Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka: Coming Soon!

Sebuah video dokumentari oleh Fahmi Reza! Jangan ketinggalan menyaksikan tayangan pra-siap tak lama lagi di Annexe! Sebelum tu, kita layari laman blog projek ini:
20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka
Go here: 10tahun.blogspot.com


ble tayangan ni..?ahad ni kew??
Tayangan perdana kat KL hari Jumaat ni, 14 Sept, 8mlm kat CM Annexe. Masuk percuma. Untuk soundtrack aku banyak guna musik era 20 tahun lepas merdeka… Stiff Little Fingers, Sex Pistols, Patrik Fitzgerald, The Clash, Generation X, The Stranglers & The Ramones. Kalau nak tengok sejarah awal radikalisme di Malaysia berlatar-belakangkan musik punk, ayuh turun nonton!
trailer 10tahun aku sudah letak dalam youtube. joe boleh kasi tampal trailer tu kat sini tak? thanks.