Hell Jail Awaits!
A piece of old news, from 15th December 2005:
from: Utusan Malaysia
Hukuman penjara ahli Black Metal
SEPANG 15 Dis. – Hukuman berat termasuk denda dan penjara menanti pengikut-pengikut fahaman Black Metal apabila Enakmen Jenayah Syariah mula diseragamkan di seluruh negara selewat-lewatnya awal tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, pada masa ini bentuk hukuman ke atas pesalah-pesalah syariah termasuk pengikut fahaman itu berbeza di setiap negeri kerana kuasa perundangan syariah di bawah enakmen tersebut berada di bawah bidang kuasa negeri.
Katanya, apabila enakmen itu diseragamkan di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam, pengikut fahaman itu yang enggan kembali ke pangkal jalan walaupun diberi kaunseling dan pendedahan agama di pusat pemulihan, akan didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengkategorikan Black Metal sebagai kumpulan ajaran sesat dan memberi amaran tindakan tegas di bawah Enakmen Jenayah Syariah akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menjadi pengikutnya.
“Kita ada enakmen jenayah syariah yang cukup untuk mendakwa dan menghukum mereka sekiranya mereka enggan kembali kepada ajaran Islam sebenar walaupun diberi kesedaran dan kaunseling,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran 12 buku terbitan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), di sini hari ini.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya pihak berkuasa memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap gejala Black Metal yang semakin merebak di kalangan remaja Islam.
Berdasarkan laporan, terdapat kira-kira 500 kumpulan Black Metal di seluruh negara dan jumlah tersebut amat membimbangkan kerana sebilangan besar pengikutnya terdiri daripada belia Islam dan berketurunan Melayu.
END.


fatwa merokok adalah haram dibeberapa negeri di semananjung malaysia hanyalah fatwa saja-saja. begitu juga dengan arak, tetap dijual di kedai runcit dengan bergayanya!
i just cant wait to see they label each and every golongan orang muda as sesat and immoral. what will happen to this lovely “BOLEH” nation?
p/s* yet, many org muda although they realize wuts wrong with the older gen likely to turn out to be someone they are not, someone they once hate and against. d’oh! =(
The sad thing is Black Metal has sucked since around 1994 or so. It’s just another excuse to arbritrarily crackdown on youth culture.
keluarkan plak fatwa orang beragama islam tak boleh masuk kelab malam.
kalau tak silap pendengaran dlm opis smlm, aku dgr dlm berita orag JAKIM kata black metal diasaskan oleh kumpulan Metallica pada tahun 1970-an.. eh.. betul ke dorang punya research? aku ingat akupun nak belajar wat research camtu la.. heheh.. pasni akan kua fatwa, remaja kua umah pakai t-shirt kaler itam kena tangkap JAKIM@polis n boleh disoalsiasat atas dakwaan mengikut fahaman black metal
semua sebuk nak selamatkan anak melayu.
geli sial.
mcm lah penyelamatnya tuh ber moral sgt sgt.
pathetic typical malaysian laa..
Suke¬? point fingers. kadang¬? aku tak tahan gelak tgk diorg ni. They are making themselves looking so stupid: They talk about mengharamkan kumpulan¬? BLACK METAL la, ape la,..itula..inilah… but they are yet to show who the black metal followers really are (if they ever exist..) …instead, hati diorg (the media) ni busuk sgt sampai diorg telah meracun the whole Malaysia by sending the wrong picture.
Wuts wrong with their brain, hellooo, anyone inside..?
dipetik dr http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2f649e94-cabec5bb-e1678500-5957d6d0
Penjara dan denda untuk pengikut Black Metal
Pesalah amalan Black Metal pesalah yang masih enggan pulang ke pangkal jalan meskipun selepas diberi kaunseling dan dimasukkan ke pusat pemulihan akidah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali apabila Enakmen Jenayah Syariah mula diseragamkan di seluruh negara selewat-lewatnya pada awal tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdullah Md Zin memberitahu para wartawan di Sepang Khamis bahawa pengikut amalan Black Metal ini dikategorikan sebagai pengamal ajaran sesat kerana selepas dimasukkan ke pusat pemulihan dan diberi kaunseling mereka masih lagi tidak mahu berubah.
Menurutnya buat masa ini hukuman terhadap pengikut amalan Black Metal adalah berbeza di setiap negeri memandangkan setiap negeri mempunyai enakmennya yang berlainan.
Katanya, kerajaan sememangnya memandang serius ancaman dan pengaruh Black Metal yang sedang menular di kalangan belia khususnya yang beragama Islam dan sentiasa menjalankan pemantauan dari masa ke semasa.
———————————————-
amalan?? black metal ni amalan ke??
Takuts nyers..
adakah memakai baju yang berunsurkan tengkorak itu black metal????????
kiah ko takut ek…meh sini duk bawah tiak mak…