Black: Jenayah-jenayah PDRM Terhadap Rakyat Malaysia
Jenayah-jenayah PDRM Terhadap Rakyat Malaysia
oleh Black

Keganasan polis yang berlaku pada 28 Mei 2006 yang lalu terhadap demonstrasi bagi membantah kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik adalah satu bukti yang Malaysia adalah Negara Polis. Tindakan membelasah para demonstran dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan adalah satu tindakan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.
Polis yang seharusnya menjadi pelindung kepada rakyat kini telah dengan jelas menunjukkan yang mereka sebenarnya ialah musuh kepada rakyat yang harus diperangi. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kini telah bertukar kepada Polis Raja Di Malaysia. Mereka sangat kebal sepertimana Raja atau Yang Dipertuan Agong satu ketika dahulu sebelum pindaan perlembagaan dilakukan bagi mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.
Di Malaysia, PDRM telah melakukan banyak jenayah terhadap rakyat secara terbuka dan sehingga kini, tidak ada apa tindakan dikenakan atau diambil terhadap mereka. Diantara jenayah PDRM terhadap Malaysia yang paling besar ialah Tragedi Pembunuhan secara terbuka terhadap Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya di Kampung Memali pada 19 November 1985.
Tragedi berdarah ini telah membuktikan bahawa, PDRM boleh melakukan apa sahaja walaupun membunuh rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga tidak dapat melakukan apa-apa terhadap Polis. Cadangan beliau untuk menubuhkan IPCMC (Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis) telah ditolak dan diperlekehkan begitu saja oleh PDRM dengan sokongan daripada pimpinan tertinggi UMNO seperti Hishamuddin Tun Hussein yang merupakan Ketua Pemuda UMNO.
Bukan sahaja tidak dapat mengawal PDRM, Pak Lah juga gagal untuk mendapat sokongan daripada Parti UMNO yang dipimpinnya. Perubahan yang ingin Pak Lah lakukan ternyata gagal menjadi kenyataan. Imej PDRM yang ingin dibersihkan tidak akan dapat menjadi kenyataan. Ternyata kekuasaan yang dipunyai oleh PDRM tidak dapat dihalang oleh sesiapa di Malaysia termasuklah Perdana Menteri.
Kes kematian dalam lokap sering didedahkan. Sehingga kini tidak ada tindakan yang tegas diambil malahan pengadu akan diserang oleh pihak polis seperti apa yang berlaku kepada peguam P. Uthayakumar yang telah diganasi oleh pihak polis satu ketika dahulu kerana membongkar mengenai kes kematian di dalam lokap. Ketua Polis Negara, Mohamed Bakri Omar yang pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan pantas terhadap aduan keganasan dan salahlaku polis pada Oktober 2005 juga dilihat gagal untuk memperbaiki imej PDRM.
Beliau yang pada mulanya menyokong saranan Pak Lah untuk menubuhkan IPCMC telah berpaling tadah kerana telah menjadi tidak popular di dalam PDRM. Malahan sekarang beliau begitu lantang sekali mengkritik usaha-usaha untuk menubuhkan IPCMC. Malahan menggugut kerajaan BN yang mereka akan mengundi pembangkang jika IPCMC. Satu lagi penyakit PDRM telah dibongkarkan sendiri oleh mereka. Pihak Polis seharusnya sebuah badan yang bebas daripada mana-mana parti politik. Polis tidak boleh memihak kepada mana-mana parti. Kenyataan ugutan bahawa mereka akan mengundi pembangkang sekiranya IPCMC ditubuhkan telah membenarkan tuduhan bahawa undi-undi pos daripada pihak polis telah digunakan untuk membantu kemenangan BN.
Jika kita temuramah semua bekas tahanan ISA, kita akan mendengar pelbagai macam kes penderaan yang dilakukan oleh pihak polis semasa tempoh penahanan 60 hari ditempat rahsia. Bacalah buku yang ditulis oleh Saari Sungib, Syed Husin Ali dan banyak lagi tentang penderaan yang dilakukan oleh polis. Tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat terhadap rakyat Iraq yang dipenjarakan.
Jika ditemuramah anak-anak muda di Kuala Lumpur, pasti majoriti akan menceritakan bahawa mereka pernah menjadi mangsa ujian air kencing secara rambang. Yang bernasib baik akan ada penjamin dan peguam yang membantu. Yang tidak bernasib baik akan tinggal di dalam lokap penjara Pudu selama 14 hari sehingga keputusan air kencing keluar. Apakah ini cara melayan bakal pewaris negara? Kalau hidup seperti dizaman penjajah, apa guna merdeka?
Anak-anak muda yang mempunyai bakat seni untuk bermain muzik juga tak terlepas dari keganasan polis. Lihatlah apa yang berlaku di Paul Place pada malam tahun baru tempoh hari. Anak-anak muda yang membuat persembahan muzik juga telah diangkut beramai-ramai dan ditahan di dalam lokap. Black Metal dijadikan alasan. Asalkan kuota penahanan dapat dipenuhi.
Seorang pemandu teksi (mahu namanya dirahsiakan) di kawasan Ampang Jaya juga pernah ditahan oleh polis di atas ujian air kencing ketika beliau sedang menunggu penumpang di stesen LRT Cahaya. Terpaksalah beliau menunggu di lokap sehingga lewat malam untuk menunggu keputusan air kencingnya yang terbukti negatif. Walaupun dibebaskan selepas itu, beliau tetap marah kerana periuk nasinya telah diganggu oleh polis yang selama ini beliau percayai akan menjaga keamanan dan keselamatan rakyat.
Pekerja asing juga tidak terlepas dari cengkaman keganasan dan kejahatan polis. Tanyalah kesemua pekerja dari Indonesia, India, Burma, Nepal dan lain-lain. Pasti 99 peratus akan memberitahu yang mereka pernah dikasari polis. Duit mereka pernah dirampas polis. Pekerja-pekerja restoran dari India yang berhampiran dengan tempat tinggal saya di Bangsar Utama juga pernah mengadu yang polis telah meminta wang dari mereka. Jika wang tidak diberikan, mereka diugut akan dihantar kedalam lokap.
Jelaslah disini bahawa tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah PDRM ini selain daripada membubarkan sahaja badan ini. Pasukan polis yang baru boleh ditubuhkan. Untuk membersihkan lumut-lumut dan daki-daki yang telah melekat dalam PDRM sejak zaman penjajah British lagi bukanlah satu tugas yang mudah dan bijak. Telah banyak masa dan wang ringgit terbuang. Namun penyelesaian tidak nampak. Semakin hari imej Malaysia semakin buruk dimata dunia semata-mata kerana PDRM.
Sudah tentu pelancong dari China yang dibogelkan akan menyebarkan cerita ini kepada seluruh tanah besar itu. Begitu juga pekerja-pekerja asing dari Indonesia, Nepal, Filipina dan India juga akan melakukan tindakan yang sama.
END.
notes:
Black, Postcode 502-260. Korea Republic. Gwangju Seo-gu sangmudong 1268
5.18 Memorial Culture Hall
Office : +82-62-456-0518
Fax: +82-62-456-0516
Home: +82-62-431-5180
email: email @ yahoo / email @ gmail


Buka mata…Siapa benar siapa salah? Pigi mampus sama PDRM!!!
Sepanjang aku hidup selama 26 tahun, aku tak pernah jumpa seorang pun anggota polis yang baik.
Aku tak tahu kalau anda ada terjumpa tapi aku tak pernah kecuali dalam cerita YUSOF HASLAM.
Aku bukan cakap kerana semua orang cakap polis teruk tapi aku cakap melalui pengalaman aku dan aku tahu bukan aku seorang yang melalui pengalaman ini.
Kepada sesiapa yang dikasari atau ditindas oleh anjing-anjing ini, JANGAN TAKUT,KETAHUI HAK KAMU,
dan BUAT LAPORAN jika perlu. Akhir kata, polis Malaysia suck!! BIG TIME!!
nnt anak bini kau kena rogol bergilir-gilir depan mata kau lepas rumah kau kena pecah kau jgn mintak tolong polis plak…sbb suma polis kat m’sia ni suck.kau enjoy je penyamun yang samun rumah kau pas 2 dapat rasa burit anak bini kau…
cantek darah kapla…biar mati trus mampos…
err… nak report kat siapa ek? macam xde yg boleh diharap aje kat malaysia ni…
pdrm tak kool langsung. hehe
errr.. pehal dengan polis nih? ntah.. sapa polis pun aku tak kenal? err ko ke polis tuh.. hah!.. kesian.. kadang2 aku malas nak cakap pasal hal polis ni.. memacam hal yg berlaku.. time kita nak mencari ketenangan, masa tu la juga dia nak mewujudkan keganasan?? err.. ganas sgt ker engko tuh?? macam celaka jer aku tengok.. sometimes, i did feel it soo stupid when police asking you and your identity.. hoii! suke hati aku la.. bukan aku kaco anak bini atau periuk nasi ko pun.. then bila aku tanya kembali identity mereka, they refused to give it.. haa.. fuck that man.. eat your own shit!!.. bila aku tengok dari segala bentuk kejadian yang berlaku disekeliling aku setakat ini, dalam mana2 hal sekalipun sekiranya ada hal-hal yang melibatkan rakyat biasa jarang sekali tindakan segera diambil.. kalo segera pun paling tidak memakan masa seminggu.. hurmm.. tapi kalo nak saman orang, nak raid club/bar.. superman pun kalah.. oleh itu, sebagai rakyat dan juga sebagai manusia yang berperikemanusiaan.. marilah kita sama membaca dan mengenal perundangan untuk melindungi diri kita dari pendurjana negara dan sosial ini.. err.. should i call their human? i don’t think so human is suitable for them.. ahah! let’s named the police as “such wasted disposal creature from middle of nowhere”.. why this name? well, it’s because they dun have the insanity and humanity in their life…
relax beb..cuba kite pikir dari dimensi yang lain,kenapa polis bertindak sedemikian..hanya satu iaitu menjalankan tugas..bile ada yang menghalang mereka dari menjalankan tugas terjadila seperti gambar si atas..tanpa kite sedari bile kite berada di kelompok yang ramai kite akan rasa megah dan angkuh ditambah lagi dgn sentimen2 yang boleh mendatangkan rusuhan..kite kan ade saluran yang betul dan cara yang betul untuk demonstrasi..bukan dengan mencaci pihak polis..if kte kene maki dengan orang lain kite pun marah kan?polis pun manusia mcm kte,xkan diorang xleh marah..cube kite renungkan kononnya pembangkang membuat demonstrasi aman,mesti adanya rusuhan,kenapa?sebab kebnyakan demonstrasi pembangkang berdasarkan marah dan nafsu..tidak rasional atau erti kata lain emosional..contohnya waktu sukan komanwel,jalan kebun,harakah laporkan ramai yang berkumpul hampir 100,000 orang..ramai!!tapi harakah x laporkan ape yang demonstrator dah jahanamkan sepanjang ‘demonstrasi aman’ yang di uar2 kan..renungkan bro
kat mana nak buat aduan…ada talian hotline tak?
all cop are bastard!!period.
buat aduan kat tentera la!! tentera lagi ok dari polis!!
btol gak…tentera dok dalam utan ja…xda keja…
pape la…… yg penting 1 malaysia w2kwkakaakakakakakaka
3tahun yg lalu lain beb….skrg da 2010 da….kekekekeke…