang melayu yang lari meninggalkan aku.)
Syabas cek arsenic! saya admirelah mika punya tekak melolong seorang diri memperjuangkan pemikira dinasour mika seperti hang jebat amuk seorang diri. Syabas!
tetapi saya rasa orang melayu itu harus lah di fuck kan ke atas ke bawah kekiri and ke kanan sampai dia merangkak dengan minyak geliganya dan sampai mikang tahu pasti erti sejati makna nya orang mikang sebagai orang MELAYU.
aku ini jantan jalang dari kaum yang terbuang dan aku ingin melalak dan mengefuck seribu tahun lagi (ini saya ada ripoff kita punya hero jalang yang hebat Khairil Anuar ok)
*coughs*
org melayu pandai masak gulai tempoyak, sedap jugak.
nasib baik kita ada banyak lagi soal2 yg lebih besar dari lagu mamula negara ku moon. barulah mcm surfer sikit lagu tu :).
org melayu skang sama je mcm dulu. dulu2 pun raja2 kita jual tanah kat om putih. duit punya pasal. kelaka pulak skang anak2 cucu dorg belagak dgn satus dorg 🙂 bangga nya saya jadi org melayu.
minta postkan puisi tu zkuning. arigato
hisham, sedap ek sambal belacan campur white wine?
arsenic,kau dari kumpulan “cyber troopers” ker?
macam pembunuh upahan tu.bagi duit,buat kerja.kalau kau sayang-negara-bangsa kau sangat,komen la dengan penuh membina.penuh etika.penuh murni-lagi-suci.takpun kau boleh petik ayat-ayat dari hang tuah.copy and paste.baru la semangat kenegaraan-lagi kebangsaan kau terserlah.
pak mamud : “hai leman,bebudak sekarang,dah buat ricecooker ni mcm periuk nasi dieorang jer.kalau tak berbau racist,tak SAH.”
leman : “ntah la mud oi.aku nak cakap pun tak reti!budak-budak kalau ditergur,dia melenting.kita ajak berbincang,dia bukak buku teks sejarah datuk oon!lantak pi laa.depa rasis ka.apa ka…”
pak mamud : “itulah.cakap mau lebat.bila kita cakap “fuck malay power”,dia kata kita tak sayang bangsa pulak”
leman : “dia tau apa..cakap pon2.entah-entah guna internet kat ofis boss dia yang berbangsa cina..kita mana nak tau..”
pak mamud : “itu la pasal.kata malay power,buat gig “malay power” kat tempat india.tak faham aku.nak “malay power” jer.tak respect humanity lansung!
p/s-prowok,kau satu geng dengan arsenic dan.geng “cyber troopers”.manusia 2 alam.ekekeke.oh.lagi satu,geng kau ialah demang.cari la nickname dia kat dalam ni. 🙂
Cek King Edward,
aku tiada kena mengena dengan segala lancau cyber troopers yang hang perkatakan tu.Aku tak dapat duit pun melalak-lalak kat sini,Aku cuma memberi pandangan aku.
ko nampak tak ada perkataan ni-
What do you think, boss? Write your comment…
Ke hang ni jenis manusia yang nak dengar dan baca apa yang kau suka je???Sejarah boleh dieksploitasi mengikut point of view perawi-perawi sejarah baik dari yang menang atau pun pihak yang kalah dan ditindas.
Aku lebih suka melihat sejarah dari kedua-dua point of view dan selepas tu menggunakan akal dan otak aku untuk mengintpretasikan sejarah tersebut.MENGGUNAKAN AKAL DAN SELEPAS ITU BUKA MATA KAU BESAR-BESAR.
Bukan hanya sekadar dari buku sejarah dan dari mulut-mulut perawi yang ditindas oleh sejarah mainstream itu sendiri.
Aku bukan seperti kebanyakan jumud-jumud disini.Yang menjadi pengikut tanpa mahu mempersoalkan sesuatu isu.Aku akan mendengar setiap manusia berkata-kata dan selepas itu tapis atau membuat kajian lanjut.
Hishamuddin rais pernah menggunakan istilah pembonzaian fikiran kepada pelajar-pelajar universiti dan aku rasa dia juga melakukan pembonzaian pemikiran budak-budak scene ni.Seperti satu ketua kultus yang menghipnotise.Mendengar dan mengikut tanpa mahu berfikir selain dari arah pemikiran si ketua kultus.
Aku akan mendengar kata-kata Hishamuddin Hussein Onn dan Hishamuddin Rais.Dan aku punya otak untuk berfikir untuk bersetuju pada salah satunya atau tidak pada kedua-duanya.Dan keputrusan itu dibuat selepas membuat kajian dan pemerhatian yang adil.Bukan jumud.
ya benar,memang kalau isu lagu mamula moon itu sangat memalukan.ya ibaratnya mungkin kalau di masa hadapannya sebuah negara baru dibuka memainkan lagu M DAUD KILAU sebagai lagu kebangsaan.hebat bukan.sudah semacam tidak ada modal atau buah fikiran lain untuk kompos lagu kebangsaan.kalau tidak silap saya, akhbar new straits time bertarikh 25 ogos 1957 ada menerangkan tentang lagu mamula moon adlah lagu yang diciplak.wajarkah sudah lima puluh tahun masih digunakan lagi.cetek sangat kah akal mereka yang “MENGGUBAH” lagu negara-ku dari mamula moon??
lagi satu kemusykilan,saya juga kurang yakin dengan pendapat ini cuma mahu bertanya pendapat anda.apakah yang terdapat pada logo BANK SIMPANAN RAKYAT ya?kalau tidak silap saya,bukankah itu duit pitih emas yang dijadikan sebagai UFTI KEPADA KERAJAAN SIAM satu masa dahulu.lambang KEHAMBAAN melayu kepada negara jiran dijadikan logo dan kebanggaan.aneh.
bagi saya,suara2 radikal ini ada patutnya kita amati.tapi jangan lah terlalu liberal dalam bercakap tentang agama.ada batasnya.
bagi saya,melayu yang racist ini memang tahi ulat.hanya akan memakan diri sendiri. tak ada gunanya kita membenci bangsa lain,mereka juga manusia dan equaliti itu satu nilai penting dalam kehidupan.
fuck off malay power.
xabellx
fucking damn correction,bukan “BANK SIMPANAN RAKYAT” tapi BANK SIMPANA NASIONAL…
maaf.
xabellx
AKU NAK,
1) pasukan bola sepak Malaysia yang setaraf pasukan terhandal dunia. pasukan badminton menang piala thomas dan uber setiap kali pertandingan
2) konsert atau festival musik rock dan pop serta festival filem ala Cannes-contoh konsert my chemical romance, metallica dan madonna
3) program-program tv dari Amerika dan UK yang lebih liberal dan provokatif. benarkan shanon tweed dan soft porn.-kalau boleh nak mtv2
4) anjurkan lebih banyak program-program bersifat ultra nasionalistik hipokritik kalau boleh tiap2 minggu. Tiket citrawarna malaysia beri percuma kepada aku dan setiap warganegara.
5) promosikan acara-acara bersifat sosialis superfisialistik tiap-tiap hujung minggu. dari gigs sampailah demonstrasi kecil-kecilan. Setahun sekali buat demonstrasi besar-besaran. Sekali-sekala piket atau mogok.
6) promosikan cara hidup hedonisma liberalisma consumerisma. Promosikan budaya generasi beat korporat.
Barulah aku tutup mata, tutup telinga, tutup buku dan jerit HIDUP MALAYSIA!!!
lupa lak, sorry ah
HIDUP MALAYSIA, HIDUP UMNO
poyo la….kutuk2 islam,kutuk malayu…korang pun melayu,majoriti dalam blog ni pun melayu….bersyukur la…negara kita aman damai..nak tulis blog and nak menggoogle & mengyahoo…ada cannection….sume boleh
well…aku tau…sume orang ada hak bersuara…
ek eleh… ko tu lagi poyo ammilza. dah lah poyo, dungu lak tuh, confident jer dlm ni semua nya melayu. (stupid nationalist/racist tend to view their ‘world’ as the centre of the universe), mana ada negara yang aman damai. bodoh jer kena tipu media ari ari. belajar lah berkongsi budaya dan perasaan sesama manusia.
sedangkan maksud ‘melayu’ sendiri dtg dari perkataan sanskrit= tanah tinggi. so, kalau tak sedar asal usul sendiri, sebagai hanyalah manusiawi yg berkongsi budaya, fahaman dll, kompom lah nak kena kutuk kan?.
‘bukan orang melayu, tapi orang planet’
‘kalau sah2 ada hak bersuara, takdalah cap2 ayam org debat2 dlm dunia cyber ni’
ckp skit nk bengang…mcm fucker!!! nk kutuk negara n bangsa sendri…tp dok gak dlm negara ni..blah la dr negara aku ni!!
makna aman damai pun xtau…baik ko g blaja blk…drpd blaja tinggi2 tp bongkak dgn ilmu yg x seberapa…
walaupun perkataan melayu 2..konon nya tanah tinggi,tp skrg malayu da x dok tnh tinggi kn? ko jgn jdkn sejarah lm ttp mata ko..yg celik tp buta!! eh!! butoh…
*coughs again*
Un
Moral
Nation
Organization
-mereka telah membakar stage ceramah pas kat terengganu tempoh hari
menyebabkan kemarahan ahli2 pas,kalo stakat tak ada permit takan
dia org nk bakar bendera dan riot!!!!!!!
benci itu datang dari hasutan syaitan yg dicipta dari api..bagi aku memaafkan adalah lebih baik..maaf datang dari kasih sayang..kasih sayang adalah untuk semua manusia..love n peace..
kpd ammilza
eh bukan ko ker yg mula2 bengang, psl org/debat kat atas menyentuh dan dirasakan kutuk bangsa dan agama ko, ko ckp org poyo. org2 mcm ko yg konon2 terlalu sensitif jika bangsa dan agamanya ditegur, walau disentuh barang sedikit pun (so org 2 menjadi total dungu duduk kat kerahan perhimpunan2, dgr ceramah berbuih2 daripada org pandai agama dan cerdik tokoh2 korporat, tanpa berhenti sejenak pun untuk memikirkan dan menganalisa walau sesaat, apa yang yang sebenar-benarnya berlaku di sekeliling ko), itu yang ko katakan kedamaian? sounds more like blatant oppression to me. yelah ko kan boleh senang2 damai2 menggoogle and mengyahoo siap ada burung berkicau-kicauan riang kat atas kepala ko, mana ko sedar kalau rumah tempat org lain berteduh diroboh, hak2 org sebagai manusia dicabul sesuka hati. ko kan lebih celik dari aku, ke ko ni lelaki/wanita (terutamanya lelaki ye) middle class melayu yg tak paham erti kesusahan org/bangsa lain.
mmg aku nak duduk kat ‘sini’, sukati aku lah. dah negara-negara sempadan kesayangan ko yang menyusah kan org nak pegi mana2 pun kena tak boleh, kena pakai pasport dulu. sibuk2 lak nak suka2 halau org. ko lah yg boleh berambus ke planet lain. konsep nation state baru dlm kurun ke 19 org baru sibuk2 nak buat, opps mmg lah ko dasar buta atau tak suka sejarah cam ko ckp kan? tapi bukan ker seluruh konsep negara ko ni bergantung habis-habisan pada sejarah perjuangan nasionalis lampau?
– tapi kan betul gak lah ko ckp maybe aku patut blah dr negara ko ni kan? naik bosan aku dah. ko bagi barang sedikit bantuan kewangan untuk aku ciow cin cau.
ye lah mmg kira ‘melayu’ masih tinggal tanah tinggi lah kalau nak dibandingkan dgn negara yg takat2 bawah paras air cam kat belanda sana tuh. tapi kalau ko baca balik dah tentu tu bukan point utama aku, ke mmg engkau yg dasar buta nak mampus. cuba ko baca betul2 balik kat atas.
oh kira ko dah mengaku aku (belajar tinggi mcm ko ckp) lebih pandai lah kan? kira apa yg aku ckp ada sikit2 bernas lah kan? haha… thank you. aku belajar pendek2 jer geng, tahap2 spm jer doh. ko mesti lagi belajar sampai ke mercu gadingkan? tapi pendapat ko cam bosan jer. takder memberi impak maksima pun. woi mat/minah, lu lah pegi belajar balik. gua dah malas dah beb. mana cool kalau penat2 belajar tapi takat melahirkan org cam ko, buat buang karen jer woi. baik aku belajar sendiri2. lagi boleh tido2 sesuka hati bila2 aku suka.
kpd jay converge,
ko confirm ker syaitan dihasilkan dari api? ko ada tgk syaitan? aku tgk hanya ada manusia2 yg menjadi evil atau dievil-evilkan jer skrg. takder pun dorang idup terbakar-bakarpun.
ok, tapi aku suka berkasih-kasih sayang. oleh itu marilah kita berkasih-kasihan sesama kita (no matter how corny that may sound).
Kepada melayu yang racist- “Orang Melayu harus sedar bahawa mereka adalah kaum manusia biasa yang bukannya SUPERIOR”.
Kepada melayu yang malu terhadap bangsa sendiri – ” Orang Melayu juga harus sedar bahawa mereka juga adalah kaum manusia yang biasa, tidak INFERIOR!!!
mengenai syaitan yang dijadikan daripada api..itu adalah kepercayaan aku.ia telah difirman oleh Tuhanku didalam Al Quran..
tapi aku tak kisah kalau kau tak percaya..fine..
Malaysia.. please deh ah… (tar dicuri lagi nih..!)
Wah pantas kenapa malaysia mencuri kebudayaan indonesia truzzz…
tidak punya kebudayaan sendiri rupa nya? semua diakui dan dipatenkan!!
Jangan jadi negara pemalsu !!!
Sampai kapan mau mengakui kebudayaan indonesia? bikin sendiri dong,kreatif!!!
This is so ironic. I can’t deny, this is somewhat entertaining. Seeing those who claim themselves ‘enlightened’ being jumpy and pointing fingers.
And then you come to gold of the lot. The so called REAL McCoy. ‘Fuck malay power?’ I care not the political weight carried by the statement, rather the choice of words used. Your choice of words is so reflective of your intelligence. A Neanderthal of enormous proportions.
Fuck? Fuck as in Queen’s fucking English who fucked your grandma? Now that will really prick the most dormant patriotic notions in your dumb yet confident self…..
Hahahahaha. Choose your words wisely son. Be intelligent. Doesnt mean if someone has an idea or point of view of opposite polarity compared to yours, it gives you a visa at having a go at it.
For every Plato there will be a Thrasymachus. Respect the balance, and at the end of the day we might learn a little bit more than what we know. At least that is how i felt.
I know by this time those who are offended by this post would have written an elaborate essay on what a wanker i am compared to them (subliminally thinking so….they wouldn’t put it in writing with the risk of appearing uncool. Not bad for a neanderthal eh) but let me remind you the Queen’s english bit at the top, should be used again only at the risk of sounding unoriginal.
Sad seeing men who are ‘open minded’ react like rabid dogs at criticism and ideas.
Respect to hisham for giving a platform for interesting discussion. Literally a sophist, but with flaws of men…no offense intended only deep and genuine respect.