Hishamuddin Rais: Makan Jagung & Minum Sawit
MAKAN JAGUNG DAN MINUM SAWIT
oleh Hishamuddin Rais
Harga jagung, tebu, gandum dan kelapa sawit kini semakin meninggi. Ini adalah tanda pertambahan ekonomi yang baik untuk para petani. Pendapatan para penanam jagung dan sawit telah mula meningkat. Petani jagung di Amerika Syarikat yang beberapa tahun dahulu muflis atau hampir jatuh muflis kini telah mula bernafas kembali.
Ladang-ladang jagung yang pada satu ketika dahulu ditinggalkan kering kontang kini telah didatangi semula oleh penanamnya. Ribuan hektar tanah jagung kini mula hijau menyubur kembali. Di dalam negara kita, harga minyak sawit bukan sahaja membantu penanam sawit tetapi menjadi tunggak ekonomi. Pendapatan peneroka sawit FELDA kian meningkat dan daya beli mereka turut menjana ekonomi negara kita.
Apa yang sebenarnya sedang terjadi?
Telah dibuktikan bahawa bahan bakar minyak petrol di seluruh dunia kian kurang. Tidak ada lagi di temui telaga-telaga minyak baru. Telaga minyak lama kian susut pengeluarannya. Permintaan terhadap bahan bakar ini semakin meningkat. Pusat pertumbuhan ekonomi dunia yang baru – India dan China – sedang memerlukan bahan bakar minyak petrol yang banyak.
Negara China sedang merayau-rayau di seluruh dunia untuk mencari bahan bakar ini. Persaingan hebat sedang berlaku untuk mendapatkan hak kawasan-kawasan ‚Äì di bumi dan di dasar laut – yang dijangkakan memiliki minyak. Permintaan petrol yang tinggi dan pengeluaran yang mengecut menjadikan harga bahan bakar minyak petrol terus meningkat dari tahun ke tahun.
Harga petrol yang murah kini hanyalah satu mimpi. Zaman petrol dan diesel murah telah lama berlangsung dan tidak akan kembali melawati si pemilik kereta. Para konsumer dan orang ramai tidak perlu melonjak dan menjerit-jerit menuntut harga minyak di turunkan. Ini tidak mungkin. Meminta harga petrol di turun samalah seperti meminta Raja Bersiung jangan makan darah.
Nafsu manusia untuk memiliki kereta persendirian seperti telah di viagrakan – terus tegak mencanak. Gaya hidup konsumer tidak putus-putus mengeluarkan model-model kereta baru untuk merangsang nafsu bakal pembeli. Iklan-iklan yang membawa nilai songsang terus dimainkan di media. Nilai songsang ini memperlihatkan insan tanpa kereta adalah insan yang tidak berjaya. Memiliki kereta membawa prestij untuk kehidupan.
Nilai songsang telah membakar hampir tiga suku minyak petrol dunia. Krisis kekurangan minyak sedang dijawab dengan – agrofeul – minyak sayuran/tanaman. Apakah ini satu jawapan yang menakjubkan. Atau satu lagi kebodohan akal fikrah manusia moden yang sedang menggali lubang kubur mereka beramai-ramai.
Jagung, sawit, tebu dan gandum sedang dijadikan bahan asas kepada pembuatan minyak sayuran/tanaman. Bahan-bahan tanaman untuk makanan ini akan diproses untuk menjadi etanol – sejenis alkohol – sebagai bahan bakar untuk menggerakkan kereta. Etanol lebih bersih dari petrol dan tidak mencemar alam, buat ketika ini.
Pada ketika ini tanah-tanah pertanian yang subur sedang digarap untuk ‘melahirkan’ etanol. Kerajaan India sedang menyediakan 35juta ekar, Brazil 300juta ekar, Afrika Selatan 1bilion ekar, Indonesia akan mengatasi Malaysia dengan 65juta ekar untuk sawit. Di Amerika 20% dari semua tanaman jagung kini adalah untuk etanol. Angka-angka ini adalah angka resmi dari laporan agensi berita.
Amat jelas apa yang saya tuliskan ini membuktikan bahawa kereta dalam dunia ini sedang makan jagung, makan gula, makan gandum dan minum minyak sawit. Hanya mereka yang buta hati sahaja yang tidak dapat memahami hakikat ini.
Apa akan terjadi apabila kereta-kereta yang berjuta-juta banyaknya mula makan jagung dan gandum? Apa terjadi apabila kereta mula minum minyak sawit?
Nafsu kereta yang cukup rakus ini akan menyebabkan harga tebu, gandum, sawit dan jagung mendadak naik. Bila ini berlaku krisis makanan akan muncul. Manusia dan kereta kini telah mula berebut-berebut untuk memakan bahan makanan yang sama. Harga roti panjang baguette -makanan tradisional Perancis – kini telah naik dari 5% ke 7% harganya dalam tahun ini. Harga pasta, asas makanan Itali yang dibuat dari gandum telah juga mula naik.
Amerika Syarikat, Eropah, China dan beberapa lagi negara sedang berazam untuk membebaskan diri dari bergantung dengan bahan bakar petrol yang mahal dan semakin kurang. Negara-negara ini sedang merancang dalam masa terdekat untuk menggunakan 10% atau lebih tenaga bahan bakar dari etanol. Strategi pembakaran tenaga ini pasti akan terus memaksa kenaikan harga bahan-bahan makanan.
Tamadun manusia sedang berhadapan dengan satu krisis baru. Krisis bahan makanan. Krisis bahan makanan yang akan melanda dunia ini bukan kerana bencana alam seperti di Ethiopia di tahun-tahun 80’an dahulu. Krisis ini timbul kerana gaya hidup budaya manusia moden yang menyembah tuhan baru mereka yang bernama – KERETA.
Di Eropah Barat dan Amerika Syarikat pada bulan Jun 2007 ini untuk pertama kalinya harga bahan-bahan hasilan dari gandum telah mencapai harga paling tinggi dalam masa 10 tahun. Amerika pengeluar jagung terbesar telah menaikkan 10% harga pasaran jagung di dunia. Manakala harga gandum pula meledak naik 50%.
Kenaikan harga bahan-bahan makanan asas ini pasti akan melahirkan inflasi. Di United Kingdom harga gandum telah meningkat harganya dari 100pound ke 200pound untuk satu tan. Hasilnya harga roti bahan asas makanan masyakat Britain turut dinaikkan harganya.
Kereta yang semakin rakus memakan jagung dan minum sawit ini telah juga memaksa harga makanan di India naik 11%. Di Afrika Selatan harga makanan telah naik 17%. Kerajaan China menggelabah dan telah memberhentikan penanaman jagung untuk etanol dengan serta-merta. Ini kerana harga tepung dan daging babi meledak naik 42% pada tahun lalu.
Laporan dari Makanan Sedunia Bangsa Bangsa Bersatu telah menunjukkan 850juta umat manusia pada ketika ini tidak memiliki makanan yang cukup. Perebutan makanan antara kereta dan manusia akan bertambah sengit. Tanah-tanah yang subur bukan lagi digarap untuk sayur dan makanan manusia tetapi untuk makanan dan minuman kereta. Pasti akan bertambah jumlah umat yang kelaparan.
Lebihan bijirin dan makanan dari Amerika dan Eropah yang dahulunya di hadiahkan kepada negara-negara miskin kini semakin berkurangan. Program kebajikan kemanusiaan ini akan dilihat tidak membawa faedah lagi kerana manusia moden inginkan menyembahkan bijirin ini kepada Tuhan mereka.
Dalam jangka pendek kelihatan para petani dan penanam jagung, sawit, tebu ,gandum sedang mendapat laba. Tetapi dalam jangka panjang kita semua akan merasakan tekanan. Bijirin-bijirin ini juga adalah asas untuk makanan ayam, lembu, kambing, ikan dan babi. Haiwan ini diperlukan sebagai sumber protein manusia. Jika harga bijirin ini naik pastilah harga daging, susu, keju, ayam akan naik sama.
Di Jerman pada bulan Ogos yang lalu telah terjadi untuk pertama kalinya krisis kekurangan susu untuk diminum. Ini kerana pengurangan lembu susu yang dipelihara. Tuan empunya ladang tidak berkeupayaan untuk membeli bijirin makanan lembu yang naik mendadak.
Laporan PBB juga telah menunjukkan dalam masa 3 tahun ini biofeuls dan etanol akan meningkat sebanyak 170%. Jika ini berlaku maka harga bahan makanan akan naik sebanyak 20% hingga 50%.
Semua ini sedang berlaku di hadapan mata kita semua. Tetapi kita semua masih buta untuk melihat dan memahami bahawa tuhan yang bernama KERETA bukan sahaja sedang menyesakkan lalu lintas malah sedang ‘merompak’ makanan kita.
Saya tidak tahu bilakah manusia dalam dunia ini akan sedar bahawa etanol bukan jawapan untuk mengerakkan kereta untuk mengangkut manusia. Kereta persendian yang membakar petrol telah membawa mudarat kepada dunia. Alam kita telah di cemar oleh kereta. Cuaca dunia telah diubah oleh bahang pembakaran minyak kereta.
Tuan-tuan empunya kereta persendirian pasti gembira apabila mendengar kesampaian etanol. Waspada! Saya rasa agak awal untuk bergembira merayakan etanol. Mari bertenang dan cuba fikirkan bagaimana jagung, sawit, tebu dan gandum dapat hidup subur. Semua tanaman ini memerlukan baja. Baja datangnya dari produk petrol. Tanpa petrol tanaman ini tidak mungkin subur.
Gali timbus gali timbus akhirnya manusia terjerumus juga ke dalam lubang yang sama. Masanya telah sampai untuk kita semua berfikir di luar pengaruh Tuhan jika kita ingin selamat.
END


scarry movie!
en.hishamuddin rais..boleh anda kupaskan isu sosial kontrak yang semakin berleluasa diperkatakan oleh media2 ngo2..tentang kegagalan nasionalis melayu dahulu yg gagal membentuk negara bangsa MELAYU..tentang bagaimana datuk onn boleh dipengaruhi inggeris supaya menerima cina,india menjadi rakyat dinegara ini seingat saya pada tahun 1948..pabila kedaulatan melayu itu sendiri sebagai penduduk asal negara ini semakin terhakis dari masa kesemasa..
cek demang aku kurang fahamlah persoalan kau. gejola yang hisham nak masak tu tentang kereta vegetarian kan? macam mana kita ni manusia, kereta, tahi lembu boleh ujud tampa membunuh kita pelahan lahan kan? macam lagu killing me softly with your sad songlahkan.
jadi apa pulak pertanyaan tentang membentuk negara MELAYUdan datuk ooon?
Mana ada cerita melayu dalam hisham punya rap?
hisham punya rap takdak cakap pasak bangsa pun tapi kemanusian dan yang paling normal tu hisham selalu cakap pasal KUASA. Dia tak peduli kau tu melayu ke cina! jangan lah korek salah telinga
rap hisham atau pandangan dia (hisham) tu cuman informasi buat kita berfikir tentang bodohnya manusia sekarang yang dihantui nafsu minyak kan? (kuasa) dan minyak tu kan power? kuasa? power tu lah yang kita mesti tanya erti nya bukan?
Hisham punya otak ada sau pertanyaan saja dari fahaman saya “apakah erti dan inti kuasa?”
dan dia memnag anti powerlah. sebab power tu lah yang menjahamnamkan kita kan?
so..jadi auy pun tak tahulah yang cekdemang nak cakap atau borak saja?
aku malas nak email die trus jer..puas hati??
mcm ceritera TRANSFORMERS jer…
perlukah kuasa?aku lebih percaya bergerak secara kolektif..hurm
we are most beautifull when we are alone so lets stick that way
silalah naik basikal
Ape perlu takut pada kuasa?kuasa bisa sahaja berwarna putih atau hitam…Mengikut P.O.V yang melihat kuasa tersebutlah…huh…bergerak secara kolektif juga adalah satu bentuk penggabungan unit tunggal untuk membina kuasa massa…
Kuasa hanya dipersoalkan oleh orang yang tidak berkuasa…Dan orang yang mahukan kuasa…persoalan tin tong ting tong adalah kuasa juga.
Aku lebih pikirkan kuasa diri aku nak mengayuh basikal ni…ermmm.
it really scary…ini adalah satu medium untuk perlahankan penggunaan minyak, dan pada masa yang sama mencari satu lg jalan penyelesaian untuk mengatasi medium ini…
setiap perkara yg terjadi pasti ada pro dan kon.. stiap jwpn utk setiap persolan juga pasti ada pro dan konnya.mcm masalah,lepas kite setle satu,mesti masalah lain plak timbul. kalau semua mnusia dlm dunia ni naik basikal sekalipun aku tak rasa yg segalanya selesai begitu saja. mungkinkah setiap tamadun manusia itu hanya akan berubah setelah ianya musnah? entah….
Dulu ada tenaga kaki bagi yang miskin, tenaga kuda/keldai bagi yang mampu dgn tenaga hamba bagi yang kaya-raya. Kemudian pada suatu hari revolusi telah menjadikan manusia sama. Revolusi yang satu lagi menjadikan manusia tamak dan lahirlah apa yang kita gelar KERETA. KERETA banyak membantu dan menjahanam. Masalahnya orang kita biarpun dah tau traffic jam teruk sama tol mahal tak mau guna public transport atau basikal. Mungkin satu hari nanti kita akan mengalami lagi satu Revolusi di mana pergerakan kita menjadi MINIMA kerana bukankah kita sekarang bergerak dalam kelajuan Cahaya. Sekelip mata saja sampai ke lain benua, dan bersua begini saja.
naik unta lg heavy duty….
naik unta memang super duper saver..tp ko xrasa jalanraya akan mengalami kesesakan yang serius ?
unta ko kemungkinan besar akan berak sekali skale masa dia tengah jalan2..keh3
Hisham, mana minyak tak abis kalau yang keluar dari kemaluan berlebih-lebih dari yang gol. Kalau tiap-tiap malam semua orang bikin orang mau satu 1 hari boleh cecah ratus ribu ma ( macam minyak la 1 hari 80 juta tong). Ini macam semua benda kat dunia pun boleh almarhum kalau tiada ukuran. Nasib baik bencana ni mai bagi ringan sikit ini bumi.