Wednesday, 20th til Sunday 24th September 2006: Anak Bulan Di Kampong Wa’ Hassan @ KLPac

PentasSeni KL & Dewan Bahasa dan Pustaka mempersembahkan / *present*
*Anak Bulan Di Kampong Wa’ Hassan*
Tarikh & Masa / *Date & Time *:
20 – 23 Sept @ 8.30pm & 23 – 24 Sept @ 3pm
Tempat / *Venue *:
Pentas 2, PentasSeni KL (KLPac)
Harga Tiket / *Ticket Price *:
RM25 & RM10 (pelajar, orang kurang upaya & warga emas / students, disabled or sr. citizens)
Bahasa / *Language *: Bahasa Malaysia / *Malay*
“Anak Bulan Di Kampong Wa’ Hassan” mengisahkan tentang Kampong Wa’ Hassan, kampung terakhir di Singapura yang menjadi mangsa dalam usaha Singapura mengejar kemajuan. Jauh berbeza daripada sebuah lamunan romantika tentang sebuah Kampung Melayu yang penuh nostalgia, malahan ianya merupakan satu penerokaan mengenali nilai sebenar sebuah kampung, yang padat dengan watak-watak nyata lagi asli, dan kehilangan sebenar dengan pemupusannya.
“Kata pepatah ‘Tak kenal maka tak cinta’. Jadi, kalau kita nak faham kenapa orang kampung cinta sangat dengan kampung, kita kenalah mengenali kampung yang mereka kenal.” – Gene Sha Rudyn
*”Anak Bulan Di Kampong Wa’ Hassan” tells the story of Kampong Wa’ Hassan, the last Malay kampung to fall victim to Singapore’s efforts at modernisation. Far from a nostalgia trip down memory lane to a romanticised Malay kampung, this is a journey of discovery of the true worth of a kampung, filled with real-life characters in all their rawness, and the true loss in the dispossession of it.*
*”If ‘to know me is to love me’, then the way for us to understand why Orang Kampung love the kampung is to get to know the kampung that they know.” – Gene Sha Rudyn*
Box Office:
(PentasSeni KL / KLPac) 03-4047 9000
(The Actors Studio @ BSC) 03-2094 9400
klpac.com / anakbulan06.blogspot.com
====================================
ricecooker notes: Beberapa tahun yang lalu, semasa Actors Studio The Box masih lagi berdiri dan bukan bergelumang dengan lumpur Sungai Gombak yang melanggar tabiat, menerjah tebing memenuhi ruang underground Dataran Merdeka, aku dengan awek aku pergi tengok pertunjukan theater. Bukan kali pertama aku tengok teater, dah banyak kali, tapi tak pernah ada pertunjukan yang aku hadir yang menyentuh jiwa kalbu untuk aku canang bising-bising biar kengkawan semua pi tengok. Yang ni lain…
Anak Bulan Di Kampong Wa’ Hassan, versi yang aku tonton di Actors Studio The Box tu, cukup kejam. Mengalir airmata dibuatnya. Aku jadi sebak. Kampung terakhir diwilayah Singapore itu diwarnai dengan beberapa kerat karektor-karektor yang tak mahu mengalah ditolak dek arus pembangunan. Kesemuanya dilakonkan dengan lantang oleh Gene Sha Rudyn, manakala storynya hasil tulisan budak Singapore dengan pena yang paling berbakat, Encik Alfian Sa’at.
Nak aku ajak korang semua pergi melihat dan mengalami apa yang aku alami beberapa tahun lepas. Mintak-mintak it’s still as powerful as the first time. If so, I suspect lu kena bawak tisu banyak-banyak. Tak pun, pakai spek gelap!
===========================

Anak Bulan Di Kampong Wa’ Hassan
Director: Gene Sha Rudyn
Writer: Alfian bin Sa’at
Cast: Gene Sha Rudyn
Anak Bulan Di Kampong Wa’ Hassan tells the story of Kampong Wa’ Hassan, the last Malay kampung to fall victim to Singapore’s efforts at modernisation. Far from a nostalgia trip down memory lane to a romanticised Malay kampung, this is a journey of discovery of the true worth of a kampung, filled with real-life characters in all their rawness, and the true loss in the dispossession of it.
Date: 20 – 23 September 2006, 8.30pm and 23 – 24 September 2006, 3pm
Venue: KLPac, Pentas 2
Price: RM25 and RM10 (students, disabled & senior citizens)
TICKETS ON SALE NOW!
klpac.com
=======================
Gene Sha Rudyn
geneshar.tripod.com
Gene_Sha_Rudyn_grapevine
Blk 55, Lengkok Bahru, #03-401, Singapore 151055
+65 9087 9448
BTW; Gene also plays and sings in Six T Nine.

