Siswa Saman AUKU
dari: KampusNegara
SISWA ISA 7 SAMAN AUKU
Tarikh 2005/7/5 19:51:30 | Topik: Terkini
Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa Seksyen 14(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keadilan sejagat.
Helman Sanuddin, 28, pelajar tahun akhir kursus Pengurusan Sistem Maklumat di Fakulti Pengajian Maklumat di kampus Shah Alam, membuat permohonan itu ketika memfailkan satu permohonan untuk semakan kehakiman melalui Tetuan Chooi & Company di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di Kuala Lumpur.
Beliau yang menamakan UiTM sebagai responden juga memohon satu deklarasi bahawa peraturan 2.5.5.2 Peraturan Akademik institusi itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keadilan sejadi, oleh itu, ia adalah tidak sah dan terbatal.
Helman turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah certiorari untuk membatalkan dan/atau mengetepikan penggantungan yang dikenakan oleh UiTM terhadapnya mengikut Akta 174 melalui surat bertarikh 18 Mei 2005.
Selain itu, Helman memohon mahkamah mengeluarkan satu lagi perintah certiorari untuk membatalkan dan/atau mengketepikan keputusan UiTM yang tidak membenarkan beliau meneruskan pengajiannya di institusi pengajian tinggi itu.
Beliau juga meminta mahkamah mengeluarkan dua perintah mandamus untuk mengarahkan UiTM mengembalikan status pelajar berdaftar penuh kepadanya dan untuk mengarahkan UiTM membenarkannya meneruskan pengajian yang tertangguh sehingga mendapat ijazah.
Helman turut memohon ganti rugi am, faedah pada kadar lapan peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Fail afidavit sokongan
Selain itu, Helman memohon mahkamah mengeluarkan satu perintah penggantungan interim terhadap pelaksanaan keputusan UiTM melalui surat bertarikh 18 Mei 2005 yang tidak membenarkan beliau meneruskan pengajiannya di UiTM sementara menunggu pelupusan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.
Helman turut memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan itu dan menyatakan bahawa beliau telah digantung pada semester keenam pengajiannya selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dakwaan terlibat dalam satu perhimpunan haram di depan Masjid Negara pada 19 Julai 2001.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata selepas dibicarakan, Mahkamah Majistret berkenaan telah melepas dan membebaskannya April lalu daripada pertuduhan yang dihadapinya itu.
Katanya perkara itu telah dimaklumkan kepada UiTM tetapi malangnya, institusi itu telah memutuskan untuk tidak membenarkan beliau meneruskan pengajiannya dengan alasan tempoh pengajiannya telah tamat.
Pada 22 April lalu, mahkamah majistret itu membebaskan Helman bersama enam lagi pelajar ISA 7 itu selepas mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan mereka menganjur dan mengambil bahagian dalam demonstrasi anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di luar Masjid Negara di Kuala Lumpur pada 8 Jun 2001.
Majistret Mohd Khairi Haron juga berkata, pihak pendakwa gagal membuktikan yang ianya satu perhimpunan haram.
Selain Helman, pelajar lain ialah Rafzan Ramli, Wan Sanusi Wan Mohd Noor, Khairul Amal Mahmud, Nik Noorhafizi Nik Ibrahim, Ahmad Kamal Abdul Hamid dan Zulkefle Idris.
end.


owh..bagus.
woh cayalah…
freedom!!! yearghhhh!!!!
Caya la beb